Sepatutnya entry hari ni dipost beberapa hari atau pada Hari Raya Qurban yang lalu. Walau bagaimanapun, hari ni baru berkesempatan update.
Tuntutan mengerjakan haji ini bersesuaian dengan firman Allah SWT:
Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus mereka datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia).
(Surah al-Hajj: 27)
Bukit Uhud - Ihsan Google |
- Justeru itu, ibadah haji yang dilaksanakan di Makkah pada suatu tempoh waktu yang dihadkan (bulan haji) menemukan umat Islam dari pelbagai tempat, berlainan warna kulit, bahasa dan kebudayaan. Perhimpunan raksasa umat Islam sedunia ini adalah untuk memenuhi undangan sebagai "tetamu" Allah dalam menghidupkan satu suasana persaudaraan Islam sejati beserta tekad dan teguh terhadap Allah SWT.
- Perhimpunan ini membuktikan bahawa umat Islam semuanya sama sebagai "tetamu" Allah. Berpakaian ihram putih melambangkan kesamarataan, tidak lagi dinilai pangkat, kekayaan dan keturunan seseorang apabila ia datang menunaikan ibadah haji.
- Dari sudut lain, mengunjungi Baitullah atau rumah Allahini adalah untuk menyaksikan sendiri bagaimana kesan perjuangan para rasul terutamanya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. dan Rasulullah SAW menegakkan syariat Islam.
- Di samping itu, umat Islam dapat menghayati sendiri kesan-kesan tempat bersejarah seperti Bukit Uhud ( kesan peperangan menegakkan Islam), Gua Thur (tempat pertama Rasulullah SAW menegakkan syariat Allah.)
- Juga disifatkan oleh sesetengah ulama bahawa ibadah haji ini khususnya berwukuf di padang Arafah sebagai satu lambang perhimpunan manusia pada hari akhirat nanti, menunggu pengadilan Allah atas segala perbuatan yang telah dilakukan di dunia.
- Ibadah haji menyemaikan keinsafan di kalangan umat Islam bahawa mereka pasti akan kembali menemui Allah suatu hari kelak dengan tidak akan membawa bersama harta, pangkat dan anak pinak kecuali iman, Islam, amal kebaikan dan takwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan