Memaparkan catatan dengan label Diet 4 Dummies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet 4 Dummies. Papar semua catatan

Isnin, 1 Ogos 2016

JK1M3: Cabaran Minggu Keenam

18 October 2014

Minggu ni adalah minggu terakhir sesi JK1M3. Sedar tak sedar, dah penghujung rupanya program ni. Pelbagai perasaan pun ada. Yelah, suka dan duka bersama peserta2 lain akan sentiasa aku ingat. Masa ni juga, semua peserta pulun tak pulun mengerah tenaga and berusaha keras untuk menurunkan berat badan.

Untuk hari ini, kami aktiviti adalah Bukit Cerakah Adventure. Sila abaikan jadual masa mula2 program JK1M3 dulu. Dah banyak larinya. Banyak sungguh perubahan aktivti dan banyak juga perubahan jadual. Explorefit Race JK1M3 kononnya esok. Nantikan update aku yang seterusnya yea..

Waktu untuk berkumpul  di Bukit Cerakah adalah 7.30 pagi janji Malaysia. Kahkahkah. Tunggu coachpn lama, tak sampai2. Rupa2nya waktu operasi 8.30am. Melepaklah kami kt luar beramai2. Dengan perut lapaunya. Aku plak ada bawak bekal sempena menjaga perut sbb ini minggu kritikal.

So, bila coach sampai. Diorg ajak bdk2 semua pergi makan. Aku, Kak Akmar and Kak Di stay kt situ sbb kami bwk bekal masing2. Husband akupun tak nak keluar balik sbb parking mmg nak penuh. Kalau keluar and masuk blk mmg confirmlah parking jauh or x de parking.

Setelah diorg blk dari breakfast, kamipn beramai2 ke kaunter bayaran. Tak kan kami nak byr plak kan. So, tunggulah coach bayar. Entry murah ajer iaitu RM3 seorang. Masuk jek sumer disuruh warm  up sbb nanti ada kawasan berbukit and setengah2 spot coach akan suruh ktorg jogging.

P/S: 
Ini merupakan entry terakhir utk JK1M3. Maaf atas segala kesulitan. Tab aku yang banyak mengandungi gambar2 aktiviti dan info yang aku dapat sepanjang program ini hilang.

Nantikan juga entry berkenaan satu program kesihatan yang akan aku join pada Ogos 2016.



Khamis, 28 Julai 2016

JK1M3: Cabaran Minggu Keenam

18 October 2014

Minggu ni adalah minggu terakhir sesi JK1M3. Sedar tak sedar, dah penghujung rupanya program ni. Pelbagai perasaan pun ada. Yelah, suka dan duka bersama peserta2 lain akan sentiasa aku ingat. Masa ni juga, semua peserta pulun tak pulun mengerah tenaga and berusaha keras untuk menurunkan berat badan.

Untuk hari ini, kami aktiviti adalah Bukit Cerakah Adventure. Sila abaikan jadual masa mula2 program JK1M3 dulu. Dah banyak larinya. Banyak sungguh perubahan aktivti dan banyak juga perubahan jadual. Explorefit Race JK1M3 kononnya esok. Nantikan update aku yang seterusnya yea..

Waktu untuk berkumpul  di Bukit Cerakah adalah 7.30 pagi janji Malaysia. Kahkahkah. Tunggu coachpn lama, tak sampai2. Rupa2nya waktu operasi 8.30am. Melepaklah kami kt luar beramai2. Dengan perut lapaunya. Aku plak ada bawak bekal sempena menjaga perut sbb ini minggu kritikal.

So, bila coach sampai. Diorg ajak bdk2 semua pergi makan. Aku, Kak Akmar and Kak Di stay kt situ sbb kami bwk bekal masing2. Husband akupun tak nak keluar balik sbb parking mmg nak penuh. Kalau keluar and masuk blk mmg confirmlah parking jauh or x de parking.

Setelah diorg blk dari breakfast, kamipn beramai2 ke kaunter bayaran. Tak kan kami nak byr plak kan. So, tunggulah coach bayar. Entry murah ajer iaitu RM3 seorang. Masuk jek sumer disuruh warm  up sbb nanti ada kawasan berbukit and setengah2 spot coach akan suruh ktorg jogging.

P/S: 
Ini merupakan entry terakhir utk JK1M3. Maaf atas segala kesulitan. Tab aku yang banyak mengandungi gambar2 aktiviti dan info yang aku dapat sepanjang program ini hilang.

Nantikan juga entry berkenaan satu program kesihatan yang akan aku join pada Ogos 2016.



Ahad, 13 Mac 2016

Resepi Sihat Aiskrim Anggur

Bahan-bahan 

1 cawan anggur hitam yang ranum dan manis
1/2 cawan Greek Yogurt perisa strawberi
Acuan aiskrim


http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com



Cara-cara Membuat:-
  • Kisar anggur sehingga menjadi puree. Tinggalkan sedikit untuk langkah seterusnya.
  • Masukkan puree tersebut ke dalam bekas aiskrim 3/4 penuh.
  • Potong lebihan anggur tadi kecil-kecil.
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas tadi.
  • Akhir sekali, isikan bekas tersebut dengan Greek Yogurt.
  • Sejukkan puree semalaman

Khamis, 5 Mac 2015

Rolled Oats Pancake

Bahan-bahan 

1 kotak susu HL 
2 biji putih telur 
1 cawan rolled oats
1 sudu kecil gula
Secubit garam


http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com



Cara-cara Membuat:-
  • Kisar kesemua bahan.
  • Masak di atas non-sticky pan.
  • Balikkan penkek supaya ia masak rata.
  • Setelah masak, angkat penkek dan hiaskan secara bertingkat.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidang bersama anggur / strawberi / blueberry/ pisang / Greek Youghurt / mentega kacang / coklat hitam.

Rabu, 21 Januari 2015

Protein Pancakes

Bahan-bahan 

1/2 cawan susu HL 
4 biji putih telur 
1 cawan rolled oats (dikisar halus)
1 sudu kecil gula
Secubit garam
Minyak zaitun

http://hiddyasri.blogspot.om

http://hiddyasri.blogspot.om


Cara-cara Membuat:-
  • Masukkan kesemua bahan-bahan tadi kecuali minyak zaitun dan kacau sehingga sebati.
  • Masak menggunakan sedikit minyak zaitun atau spray oil di atas non-sticky pan.
  • Balikkan penkek supaya ia masak rata.
  • Setelah masak, angkat penkek dan hiaskan secara bertingkat.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidang bersama anggur / strawberi / blueberry/ pisang / Greek Youghurt / mentega kacang / coklat hitam.

Jumaat, 28 November 2014

Ais Krim Diet

Bahan-bahan 

50ml susu HL coklat atau strawberi
2 sudu besar rolled oats (dikisar halus) 
1 sudu besar rolled oats (tidak dikisar)
1/2 dr sebiji pisang atau 50g strawberi atau 50g anggur


http://hiddyasri.blogspot.com

Cara-cara Membuat:-
  • Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk plastik bersaiz kecil atau plastik ais krim.
  • Simpan di dalam peti ais sehingga semalaman atau beku sebelum dihidangkan.

Isnin, 15 September 2014

JK1M3: Cabaran Minggu Pertama

Bermulalah segala  cabaran untuk mendapatkan berat badan yg ideal, menjadi lebih sihat & menukar gaya hidup yang diamalkan sekian lamanya. The 6 weeks journey starts here.


http://hiddyasri.blogspot.com

13 September 2014
Gathered at Auditorium Taman Tasik Cyberjaya pada jam 7.30 pagi for the first session in the first week. Hujan agak lebat di Cheras sekitar jam 6 pagi. Hati dketuk rasa malas nak pergi and mau tarik selimut. Tidaaakkkkkk.. Dah bayar punya pasal, gagahkan diri juga. Hujan masih lagi turun renyai2 sepanjang perjalanan. Dugaan apakah ini? Brought along 2 banana, RO water & pen as requested by our Team Leader.

Program JK1M Team Cyberjaya dikendalikan oleh Team Leader Mohd Ashraf Hasim atau lebih dikenali sebagai Coach Cem. Antara banyak2 Team Leader, kenapa aku pilih dia? Sbb..background dia yang bagus; meaning ada pengalaman luas dalam bidang fitness, activity padat yang dirangkakan and review yang positif dari bekas peserta. He is kind of funny and macam budak2 sket (of course, he's only 28 years). Sket2 paksa selfie. Wakakaka..

Menjadi antara yang terawal tiba, aku duduk bersila dalam bulatan sementara Coach mengedar borang untuk diisi oleh peserta dan jeli untuk dimakan. Jeli? Thought some kind of trap je. Huhuhu. Antara maklumat2 yang perlu diisi adalah Nama, Umur & Tinggi. Maklumat bahagian Berat dll dibiarkan kosong dahulu kerana sesi timbangan akan bermula selepas Ice Breaking & Grouping & Team Cheers. Gulp! Mata aku still melilau pada borang tu. Ada fitness test? Gulp lagi!

Rabu, 6 Ogos 2014

Panduan Makan Secara Sihat Di Rumah Terbuka

http://hiddyasri.blogspot.com

1. RANCANG PERJALANAN DAN JUMLAH RUMAH YANG  AKAN DIKUNJUNGI
Atur waktu makan anda dengan bijak semasa menghadiri rumah terbuka. Sebagai contoh, sekiranya anda hadir ke rumah terbuka pada pukul 11.00 pagi, sebaik-baiknya anda ambil hidangan untuk makan tengahari. Rumah kedua pula, anda ambil untuk minum petang. Manakala rumah ketiga pula anda ambil untuk makan malam. Sekiranya ada lagi undangan rumah terbuka seterusnya, makanlah sekadar untuk keperluan minum malam.

2. PILIH MAKANAN YANG RENDAH KALORI
Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan segar dahulu sebelum mengambil makanan yang lain. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan atau menggunakan minyak yang sedikit sahaja. Hadkan pengambilan makanan manis seperti dodol, wajik, kek, biskut dan kuih-muih.

3. AMBIL MAKANAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT
Kawal pengambilan makanan anda dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
•  Guna pinggan yang bersaiz kecil untuk mengelakkan pengambilan makanan yang banyak.
•  Elak duduk berhampiran dengan meja hidangan. Sekiranya anda duduk berhampiran dengan meja hidangan, ini menyebabkan anda mudah untuk mencapai makanan dan cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan.

4. ELAK MENGAMBIL MAKANAN BERULANG-ULANG
Pastikan anda tidak mengambil makanan secara berulang-ulang bagi mengelakkan makan berlebihan. Ambil makanan yang secukupnya untuk mengelakkan pembaziran. Makan dengan perlahan dan nikmati makanan yang anda ambil.

5. UTAMAKAN AIR KOSONG
Pilih air kosong sebagai minuman utama anda berbanding minuman berkarbonat atau minuman yang manis dan berwarna. Bawa bekalan air kosong sebagai persediaan sekiranya tuan rumah tidak menyediakan air kosong.
 
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Khamis, 3 Julai 2014

Kesilapan Diet - #6 Boleh Makan Makanan Yang Sihat Sebanyak Mungkin

KESILAPAN DIET KE-6

6. Boleh Makan Makanan Yang Sihat Sebanyak Mungkin

Ada orang percaya bahawa jika kita memakan makanan yang sihat, maka kita boleh makan makanan tersebut sebanyak yang mungkin atau setakat yang mampu. Ketahui lah ya bahawa fahaman tersebut adalah SALAH. Jika anda makan makanan yang sihat pun, anda TIDAK BOLEH makan ikut sedap hati je ya... kalau nak makan jugak, kenalah tanggu...
ng akibatnya nanti... BERAT BADAN NAIK!!!

Contohnya ialah oatmeal. Ia memang makanan yang sihat tetapi perlu diingat bahawa ia juga mengandungi kalori. Jadi jika kita memakan dengan terlampau banyak, sudah pasti berat badan kita akan naik dengan banyak juga.

Contoh ke-2 makan Pisang. Ia memang makan yang memberi tenaga dan vitamin yang baik. Tetapi kita termakan sampai 3 biji pisang. 1 biji bersamaan setengah mangkuk nasi.

Contoh 3 makan buah-buahan adalah bagus. Makan tembikai memang bagus tetapi kita makan sampai dekat dengan separuh buah tembikai. Kita perlu makan hanya 1 slice sahaja.

Kan...kan....kan... ramai yang tersalah, lepas tu tanya berat badan tak turun-turun.
 

Rabu, 18 Jun 2014

Contoh Pelan Diet 1500 kkal

Sarapan Pagi
  • Nasi goreng (1 cawan) dimasak dengan lobak merah (1/4 cawan) dan kacang buncis (1/4 cawan)
  • Kopi (1 cawan) dengan susu rendah lemak (1/4 cawan)
 
Minum Pagi
  • Teh tanpa gula (1 cawan)
 
Makan Tengah Hari
  • Bihun Sup (1 cawan) dimasak dengan udang kecil (10 ekor) + sawi + tomato + lobak merah + putik jagung (1 cawan)
  • Tembikai (1 potong)
  • Teh ais limau (ditambah 1 sudu teh gula) (1 gelas)
 
Minum Petang
  • Popiah basah (2 keping)
  • Teh tanpa gula (1 cawan) dengan susu rendah lemak (1/4 cawan)

Makan Malam
  • Nasi putih (1 cawan)
  • Sup sayur campur (1/2 cawan)
  • Ikan kembung bakar berlada (1 ekor sederhana)
  • Pisang emas (2 biji)
  • Air kosong (1 gelas)

Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia 2010


Jumaat, 13 Jun 2014

Kesilapan Diet - 5# Mengurangkan Kalori Dengan Drastik

KESILAPAN DIET KE-5

MENGURANGKAN KALORI DENGAN DRASTIK

Ada juga orang percaya bahawa jika kita mengurangkan pengambilan kalori, ia dapat membantu menurunkan berat badan. Dengan cara ini, kita mungkin dapat menurunkan berat badan tetapi kita terdedah kepada risiko penyakit seperti batu hempedu (gallstone) dan masalah penghadaman.

Kesan lain ialah jumlah otot (lean muscle) kita juga akan menurun ...
yang seterusnya akan menyebabkan kadar metabolisma badan juga menurun. Ini adalah kerana jumlah otot dalam badan berkadaran dengan kadar metabolisma badan. Makin sikit otot badan kita, maka makin perlahan lah kadar metabolisma badan kita. Ini bukan sahaja akan menyebabkan sebahagian besar makanan akan disimpan sebagai lemak, malah kita juga akan menghadapi masalah tenaga. Kita akan mudah merasa letih tidak kira di waktu pagi, tengahari, mahupun malam!

Ramai antara kita cuba mengurangkan kalori tanpa mengambil kira, jumlah nutrisi yang adakah cukup atau tidak. Bermaksud setiap meal yang kita ambil mempunyai karbohidrat, protin dan vitamin atau tidak. Contoh roti, telur/sardin, buah/mix salad.

Penerangan cukup jelas kalau mengurangkan jumlah kalori secara drastik.
 

Selasa, 6 Mei 2014

Kesilapan Diet - #4 Guna Kopi Menurunkan Berat Badan

Kesilapan Diet

4. GUNA KOPI MENURUNKAN BERAT BADAN

Ada juga yang menggunakan cara meminum kopi dengan banyak untuk menurunkan berat badan. Cara ini mungkin berjaya tetapi untuk sementara waktu sahaja.
Kita kena fikirkan kesan sampinganny...
a yang lebih teruk itu. Antaranya ialah:
- boleh menyebabkan ketagihan kopi pada tahap yang lebih tinggi
- mengambil masa yang lama (4 – 6 jam) untuk dikeluarkan dari badan
- tidur tidak cukup dan menyebabkan keesokan harinya berasa penat
- cara ini sebenarnya menyebabkan anda rasa letih dan lapar!

So maka jika nak minum kopi, biarlah ianya sebagai minuman biasa tak perlu bergantung kepada kopi untuk nak turunkan berat badan.


https://www.facebook.com/tengkunorihan

Rabu, 9 April 2014

Kesilapan Diet - #3 Paksa Muntah

Kesilapan Diet

3. PAKSA MUNTAH

Paksa muntah di dalam bahasa sains ialah bulimia. Ini adalah keadaan di mana seseorang itu merasakan dia telah makan terlampau banyak dan perlu berusaha untuk mengeluarkannya semula. Maka salah satu cara untuk mengeluarkan semula makanan tersebut ialah dengan memaksa diri untuk muntah.
Kesan daripada tabiat paksa muntah ini antaranya ialah:
- dehidrasi (kekurangan...
air di dalam badan)
- pembengkakan di tekak
- buasir
- sembelit
- hilang keseimbangan elektrolit badan
- esofagus (salur tiub dari mulut ke perut) rosak akibat terkena asid perut yang keluar bersama muntah

Saya nak sambung tentang Kesilapan Diet. Jika para sahabat belum baca kesilapan diet 1 dan 2 boleh tengok post saya yang lepas-lepas ya.

https://www.facebook.com/tengkunorihan

Rabu, 19 Mac 2014

Kesilapan Diet - #2 Pil Diet

2. Pil Diet
Cara menggunakan pil diet untuk menurunkan berat badan ini juga merupakan salah satu cara yang digunakan oleh ramai orang. Tapi... tahukah anda kebanyakan pil diet di pasaran sebenarnya hanyalah  laksatif/julap.

Kesan laksatif/julap akan menyebabkan kita kerap ke tandas. Ya, ia  akan membuang apa yang ada di dalam perut atau usus kita tetapi  apabila perut kita dah kosong, apa akan jadi? Semestinya kita akan  rasa lapar, kan? Jadi kita mesti makan pulak selepas tu. Maka  makanlah kita dengan banyaknya sebab dah lapar. Kemudian apa  pulak? Kemudian kita kena makan pil diet pulak sebab dah makan  banyak. Jadi kitaran ini akan sentiasa berputar dan terus berputar  selagi kita percaya yang pil diet tersebut boleh menurunkan berat  badan. Yang untungnya, sudah tentu tauke dan penjual pil diet!

Ada juga pil diet yang boleh didapati melalui klinik atau hospital. Pil diet  jenis ini akan menutup selera makan dan rasa lapar. Jadi, cara ini  sebenarnya kita menipu badan kita untuk tidak makan. Kesannya badan kita akan mudah letih akibat kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Selain daripada itu, pil diet jenis ini juga mempunyai kesan sampingan yang amat teruk. Ia boleh menyebabkan jantung kita berdegup dengan laju dan tekanan darah naik dengan pantas. Sesetengah orang akan menggigil, malah ada juga yang tidak dapat tidur di waktu malam. Jika tak dapat tidur di waktu malam, bolehkah kita berjaga & bekerja di siang hari? Anda fikir-fikirkanlah...
 

Khamis, 13 Februari 2014

Kesilapan Diet - #1 Skipping Meal


1. Skipping meal
Skipping meal = tak makan pagi atau tengahari atau petang atau malam. Ya, ada orang guna strategi ni untuk menurunkan berat badan. Ada...
yang makan pagi sahaja atau tengahari saja. Macam2 lah. Apa2 pun... tak kira macam mana cara, asalkan ‘skipping meal’, maka cara itu adalah cara untuk berdiet yang SALAH! Kenapa saya kata salah?

Cara itu salah kerana cara ini akan menurunkan kadar metabolism badan kita. Apabila kadar metabolisma badan rendah, maka proses pembakaran lemak akan menjadi perlahan. Ini menyebabkan makanan yang masuk ke dalam badan tidak diproses seperti mana biasa, sebaliknya akan disimpan sebagai lemak. Maka, hasilnya kita akan semakin GEMUK!

Badan manusia memerlukan makanan pada selang masa 4 – 5 jam. Jika tiada makanan dimasukkan selepas 5 jam, badan kita akan secara automatik menukar kepada ‘reserve mode’. Dalam keadaan ‘reserve mode’, kadar metabolisma badan amat2 perlahan. Keadaan inilah yang perlu kita elakkan agar kadar metabolisma dan pembakaran lemak kita sentiasa tinggi.

Selain kadar metabolisma menjadi rendah, cara ini juga akan menyebabkan kita mudah letih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja atau tugasan masing2. Seperti mana yang kita tahu, makanan merupakan sumber tenaga kepada tubuh kita. Jadi apabila kita tidak makan, maka tiadalah sumber tenaga di dalam badan kita. Akibatnya, kita cepat keletihan dan mudah hilang fokus.

Kesan yang ketiga ialah kita akan menjadi terlampau lapar. Bayangkan apa yang terjadi apabila orang yang amat2 lapar berjumpa dengan makanan. Sudah tentu orang itu makan dengan lahapnya sebab dia terlalu lapar. Akibatnya dia akan makan lebih banyak daripada biasa. Sedangkan pada masa itu, badannya berada dalam ‘reserve mode’. Jadi, sudah pasti apa yang dimakan dengan banyak dan lahap itu akan disimpan sebagai lemak di dalam badan!

Ada 7 Kesilapan Diet. Saya berikan next post pulak ya. Sama-samalah kita menjaga kesihatan yang dituntut oleh Islam.
 

Isnin, 13 Mei 2013

Menu Sihat 1200kcal

ISNIN

Sarapan pagi (dalam sejam selepas bangun) + 1 biji telur rebus (70kcal) + 2 kpg roti penuh gandum bakar (150kcal) + 1 sudu teh mentega (45 kcal) + teh uncang dengan 1 sudu teh gula (20kcal)


Makan Tengahari
1 cawan nasi perang (150kcal) + 1 potong kari ikan tenggiri tanpa santan (80kcal) + 1 cawan kangkung tumis bawang putih (60kcal) + 1 biji oren (30kcal)

Minum Petang
1 kpg popiah basah (95kcal) + Teh hijau uncang tanpa gula (bebas)

Makan Malam (3-4 jam sebelum tidur)
1 cawan nasi perang (150kcal) + 1 ketul ayam sup berempah (tanpa kulit) (150kcal) + 1 cawan petola masak air (50kcal) + 4 biji prun kecil (70kcal)

Rabu, 31 Oktober 2012

Panduan Diet Malaysia

  • Nikmatilah pelbagai jenis makanan.
  • Kekalkan berat badan sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal yang lazim.
  • Makan banyak nasi dan lain-lain bijirin, legum, buah-buahan & sayur-sayuran.
  • Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dan pilihlah makanan yang rendah lemak dan kolestrol.
  • Kurangkan penggunaan garam dan pilih makanan yang rendah kandungan garam.
  • Kurangkan penggunaan gula dan pilih makanan yang rendah kandungan gula.
  • Minum banyak air setiap hari.
  • Amalkan dan promosikan penyusuan ibu.
  • Pastikan makanan yang  bersih dan selamat.

Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia & myplate.gov

Khamis, 5 Julai 2012

Tips Menurunkan Berat Badan

  • Kurangkan berat badan secara perlahan.
  • Kurang berat badan sebanyak 10% dalam masa 6 bulan.
  • Makan ikut keperluan.
  • Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
  • Lebihkan sayur, ulam dan buah.
  • Gantikan minuman manis dengan air kosong.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal harian.
  • Bersenam 1 jam setiap hari.
  • Jangan gunakan ubat untuk menurunkan berat badan tanpa nasihat doktor.

Senangkan? Selamat Mencuba.



Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Ahad, 24 Jun 2012

Cara Hidup Sihat: Panduan Menurunkan Berat Badan (Peringkat 2)

Peringkat 2 - Membuat Keputusan

Keputusan 1: Adakah aku gemuk?

Nk tahu status berat badan? Gunakan formula Indeks Jisim Tubuh (IJT) dan juga Nisbah Pinggang-Pinggul (NPP)

a) Pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT)

Pengiraan IJT menggunakan formula:

IJT= Berat badan (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)

b) Kira Nisbah Pinggang-pinggul (NPP) anda:

NPP= Pinggang (cm) / Pinggul (cm)

Catitkan keputusan anda didalam jadual di bawah:




Khamis, 21 Jun 2012

Cara Hidup Sihat: Panduan Menurunkan Berat Badan (Peringkat 1)

Hello, apa khabar? Mcm ckp dgn org je. Agak lama gak aku x update entry. Feel mcm kureng je. Ni tgerak ni psl baru pas bc entry2 menarik. Mcm x tau, aku klu article tu best, sure aku nk post. Sbb klu Google kdg2, kt bkn tau key words apa nk guna. Btol x?

Entries kali ni psl eehhh...bc kt atasla @ dlm kata mudahnya NK SLIM! 

Mengikut panduan ni, ada 4 peringkat untuk menurunkan berat badan iaitu:

  • Peringkat 1 - Persediaan
  • Peringkat 2 - Membuat Keputusan
  • Peringkat 3 - Tindakan
  • Peringkat 4 - Pengekalan
So, kita akan mulakan dengan Peringkat 1. Ok, bersedia dgn bahasa skema yea :)

Peringkat 1 - Persediaan

As a first step, korg mesti peka akan knowledge & kesedaran mengenai bahaya & punca kegemukan. Menjadi gemuk boleh menyababkan korg terdedah dgn pelbagai masalah kesihatan. 


BAiklah, apakah yg dimaksudkan dgn berat badan unggul @ sesuai serta fedahnya?

Berat badan yang unggul, berat badan berlebihan & kegemukan (obesiti)

Berat badan yang unggul ialah berat badan yang sesuai mengikut ketinggian tubuh. Ia boleh diukur dgn menggunakan indeks jisim tubuh (IJT) & juga Nisbah Penggang-Pinggul (NPP).

Berat badan berlebihan & kegemukan (obesiti) adalah satu keadaan di mana berat badan melebihi berat badan unggul. Ini disebabkan oleh pengumpulan lemak badan yang berlebihan. Lebih dikenali dengan gelaran 'spare tyre'.

Apakah bahaya berat badan berlebihan & kegemukan (obesiti)?

Ia boleh meningkatkan risiko:
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Penyakit sendi
  • Gangguan pernafasan
  • Kolesterol yang tinggi
Ia juga boleh mengakibatkan masalah lain spt:
  • Penyakit pundi hempedu
  • Kelesuan
  • Kurang kesuburan (wanita)
  • Mudah mendapat kecederaan
  • Kanser
  • Cepat penat
Punca kegemukan

Tenaga berlebihan yg tdk digunakan disimpan sebagai lemak dlm badan & lama-kelamaan ia akan menyebabkan berat badan berlebihan @ gemuk.

Punca2 kegemukan:

  • Makan berlebihan tak ingat dunia.
  • Kurang bersenam. Asyik FB jek.
  • Gaya hidup yg tdk aktif. Tdo je lebih.
Sebahagian kecil kegemukan adalah disebabkan oleh keturunan (genetic) @ penyakit endokrin

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group