2. Pil Diet
Cara menggunakan pil diet untuk menurunkan berat badan ini juga merupakan salah satu cara yang digunakan oleh ramai orang. Tapi... tahukah anda kebanyakan pil diet di pasaran sebenarnya hanyalah laksatif/julap.
Kesan laksatif/julap akan menyebabkan kita kerap ke tandas. Ya, ia akan membuang apa yang ada di dalam perut atau usus kita tetapi apabila perut kita dah kosong, apa akan jadi? Semestinya kita akan rasa lapar, kan? Jadi kita mesti makan pulak selepas tu. Maka makanlah kita dengan banyaknya sebab dah lapar. Kemudian apa pulak? Kemudian kita kena makan pil diet pulak sebab dah makan banyak. Jadi kitaran ini akan sentiasa berputar dan terus berputar selagi kita percaya yang pil diet tersebut boleh menurunkan berat badan. Yang untungnya, sudah tentu tauke dan penjual pil diet!
Ada juga pil diet yang boleh didapati melalui klinik atau hospital. Pil diet jenis ini akan menutup selera makan dan rasa lapar. Jadi, cara ini sebenarnya kita menipu badan kita untuk tidak makan. Kesannya badan kita akan mudah letih akibat kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Selain daripada itu, pil diet jenis ini juga mempunyai kesan sampingan yang amat teruk. Ia boleh menyebabkan jantung kita berdegup dengan laju dan tekanan darah naik dengan pantas. Sesetengah orang akan menggigil, malah ada juga yang tidak dapat tidur di waktu malam. Jika tak dapat tidur di waktu malam, bolehkah kita berjaga & bekerja di siang hari? Anda fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan