Rabu, 6 Ogos 2014

Panduan Makan Secara Sihat Di Rumah Terbuka

http://hiddyasri.blogspot.com

1. RANCANG PERJALANAN DAN JUMLAH RUMAH YANG  AKAN DIKUNJUNGI
Atur waktu makan anda dengan bijak semasa menghadiri rumah terbuka. Sebagai contoh, sekiranya anda hadir ke rumah terbuka pada pukul 11.00 pagi, sebaik-baiknya anda ambil hidangan untuk makan tengahari. Rumah kedua pula, anda ambil untuk minum petang. Manakala rumah ketiga pula anda ambil untuk makan malam. Sekiranya ada lagi undangan rumah terbuka seterusnya, makanlah sekadar untuk keperluan minum malam.

2. PILIH MAKANAN YANG RENDAH KALORI
Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan segar dahulu sebelum mengambil makanan yang lain. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan atau menggunakan minyak yang sedikit sahaja. Hadkan pengambilan makanan manis seperti dodol, wajik, kek, biskut dan kuih-muih.

3. AMBIL MAKANAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT
Kawal pengambilan makanan anda dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
•  Guna pinggan yang bersaiz kecil untuk mengelakkan pengambilan makanan yang banyak.
•  Elak duduk berhampiran dengan meja hidangan. Sekiranya anda duduk berhampiran dengan meja hidangan, ini menyebabkan anda mudah untuk mencapai makanan dan cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan.

4. ELAK MENGAMBIL MAKANAN BERULANG-ULANG
Pastikan anda tidak mengambil makanan secara berulang-ulang bagi mengelakkan makan berlebihan. Ambil makanan yang secukupnya untuk mengelakkan pembaziran. Makan dengan perlahan dan nikmati makanan yang anda ambil.

5. UTAMAKAN AIR KOSONG
Pilih air kosong sebagai minuman utama anda berbanding minuman berkarbonat atau minuman yang manis dan berwarna. Bawa bekalan air kosong sebagai persediaan sekiranya tuan rumah tidak menyediakan air kosong.
 
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group