Khamis, 13 Februari 2014

Kesilapan Diet - #1 Skipping Meal


1. Skipping meal
Skipping meal = tak makan pagi atau tengahari atau petang atau malam. Ya, ada orang guna strategi ni untuk menurunkan berat badan. Ada...
yang makan pagi sahaja atau tengahari saja. Macam2 lah. Apa2 pun... tak kira macam mana cara, asalkan ‘skipping meal’, maka cara itu adalah cara untuk berdiet yang SALAH! Kenapa saya kata salah?

Cara itu salah kerana cara ini akan menurunkan kadar metabolism badan kita. Apabila kadar metabolisma badan rendah, maka proses pembakaran lemak akan menjadi perlahan. Ini menyebabkan makanan yang masuk ke dalam badan tidak diproses seperti mana biasa, sebaliknya akan disimpan sebagai lemak. Maka, hasilnya kita akan semakin GEMUK!

Badan manusia memerlukan makanan pada selang masa 4 – 5 jam. Jika tiada makanan dimasukkan selepas 5 jam, badan kita akan secara automatik menukar kepada ‘reserve mode’. Dalam keadaan ‘reserve mode’, kadar metabolisma badan amat2 perlahan. Keadaan inilah yang perlu kita elakkan agar kadar metabolisma dan pembakaran lemak kita sentiasa tinggi.

Selain kadar metabolisma menjadi rendah, cara ini juga akan menyebabkan kita mudah letih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja atau tugasan masing2. Seperti mana yang kita tahu, makanan merupakan sumber tenaga kepada tubuh kita. Jadi apabila kita tidak makan, maka tiadalah sumber tenaga di dalam badan kita. Akibatnya, kita cepat keletihan dan mudah hilang fokus.

Kesan yang ketiga ialah kita akan menjadi terlampau lapar. Bayangkan apa yang terjadi apabila orang yang amat2 lapar berjumpa dengan makanan. Sudah tentu orang itu makan dengan lahapnya sebab dia terlalu lapar. Akibatnya dia akan makan lebih banyak daripada biasa. Sedangkan pada masa itu, badannya berada dalam ‘reserve mode’. Jadi, sudah pasti apa yang dimakan dengan banyak dan lahap itu akan disimpan sebagai lemak di dalam badan!

Ada 7 Kesilapan Diet. Saya berikan next post pulak ya. Sama-samalah kita menjaga kesihatan yang dituntut oleh Islam.
 

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group