Isnin, 28 November 2011

Indahnya Hidup Bersyariat


Judul : Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat SEPANJANG HAYAT
ISBN 978-967-5102-30-1
Pengarang : Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Harga : RM55.00 (Semenanjung Malaysia) RM57.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa dan bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.


Pendapat Hiddy :

Melihatkan tajuknya sahaja sudah menunjukkan isi kandungan buku ini bagus dan amat berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebaga contoh, ilustrasi bergambar mengenai cara pemakaian ihram ditunjukkan satu-persatu. Bukan itu sahaja, penyampaian ilmu juga begitu mudah untuk difahami. HiddyAsri memang mencadangkan buku ini dimiliki oleh setiap Muslimin dan Muslimat (yang berkemampuan) untuk dijadikan panduan dan rujukan mengenai modul fardu ain dan fardu kifayah seperti syariat kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, syariat berkaitan remaja, fardu ain asas (bersuci, solat, zakat dll), munakahat (hukum perkahwinan) dan lain-lain topik yang berkaitan. 

Malahan, penerbit Telaga Biru membenarkan buku ini dijadikan bahan untuk mengisi laman web dan blogspot selain dijadikan sebagai hadiah, bahan rujukan dan modul fardu ain. Apalagi, miliki buku ini! Tak rugi!

Pernah Dengar Bubble Waffle?

Pernah dengar Bubble Waffle ? Waffle ini dikira baru di pasaran Malaysia sekarang. Ayuh warga Malaysia yg nak buat duit! Jom cuba perniagaan Bubble Waffle ni!



Didatangkan dengan 3 perisa utama iaitu Original, Pandan and Coklat, waffle ni berlainan sedikit dari waffle yang biasa. Ya, bancuhan adunannya sama - cuma yang membezakannya adalah perisa, bentuk dan topping tambahan yang pasti menambat selera! Yang menariknya, anda boleh menikmati Bubble Waffle ini pada bila2 masa sahaja kerana ianya manis, lembut dan rangup.



Perhatian!! Anda juga boleh memulakan bisnes ini dengan modal serendah RM690. Klik Bisnes Bubble Waffle untuk dapatkan maklumat mengenai bagaimana memulakan bisnes ini. Mesin bubble Waffle boleh diperolehi dalam 2 jenis iaitu Mesin Elektrik Bubble Waffle atau Mesin Gas Bubble Waffle.


Mesin Elektrik Bubble Waffle

Mesin Gas Bubble Waffle

Apa lagi? Jika anda ingin memulakan perniagaan @ menambahkan pendapatan, sila klik untuk keterangan lanjut. Siapa tahu, mungkin anda usahawan / usahawanita terkenal selepas ini?

Ahad, 27 November 2011

Need Some Motivation?

Well Done Is Better Than Well Said






(Benjamin Franklin)

Isnin, 21 November 2011

Just Wordless : Anak Michael Jackson?

Salah seorang anak mendiang Michael Jackson iaitu Prince Michael sudah meningkat dewasa.Kembali kepada beberapa tahun yang lepas , Prince Michael yang masih budak still nampak comel dan ramai yang pertahankan bahawa Michael Jackson sememangnya bapa kandung kepada anak-anak beliau. Kini , Prince Michael sudah meningkat dewasa , ada awek dan yang terkini, imej beliau mirip selebriti terkenal di Malaysia.   

Siapa dia?


Bertuah sungguh selebriti tersebut sebab anak Michael Jackson tuuu. Kiranya, kalau tak dapat nak jadi seperti Michael Jackson, dapat mirip seperti anak beliau pun sudah cukup. Harus diingat , selebriti ini bukan calang-calang orang.

Siapakah orangnya????

Jeng..jeng..jeng..baca lagi..

Jumaat, 11 November 2011

Nasi Beringin (Muar Mari)

Bahan-bahan untuk penyediaan nasi
Credit to Google Images
4 cawan beras panjang, dicuci bersih dan toskan
6 cawan air rebusan daging (yang sudah disejukkan, please refer kat bawah untuk cara buat stok)*
4 ulas bawang putih, ditumbuk
2 ulas bawang merah, ditumbuk
5 biji buah pelaga
1 sudu teh cengkih
1 sudu teh jintan manis
2 bunga lawang
1 inci kayu manis
½ inci halia muda, ditumbuk
Gula dan garam
2 sudu makan minyak

Cara-caranya
  • Panaskan minyak di dalam kuali besar.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis sehingga naik bau.
  • Masukkan beras dan gorengkan, kacau rata sentiasa, sehingga beras menjadi agak putih.
  • Sejukkan beras tersebut.
  • Masukkan beras yang sudah sejuk kedalam periuk nasi (bersama semua bahan tumis), sukat air rebusan daging, sesuaikan gula dan garam.
  • Masak seperti nasi biasa.
  • Hidangkan bersama lauk seperti sambal tumis udang, kari telur, kari ayam dan rendang daging.

 Bahan-bahan untuk penyediaan air rebusan daging
1 kilo daging/tulang dengan sedikit daging & lemak (dipotong-potong)
2 liter air
1 inci halia, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
2 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
1 inci kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang


Cara-caranya
  • Didihkan air di dalam periuk yang agak besar dan masukkan semua bahan-bahan lain. Biarkan mendidih. Rebus (api kecil) sekurang-kurangnya 3 jam Keluarkan daging/tulang dan tapiskan bahan lain.
  • Sejukkan stok daging tersebut. Daging tu, boleh lah buat masak kicap ke, goreng berlada ke, untuk lauk nasi beringin.
Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group