Khamis, 1 November 2012

Senaman

Mengamalkan senaman akan menjadikan anda lebih cergas, memberi ketenangan diri dan menolong mengawal berat badan dengan membakar kalori di dalam tubuh anda.

Bagaimana untuk bersenam?



Cara bersenam yang terbaik adalah mengikut Formula FIT.

F - Frekuensi (kekerapan
Anda digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan laju, jogging, berbasikal, berenang, senamrobik atau bermain badminton.

I - Intensiti atau sejauh mana tahap keupayaan badan anda untuk bersenam.
Sekiranya anda mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anada melakukan senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakanlah senaman anda dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri.

T - Tempoh masa atau berapakah lama masa yang anda perlu peruntukkan juntuk senaman.
Luangkan masa sekurang-kurangnya selama 15-20 minit untuk bersenam.

Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group