Pernah dengar Hutan Rekreasi Tanjung Tuan? Apa? Tak Pernah? Rumah Api Tanjung Tuan? Apa? X pernah gak... Ish..ish..ish.. Kalau aku cakap, pernah tak korang nmpk rumah api kt area Port Dickson? Haaa...mesti ada yg dh boleh imagine.
Klu korg nk tau, rumah api tu terletak kt Tanjung Tuan. Utk smpi ke Rumah Api Tanjung Tuan tu, korg mesti melalui Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Utk masuk ke hutan tu, pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 seorg. Byrn boleh dibuat di pondok pengawal yg terletak berhampiran pintu gerbang. Slps bayaran dibuat, pelawat hendaklah merekod details diri pd buku laporan yg disediakan. Untuk naik ke atas, korang kene berjalan kaki yea. Sila parking di luar kawasan berkenaan.
Ekspedisi aku & hubby bermula jam 11.55 am. Boleh imagine aku merentas bukit tu pakai t-shirt, selipar & jeans. Nmpk nau main terjah jek. Aku budget, jln agak rata. Mn tau, bile nk ke rumah api, kene ala-mendaki plak. Nasib laluan ke rumah api, jalannya ditar. Pelawat yg melawat boleh santai tanpa memerlukan equipment mendaki yg heavy. Anyway, berdekatan dgn pondok pengawal tu gak, korg bole nmpk tandas awam. Sesape yg nk membuang tu, baiklah menyinggah dulu. Takut tak sempat nk ke atas tuh. Hehehhe...
Okey, dalam 15-20 minit perjalanan, ada disediakan pondok untuk melepaskan lelah bukan khalwat. Jalan agak curam. Korang dinasihatkan agak bwk sebotol air atau towel kecil sbb mmg sweating habis! Jgn jadi mcm aku, apapun x bwk. Ngehngehngeh. Jalan je sikit, nmpk pondok je nk lepak. Lepas aku teruskan perjalanan, dalam 15-20 minit gak perjalanan, bole jumpa pondok lagi satu.
Bila n sampai da? Asyik rehat je. Semua tu bergantung pd tahap kecergasan korg. Aku dh x fit mcm dulu. Tu yg asyik berhenti jek. Lps stop kali kedua, perjalanan diteruskan. Sambil2 tu korg bole menghayati keindahan alam & boleh mengenali spesis2 pokok yg ada kt hutan tuh! Jalan punya jalan, ada satu lorong yang menjadi tempat Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa. Aku mmg nak masuk. Tapi, hubby aku tu...nama je x-player state, tapi kemain malas nk berjalan menyinggah. Benggang tol.. Aku rasa rugi jek.
Akhirnya, dari kejauhan dh nmpk rumah api. Yeay.. Ala, jauh lagi. Kene panjat tangga. Huhuhu..Tapi, aku ada sedikit musykil..Apsal byk kereta? Apsal depa x kasi aku naik keta? Ceh! Hahahha, jgn salah faham. Kekadang yg park tu org yg meniaga air kt ctu & pekerja.
At last, sampai gak. Anyway, rasa hampa sgt. X bole masuk. Hmmm..tgk dari luar je la. Apa brg... Lupa nk bagitau. Hubby aku sbnrnya dh ke cni dgn team Maybank dia dulu. Dia kata dulu boleh masuk. Diapn musykil..
Oleh sebab aku ni asyik rasa tak puas hati sgt, aku jelajahlah area tu. Yelah, x kanlah nk blk. Singkat btol perjalanan. Usha punya usha, aku gatal ajak hubby masuk satu lorong sebelah kiri dr gmbar kt atas ni diambil. Lorong tu pun menuju ke Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa. Kononnya, klu kitaorg lalu ctu boleh tembuslah dkt lorong di kaki bukit tadi tuh. Kami budget tu short cut la ke bawah. Tapi, sesat!!
Tengok ni banyaknya tangga. Aku dh musykil dh. Sbb kawasan ni banyak terbiar. Tapi, aku tawakal je. Rupanya tmpt ni pun port. Oh, yea..jgn terperanjat klu tgk ni mcm lokasi filem seram. Hehehhe. Mmg tak terjaga, dgn tanda arah yg dh tumbang, pondok dh reput & usang. Still lg confident, aku turun gak smpi ke bwh. Tetibe..
Apsal plak tembus kt sisir pantai ni? Huaaaa... Mcm nak nagis. Mmg tak tembuslah ke pintu gerbang tuh. Aku tengok kiri & kanan mcm pulau. So, kami mmg ta bole nak jalan kaki ikut pesisiran pantai tuh. !@#$%^&**. At first, ingatkan kami berdua je kt cni. Tapi, ada 2 minah salleh dh lepak cni sambil buka baju. Huaaaa... cuci mata laki aku. Muka hubby aku, x yah cakapla..bengkek.. Yelah, kami kene panjat naik berpuluh2 anak tangga tu nk ke rumah api balik. Guna jalan yg diredhai. Keh! No shortcut.
Jalan punya la pandang bawah tak tengok langit. Ikut resmi padi, konon! Bila terdongak kt satu port lepak nih yg nk dekat laluan masuk Penghijrahan Burung Pemangsa tu (refer gmbr ke-5, kiraan 1 dr gmbr kt atas nih), baru ko nmpk burung mcm burung helang atas kepala ko. Punyala banyak. Spesis tu pelik. Kepaknya warna kuning. Mmg terpesonalah. Hilang sakit ati tadi + kaki aku yg dh kejang tuh. Kihkihkih.
Perjalanan diteruskan smpi ke rumah tanjung api tuh. Smpi je terus beli 100+. Dahaga weh. Peluh mmg x ingatlah. Org sumer heran tgk kami. Yelah, depa sumer naik rumah api terus turun balik. Mmg x adventurous. Poyo tol aku. Minum sekali dua sedut, aku terus ajak hubby aku turun. Turun bukit mmg no prob sbb x penat sgt. Smpi je kt kaki bukit, tgk jam dh pukul 1.20pm. Gler kentang.
So, pada korg yg suka dgn hidupan flora dan fauna, chewah..bolelah berkunjung ke sini. Suka je tapi tak cintakan aktiviti berjalan, x payahlah dtg cni. Buat membebel jek. Klu korg rasa tak jumpa, pergi cari Ilham Resort. Hutan ni btol2 dkt resort ni. Alamat penuh hutan ni adalah:
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
@ Pejabat Hutan Daerah Melaka,
75459 Air Keroh, Melaka
Tel: 06-231 6095
Faks: 06-232 2867
2 ulasan:
hehehe..tangga dia tu mmg curam giler...mencabar gak!
Makam parameswara,dan bekas tapak kaki
hang tuah ada kat kaki bukit,dkt2 pantai tu !
Sape2 nak tengok,col sy,ada masa sy tunjukkan,
0176484946-En.yusdi.
Catat Ulasan