Maaf. Lawatan ini agak lama. Baru hari ni berpeluang untuk bercerita. Excited utk berceritapn sbb dgr cerita Kellie's Castle akan dibuka untuk night tour!
Raya ke-4 tahun lepas, aku berpeluang menjejakkan kaki ke Kellie's Castle. Nasib baik ada video assignment utk dibuat. Kalau x, mmg tak berpeluang nak menerjah bangunan yang ditinggalkan oleh En. Smith ni sebab parents-in-law tak galakkan. Untuk orang yang adventurous mcm aku ni, peluang ni diguna sehabis baik. Sbb dh tau awal2, lepas ni mmg x akan boleh ke sini lagi. Hehehehe.
Secantik pemandangan dari jauh, tetapi pemandangan di parking lot tidak secantik disangka! Banyak sampah! Mungkin disebabkan Hari Raya, pekerja2 pembersihan tiada atau sebab kesedaran sivik di kalangan rakyat Malaysia masih tiada.. Anyway, parking adalah percuma.
Waktu operasi bermula dari 9.00 hingga 6.00 ptg. Tapi, itu thn lepas punya citer. Thn ni katanya ada night tour. Aku tak sure plak operasinya berakhir bila. Harga per entry agak murah utk local. RM5 utk adult and child for RM3 only. Foreigner mahal sikit. RM7 for adult and child RM5. Again, ini harga day tour. Klu night tour maybe berbeza kot..
Masa bila tiket ni lah aku nak galakkan korg pergi tandas ke beli air ke apa. Kt atas tu (Kellie's Castle) dh tak boleh dh. Air tu penting weh.. Perak panas gak. Klu korg jenis explorer, bila dh smpi atas mesti haus punya. Bwk payung ke apa in case. And pastikan brg korg tak tercicir mana2. Ini nasihat utk aku sdr. Huhuhuhu.
Korg nak tau? Ada satu Chinese family ni tegur aku. Mereka tanya, ada Nampak tak potret Kellie's family kt mana2? Diorg Nampak interested nak Tanya aku sbb aku bawak kamera canggih2 katanya. Hairan aku, semua bilik aku dh habis keluar masuk. X ada pula Nampak. Rupanya ada kisah pasal potret tu. Potret tu katanya mcm potret Monalisa. Kalau dilihat lama2 terasa seperti potret tu memerhatikan korg!
Menurut mereka, mereka pernah tinggal berdekatan dengan Kellie's Castle. Ohhh..anak jati Perak rupanya. Kata mereka lg, masa kecil2 sampai remaja, mereka slalu dtg sini main2 and explore tempat ni siang and malam. Kata mereka, sebelum diambil alih oleh pihak pengurusan skrg, castle tu sangat terbiar, kotor dan creepy. Dinding istana penuh dengan pokok2 liar. Refer gambar bawah yea. Aku salute lah atas keberanian mereka. Sambil ketawa, adik lelaki kata, masa muda, apapn berani nak buat. Patutlah aku tgk gamble btol kakaknya bwk infant masuk dlm tu.
Mereka kata, potret tu pasti sangat berharga. Yelah, karya lamakan? Dibiarkan saje tergantung di hall (tak silap aku di hall). Walau bagaimanapun, mereka menyatakan potret tu memang seram. Tapi, itu yg mereka cari.. Errkk... Puas aku membelek2 gmbr yg diambil. Mmg x de. Agak kecewa, mereka thanks kt aku. Tapi mereka mengeluh kerana berasa kesal sekiranya potret itu dicuri atau dibuang tanpa mahu dipelihara karya tersebut sebaik mungkin.
Setiap spot di sini ada diletakkan label untuk info. Ada juga floor plan utk panduan. Ada juga label di spot2 tertentu menyatakan penampakan susuk En. Smith. Refer gambar di bawah ni yer. Personally, aku rasa wine cellar adalah paling menyeramkan. Sbb mmg gelap giler walaupun siang. Kami turun pakai lampu hp. Klu night tour, aku tak tau lah gelapnya mcm mana..
Pada pendapat aku, pihak pengurusan kene perkemaskan lagi tentang hal keselamatan. Sebab, nak naik kt atas ni ada beberapa sempadan lift yg tidak jelas kelihatan dan boleh mendatangkan injury. Aku sendiri hampir nk terslip ke bwh sbb x perasan yg lift pertama di Malaysia tu x de lantai (ingatkan tangga spiral). Bahagian puncak istana pula perlu diletakkan barrier, signboard etc di beberapa sempadan untuk megelakkan kemalangan. Just my 2cents :)
Overall, tempat ni berbaloi utk dikunjungi. Mmg bole kaut untung berlipat ganda klu beberapa perkara diperkemaskan. Foreigner mmg suka tmpt2 mcm ni. Nk2 tempat ni tersenarai antara tempat mistik di dunia! Keindahan alam semula jadinya, keajaiban sejarahnya dan keunikan pembinaannya apabila diadun mmg menjadi pusat tumpuan yg menarik. Ditambah lg dgn tarikan night tournya..pergghh...best..
Kepada mereka yg ingin melawat, sila kunjungi:
Kellie's Castle
Batu Gajah, Perak
P/S: Tak puas nak bercerita lebih lanjut sbb gambar yg diambil sebanyak 20% sahaja di kamera. Di hp mmg banyak, malangnya hp aku hilang lepas balik dr shooting tu. Byk juga info2 penting untuk input dlm video assignment HTT257 Tour Guiding Skills kene let go. Anyway, jom layan video Kellie's ni:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan