Kekadang kita merasa begitu kecil hati. Sehingga kita merasakan tak perlu berbuat apa-apa lagi.
Terlalu menjaga hati mungkin. Sehingga hati sendiri diketepikan.
Tahukah mereka, apa yang terbuku dihati?
Percayalah, selepas ini.. aku akan mengikut sahaja. Sehingga kalian mengatakan.
"Tidak apa-apakah dia?"
"Betulkah? Tak mahukah dia.."
"Kenapa dia sudah jauh berubah?"
"Bagaimana kamu bisa mengawalnya?"
Percayalah, selepas ini juga, aku tidak akan mengatakan apa-apa.
Aku tidak akan marah.
Aku hanya menangis semahu-mahunya tanpa diketahui sesiapa.
Aku tidak akan jadi seperti dulu.
Kerana aku sedar, akulah patung menurut perintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan