KONSEP PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT BIBLE :
SATU HURAIAN AWAL
Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali
Pendahuluan
Penciptaan manusia merupakan intipati kepada keseluruhan penciptaan Tuhah. Ini kerana manusia sahaja yang dapat membuat penilaian terhadap kekuasaan dan keagungan penciptaan Tuhan berbanding makhluk-Nya yang lain. Bertitik tolak daripada penciptaan manusia, penciptaan-penciptaan Tuhan dapat ditonjolkan antaranya untuk tujuan peningkatan keimanan kepada Pencipta yang Agung, pengkajian, pembelajaran dan seumpamanya. Pendekatan ia adalah teras ke arah pembuktian keagungan kekuasaan Tuhan.
Justeru memahami tentang konsep penciptaan manusia adalah perkara yang penting ke arah mengenali keadaan diri dan hubungannya dengan Pencipta. Perkara yang sama turut ditekankan oleh Bible yang lebih merujuk kepada hubungan antara manusia dan Tuhan. Apatah lagi dalam kepercayaan Katholik, konsep manusia itu lebih menjurus kepada hubungannya dengan Tuhan berbanding aspek lain. Atau dalam erti kata yang lain, konsep manusia dalam ajaran Bible lebih cenderung dilihat daripada aspek keagamaan semata.
Bertitik tolak daripada kepercayaan tersebut, agama Kristian mempercayai bahawa manusia berasal daripada manusia pertama iaitu Adam dan pasangannya Eve. Justeru, kajian ini akan menelusuri konsep kejadian manusia berasaskan penciptaan Adam dan Eve menurut Bible dan teologi Kristian yang kemudiannya melahirkan matlamat kehidupan manusia selaras dengan kehendak Bible.
Istilah Adam.
Menurut Bible, Adam adalah manusia pertama dijadikan oleh Tuhan selepas penciptaan langit, bumi, siang dan malam, cakerawala dan seumpamanya. Seterusnya Eve dijadikan sepertimana yang disebut dalam 1 Timothy 2:13 “For Adam was created first, and then Eve”.
Dalam usaha memahami konsep kejadian manusia, kajian ini mendapati beberapa istilah berkait rapat dan merujuk kepada kejadian manusia pertama iaitu Adam. Istilah-istilah ini lazim digunakan dalam penulisan Bible terawal yang ditulis dalam bahawa Hebrew dan pertuturan masyarakat Babyloon serta Akkadian yang mempercayai Bible. Hasilnya memperlihatkan Adam dikatakan sebagai manusia pertama dan dijadikan daripada tanah. Aspek etimologi turut mengukuhkannya.
Menurut Bible terawal yang ditulis pada abad ke 9 Masihi, istilah yang digunakan lebih menjurus kepada maksud man – manusia. Antaranya seperti istilah Ish yang merujuk kepada maksud suami dan lelaki, “Enosh membawa maksud insan yang akan menemui ajal, Ba’al pula bererti tuan. Gibbor menunjukkan manusia yang berani dan Nephesh membawa erti roh dan makhluk. Istilah-istilah ini keseluruhannya membawa maksud manusia dan dikaitkan dengan Adam.
Manakala dalam Old Testament versi Inggeris menyebut man yang dikaitkan dengan Adam sebagai maksud bangsa. Istilah ini disebut sebanyak 500 kali. Selain daripada itu, Old Testament turut menonjolkan istilah Adham yang membawa maksud manusia sebanyak 562 kali dan disebut pelbagai seperti anak lelaki dan perempuan, kelahiran manusia pertama, kelakuan lelaki seperti seekor keldai, dengki dan sebagainya.
Merujuk kepada etimologi Adam, ia adalah suatu pengertian yang tidak jelas. Menurut bahasa Hebrew, Adam disebut Adamah dan Aphar yang membawa maksud debu. Selain daripada itu, ia memberi pengertian sebagai sesuatu yang mengandungi butiran halus, kering dan terpisah. Adamah pula membawa maksud tanah. Ia sering dikaitkan dengan metos masyarakat
Manakala menurut pakar linguistik, konsonan Adam yang merujuk kepada manusia, Adama yang merujuk kepada maksud bumi dan dm yang memberi erti akan menjadi merah digabungjalinkan akan menjurus kepada pengertian bahawa manusia ini memiliki kulit kemerah-merahan. Menurut kepercayaan pertama yang dicipta daripada tanah bumi yang berwarna merah dan telah ditentukan oleh Tuhan Yahweh atau Yahowa. Kenyataan-kenyataan tersebut menjelaskan bahawa istilah Adam yang terdapat di dalam Old Testament bererti gabungan dua istilah tersebut membuktikan bahawa Adam adalah manusia pertama yang dijadikan daripada tanahbumi kemerah-merahan. Justeru, terdapat persamaan dari sudut warna kulit Adam dengan warna tanah alam seperti yang dijelaskan oleh Genesis 2:7: “Then the Lord (Jehovah) took some soil from ground and formed a man out of It”.
Penciptaan Adam: Aspek Fizikal
Tidak terdapat suatu kenyataan yang terperinci di dalam Old Testament dan New Testament berhubung penciptaan fizikal manusia. Justeru, catatan yang termuat dalam kitab-kitab suci tersebut khususnya dalam genesis (Old Testament) telah diintrepetasikan kembali menurut pandangan beberapa pakar teologi lama dan dirumuskan pula oleh para pemimpin pendita Israel dan akhirnya diterimapakai sebagai pandangan yang munasabah oleh kebanyakan pakar teologi Kristian kini.
Menurut teologi Katholik,
Pendapat mereka disangkal oleh Reinhold Nieubur seorang teologi Protestant yang menyebut bahawa penciptaan manusia adalah satu fakta daripada penciptaan Tuhan yang wajar diterima. Ini kerana ia adalah wahyu Tuhan dan pengalaman manusia yang akan membongkar segala misteri penciptaan yang terselindung disebalik tabi’I dan akal. Perkara ini termasuk di dalam falsafah ex-nihilo yang bererti tidak terdapat sesuatu yang datang daripada kekosongan dan tidak terdapat juga sesuatu yang boleh dicipta daripada kekosongan.
Manakala menurut pengajaran agama Kristian lebih menumpukan konsep manusia dari aspek keagamaan berbanding antropologi. Justeru, penekanan lebih difokuskan kepada aspek karaktor manusia dan interaksi antara Tuhan dan manusia. Psalms 8:5 mengukuhkannya dengan merakamkan bahawa “what is man, that you think of him; mere man, that you care of him”. Ini telah meletakkan topik tersebut sukar diperbahaskan secara terperinci.
Namun, Old Testament mencatatkan kejadian manusia walaupun secara ringkas tetapi tetap memberi sumbangan ke arah perbahasan lanjut. Genesis 1:1-20 menyebut secara umum penciptaan Tuhan bermula dari hari pertama siang dicipta untuk manusia menikmatinya, diikuti hari kedua diciptakan pula air dan hari ketiga menumbuhkan tanaman. Tuhan cipta matahari, bulan dan bintang untuk kegunaan manusia. Seterusnya hari keempat, Tuhan ciptakan makhluk didaratan dan lautan dan hari kelima unggas diangkasa diciptakan.
Berikutan daripada penciptaan tersebut untuk menjadikan dunia sebagai satu alam yang sempurna. Tuhan mempersiapkannya pada hari keenam dan diakhiri dengan penciptaan manusia pertama Adam untuk memikul amanah membangunkan dunia yang telah tersedia.
Teks kitab suci menyebut bahawa Tuhan Yahweh mencipta Adam daripada debu tanah. Perkara ini diakui dan dipercayai oleh keseluruhan masyarakat Kristian. Kenyataan ini dicatatkan dalam Genesis: “And the Lord God formed man of the dust of the ground”. Corinthians 15:47 menyebut bahawa: “The first Adam, made of earth, came from earth, the second Adam came from heaven”. Disamping itu, Job 10:8&9 menyebut : “Your hands formed and shaped me, and now those some hands destroy me. Remember that you made me from clay”.
Bertitiktolak daripada catatan ringkas Bible telah membuka ruang perbahasan terhadap penciptaan manusia. Pelbagai pendapat dikemukakan untuk menghuraikan penciptaan manusia sehingga ada yang menganggapnya sebagai satu misteri dan khayalan.
Menurut Dietrich Bonnoeffer, bahasa yang digunakan untuk mengungkap penciptaan manusia adalah keanak-anakan dan menyebabkan kekeliruan kepada yang
Sebahagian pakar teologi menyebut bahawa kejadian manusia pertama iaitu Adam daripada tanah ini hanyalah sebagai satu ungkapan berbentuk metafora. Ini kerana tidak mungkin penyusunan struktur tubuh Adam dibina hanya daripada sebutir tanah.
Walau bagaimanapun, pakar teologi turut berpendapat bahawa ianya adalah tidak mustahil dilakukan Tuhan. Ini kerana melalui kekuasaan Tuhan, kebaikan dan kemuliaan-Nya menjadikan debu tanah sehingga membentuk jasad manusia.
Selain daripada itu, terdapat pandangan yang
Menurut J.D Darby yang dipetik daripada Fred A. Filby, istilah dust sebenarnya merujuk kepada maksud butir-butir atau particles yang memberi erti dalam jumlah yang banyak. Ini diasaskan kepada kenyataan gospel Isaiah 40”15: “to the Lord the nations are nothing, no more than a drop of water; the distant islands are as light as dust”.
Pentafsir Bible, Ellicot menjelaskan bahawa penciptaan Adam adalah daripada cahaya dan kilauan butiran permukaan bumi yang bersifat mudah ditiup angin. Ini memberi erti ianya adalah butir-butiran debu.
Merujuk kepada bahasa Hebrew menyebut dust sebagai ‘do’g yang memberi maksud atom. Perkaitan di antara keduanya terserlah kerana atom turut terdiri daripada elemen yang halus seperti debu tanah.
Kenyataan tersebut disokong oleh Thomas Whitelaw salah seorang pentafsir Bible. Beliau berpendapat bahawa kejadian manusia pertama adalah daripada butiran debu yang sedikit. Debu-debu tersebut kemudiannya dihimpun dan Tuhan menciptakan pula rangka manusia yang indah seperti ukiran halus, berseni dan memiliki daya artikulasi yang menakjubkan. Pertautan yang kukuh dibina bagi menempatkan diri manusia kepada susunan debu tadi. Franklin Weidner turut menjelaskan tentang perkara tersebut dengan menambah bahawa tidak semestinya butiran debu yang halus menunjukkan bahawa manusia itu dicipta daripada sekepal tanah.
Bertitiktolak daripada kenyataan-kenyataan tersebut, pakar teologi Kristian seterusnya membahaskan jenis tanah-tanih yang digunakan Tuhan untuk mencipta Adam. Pendapat ini menyamai pandangan Islam yang meletakkan kejadian Adam daripada tanah-tanih yang diambil dari berbagai tempat. Genesis 14:8 menyebut : “Behold, I will create him from the place of his atonement and may be endure”.
Menurut Encyclopedia Judaica bahawa kepala Adam dicipta daripada tanah Haram Mecca, dadanya daripada tanah Jurusalem, punggungnya daripada tanah Yaman, kakinya dicipta daripada tanah Hijaz, tangan kirinya dicipta daripada tanah bahagian Barat dan tangan kanannya daripada bahagian Timur.
Menurut sebahagian para rasul Bani Isreal, dalam proses penciptaan Adam ini memperlihatkan bahawa debu tanah telah dicampur dengan air berikutan penyiraman air hujan ke atas muka bumi yang ditentukan Tuhan.
Perkara ini dikukuhkan lagi oleh LeoXII seorang pemimpin paderi terkemuka dan cenderung kepada kajian sains menjelaskan bahawa komposisi jasad manusia terdiri daripada zat bumi, sebahagiannya lagi adalah air dan sebahagian lagi mengandungi udara. Apa yang disentuh dalam Bible hanyalah dari aspek luaran penciptaan manusia.
Perbincangan tersebut di atas menjelaskan bahawa kejadian Adam sebenarnya melalui tahap dan proses tertnetu berasaskan kepada komposisi tubuhnya walaupun Bible tidak mencatatkannya. Apatah lagi ianya mempunyai perkaitan dengan penemuan saintis mengenai perkara tersebut. Pakar saintis membuktikan bahawa zat daging, otot, tulang dan urat manusia mengandungi elemen-elemen yang sama dengan tanah bumi seperti kandungan batu kapur dan kerak bumi dalam usus manusia.
Disamping itu juga, hasil penemuan pakar kimia dan fisiologis menjelaskan bahawa elemen-elemen yang terkandung dalam tubuh manusia adalah sama dari tubuh yang tidak berorganik kepada karbon, nitrogen, oksigen, sulfur, ferum dan fosfurus.
Berasaskan perbincangan-perbincangan tersebut menjelaskan kejadian Adam melalui beberapa proses tertentu sehingga membentuk dirinya daripada kaku kepada hidup. Ini bererti selain daripada aspek fizikal terdapat aspek lain yang lebih penting diperlukan dalam diri manusia yang menjadikannya sebagai makhluk yang hidup seperti Tuhan dan istimewa berbanding lain. Agama Kristian menyakini bahawa sifat hidup dan keistimewaan ini digerakkan oleh roh sebagai pemberian Tuhan yang mulia kerana ia dikaitkan pula dengan intelek yang tidak dimiliki oleh ciptaan Tuhan yang lain. Untuk memehami konsep manusia lebih lanjut, kajian ini akan menelusurinya dari sudut kerohanian atau spiritual.
Kejadian Adam: Aspek Spiritual
Gospel Thessalonians 5:23 mencatatkan : ‘May God who gives us peace meke you holy in every way and keep your shole being, spirit, soul and body-free from every fault at the coming of our Lord Jesus Christ”. Kenyataan ini menjelaskan bahawa jasad manusia terdiri daripada tiga elemen utama yang saling berkaitan dan saling memerlukan iaitu body atau badan, spirit atau roh dan soul atau jiwa.
Menurut bahasa Hebrew, sprit disebut sebagai ruach yang bererti angin dan dihubungkan dengan Tuhan. Perkaitannya dengan manusia meletakkannya sebagai unit dan istimewa dan dikatakan juga sebagai nafas Tuhan. Pencipta ke atas segala sesuatu. Manakala menurut New Testament ia disebut pneuma yang memberi maksud roh Tuhan. Old Testament mencatatkan bahawa soul disebut sebagai nephesh yang bererti kerongkong atau tekak. New Testamane menyebutnya sebagai psyche atau jiwa. Kedua-dua istilah ini merujuk kepada maksud manusia atau suatu hidupan, makhluk dan turut memberi erti kehendak naluri manusia.
Berasaskan pengertian tersebut menjelaskan bahawa jasad manusia dicipta untuk membentuk terus hidup. Justeru, Tuhan memberikan nyawa-Nya kepada manusia agar ia hidup. Ini juga merupakan proses terakhir dalam penciptaan manusia sepertimana yang dijelaskan dalam Genesis 2:7: “He breated life giving breath into his nostrils and the man began to live”. Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa Tuhan berbentuk mansuai atau anthropomorphic iaitu mengembungkan pipi-Nya untuk meniupkan roh kepada jasad manusia pertama. Seterusnya ia mengaktifkan segala saluran pernafasan, tulang belulang, saluran darah dan paru-paru manusia. Pendekata segala fungsi metabolik bergerak aktif sebaik sahaja mekanisma pernafasan disalurkan kepada jasad Adam.
Ini turut menjelaskan bahawa penciptaan manusia adalah istimewa kerana dijadikan daripada nafas Tuhan berbanding makhluk yang lain daripada firman Tuhan. Ini membuktikan wujudnya hubungan suci antara manusia dan Tuhan. Ia sekaligus meletakkan manusia telah bersatu dengan Tuhan.
Berikutan daripada itu Bible melihat roh adalah manusia iaitu makhluk yang hidup, berfikir, bijak merencana, membuat keputusan, bersifat rohaniah dan sebagainya. Roh adalah berbentuk spiritual dan ia merupakan sumber imej Tuhan dalam diri manusia.
Menurut kepercayaan agama Kristian, proses penciptaan Adam hanya mengambil masa sehari suntuk iaitu pada hari keenam selepas penciptaan isi alam seperti yang dijelaskan oleh Genesis 1:27. Ini kerana menurut Genesis 2:2, Tuhan berehat pada hari berikutnya iaitu hari ketujuh. Ini menggambarkan Tuhan bersifat lemah dan bertentangan dengan sifat Tuhan yang agung dan berkuasa.
Selain daripada itu, Bible mencatatkan bahawa seseorang yang mati akan melibatkan roh dan jasad kembali kepada posisi asal iaitu roh kembali menemui Tuhan dan jasad kembali kepada tanah.
Disamping itu, Bible turut menjelaskan bahawa asas kepada penciptaan setiap makhluk Tuhan adalah daripada tanah seperti manusia. Peringkat awal penciptaan alam menjelaskan bahawa makhluk lain menggunakan lafaz atau kalam Tuhan tetapi penciptaannya adalah tetap berasaskan tanah. Ini berbeza dengan penciptaan manusia yang asasnya dibentuk secara langsung daripada tanah. Namun, ini tidak mengurangkan keistimewaan manusia berbanding makhluk lain memandangkannya memiliki personaliti yang mulia.
Perkara ini dikukuhkan lagi oleh Genesis 1:28 yang menyebut: “The God said: “Let us make man in our image, in our likeness, and let them rule over the fish… So God created man in his own image, in the image of God He created him; male and female. He created them”.
Bertitiktolak daripada kenyataan Bible tersebut menimbulkan pelbagai pendapat tentang maksud image dan likeness. Namun secara umumnya, Bible menerimapakai bahawa kedua-dia istilah tersebut adalah sinonim berasaskan kenyataan Genesis 0:6 yang menyebut : “whoever shed the blood of man, by man shall his blood be shed, for in the image of God has God made man”. Ia turut membawa maksud bahawa manusia memiliki kesamaan dengan Tuhan dari aspek kesempurnaan. Atau dalam erti kata lain, manusia wajar mempamerkan imej kesempurnaan dan mencerminkan hidup Tuhan yang penuh kebijaksanaan dalam dalam kehidupannya seharian. Perkara ini rutut ditekankan dalam Bible seperti dalam Gospel Matthew 5:488, Epistle of 1 Peter 1:16 dan Epistle of 1 John 4:16.
Berikutan daripada itu meletakkan manusia memiliki karaktor Tuhan yang suci terpancar dalam dirinya. Justeru, agama Kristian menyakini bahawa imej Tuhan yang wujud dalam diri manusia ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama dengan setiap kategori terbahagi pula kepada beberapa aspek iaitu aspek Material yang membawa maksud nilai-nilai moral dan spiritual manusia yang diasaskan kepada manusia pertama iaitu Adam dan pasangannya Eve dan aspek bentuk yang menjurus kepada memanifestasikan imej kesempurnaan Tuhan dalam diri manusia yang meliputi personaliti, bersifat kekal dan immortality, rationality, kebijaksanaan dan autoriti.
Untuk mencapai hasrat memanifestasikan segala kesempurnaan imej dan kebijaksanaan Tuhan dalam diri manusia ini, Tuhan telah menciptakan Eve sebagai pasangan Adam agar imej-Nya terus berkembang dan sentiasa hidup. Justeru, perkembangan manusia adalah agenda utama ke arah memanifestasikan realiti imej Tuhan dari aspek material dan bentuk. Ini meletakkan penciptaan Adam dan Eve adalah penting kerana bertujuan untuk mengekalkan keturunan manusia melalui reproduksi yang menjelaskan bahawa manusia berkuasa menentukan perkembangan keturunannya dan seterusnya menghargai kemuliaan institusi kekeluargaan. Ia sekaligus membezakan kedudukan manusia dengan makhluk-makhluk ciptaan Tuhan yang lain.
Penciptaan Eve
Genesis mencatatkan dua versi tentang kejadian wanita pertama merujuk kepada Eve. Versi pertama lebih memperkatakannya secara umum dan yang kedua lebih memokuskan tentang penciptaan Eve. Justeru, versi kedua lebih diterimapakai oleh kebanyakan pakar teologi Kristian dan Katholik.
Genesis 1:26 menyebut secara umum bahawa Tuhan telah mencipta manusia selepas penciptaan Adam dan ini merujuk kepada penciptaan Eve. Manakala Genesis 1:27 menjelaskannya juga secara umum bahawa di dalam imej Tuhan, ia menciptakan lelaki dan wanita. Versi kedua jelas memperkatakan tentang penciptaan Eve yang dicatatkan dalam Genesis 2:21-22 menyebut :
Then the Lord God made man fall into on deep sleep and while he was sleeping he took out one of the man’s rib and closed up the flesh. He formed a woman out of the rib and brought her to him.
Genesis 2:23 turut mengukuhkan lagi kenyataan tentang penciptaan wanita daripada Adam menyebut: “At last, here is one of mu kind-bone taken from my bone, and flesh from my flesh. Woman is her name because she was taken out by man”.
Pembentukan Eve daripada tulang rusuk Adam tidak mengurangkan sedikutpun keindahan penciptaan Adam. Bahkan ia memperlihatkan kekuasaan Tuhan dalam penciptaan-Nya yang mengkagumkan. Genesis turut mencatatkan kurniaan yang diperolehi oleh wanita pertama ini yang meliputi keindahan, kecantikan dan kemuliaan. Adam menamakannya sebagai Eve yang disebut dalam bahasa Hebrew sebagai hay yang bermaksud memberi kehidupan sebaik sahaja Tuhan menjelaskan wanita tersebut akan menjadi isterinya. Ini bersesuaian dengan kedudukan Eve sebagai ibu kepada setiap manusia yang hidup seperti yang dijelaskan oleh Genesis 3:21: “Adam named his wife Eve because she was the mother of all human beings”.
Bertitiktolak daripada penciptaan Adam dan Eve ini keturunan manusia dapat dikembangkan untuk mengambarkan kesempurnaan imej Tuhan melalui kehidupan seharian. Ia sekaligus menjelaskan tentang keagungan dan kekuasaan Tuhan yang tidak terbatas kerana mampu melaksanakan misi penciptaan yang mengkagumkan.
Penutup
Berasaskan perbincangan-perbincangan tersebut memperlihatkan bahawa Bible meletakkan penciptaan manusia pertama dan pasangannya sebagai satu bentuk penonjolan kesempurnaan Tuhan di alam ini. Kesempurnaan tersebut wajar diwarisi generasi seterusnya melalui ikatan perhubungan kekeluargaan. Justeru, reproduksi adalah agenda utama manusia untuk terus mempastikan generasinya tidak melupakan Tuhan. Keintiman hubungan manusia dan Tuhan tidak terhenti dalam penonjolan imej tetapi yang utama adalah dari aspek perlaksanaan hubungan tersebut melalui kepercayaan keagamaan. Keadaan ini sekaligus mengingatkan manusia tentang siapa diri mereka dan mengapa mereka dicipta. Pendekata, konsep asas mengenali manusia menurut Bible adalah melalui perhubungan keagamaan. Iaitu melalui keintiman hubungan manusia dan Tuhan. Ini kerana karaktor kesucian Tuhan turut terpancar dalam diri manusia yang perlu dihidupkan dan dibangunkan secara sempurna dan mulia. Berikutan dari ini, odsa dan kesalahan perlu dijauhi. Justeru, tidak hairan sekiranya matlamat kehidupan yang ditekankan oleh agama Kristian adalah menerusi penyelamatan dan alvation melalui pengorbanan Jesus Christ. Ini dilakukan kerana imej Tuhan yang sempurna telah gagal untuk dilaksanakan dengan jayanya oleh manusia pertama dan pasangannya. Ini kerana mereka telah melanggar perintah Tuhan sebelum keisinan-Nya. Justeru, Jesus diutus bagi menyempurnakan matlamat tersebut. Melalui Jesus, huungan manusia dan Tuhan dapat dijalinkan kembali secara harmoni dan imej kesempurnaan Tuhan dapat dihiudpkan secara mulia.
Ini bererti, penciptaan manusia memberi impak yang tinggi kepada penonjolan imej Tuhan yang sempurna dan mulia. Untuk terus menempatkan diri di kalangan manusia yang dikasihi Tuhan adalah perlu memehaminya dari hubungan keintiman keagamaan dan keyakinan yang berasas. Justeru, Bible menitikberatkan hubungan tersebut melalui pemahaman tentang konsep asas manusia dan kemanusiaan yang diasaskan kepada penciptaan manusia pertama Adam dan pasangannya Eve. Mereka berdua adalah tonggak kepada perkembangan manusia sejagat melalui reproduksi yang merupakan agenda utama ke arah perlaksanaan kesempurnaan hubungan manusia dan Tuhan. Kerana itu, penciptaan Adam dan Eve adalah penciptaan Tuhan yang utama dan penting untuk terus mengenali-Nya secara mendalam walaupun mereka berdua dianggap telah bersalah kepada manusia seterusnya. Namun, dosa tersebut terhapus melalui Jesus Christ yang pastinya ada kaitan dengan soal keyakinan agama Kristian dan penciptaan manusia.
Disediakan oleh: Ustaz Mohd Yadman Sarwan
12hb Febuari 2001
18hb ZulKaedah1421

Selain daripada itu, terdapat pandangan yang cuba untuk menjelaskannya secara tuntas dan kemudiannya mengemukakan kefahaman yang jitu mengenai perkara tersebut melalui ulasan dan tafsiran yang lebih matang terhadap kenyataan Bible. Ulasan ini dilakukan kerana Bible tidak menjelaskan lebih lanjut tahap-tahap penciptaan Adam seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran. Penjelasan yang dilakukan ini turut mengambil kira kenyataan gospel lain di dalam Bible dan ulasan-ulasan pakar teologimengenainya.

Untuk mencapai hasrat memanifestasikan segala kesempurnaan imej dan kebijaksanaan Tuhan dalam diri manusia ini, Tuhan telah menciptakan Eve sebagai pasangan Adam agar imej-Nya terus berkembang dan sentiasa hidup. Justeru, perkembangan manusia adalah agenda utama ke arah memanifestasikan realiti imej Tuhan dari aspek material dan bentuk. Ini meletakkan penciptaan Adam dan Eve adalah penting kerana bertujuan untuk mengekalkan keturunan manusia melalui reproduksi yang menjelaskan bahawa manusia berkuasa menentukan perkembangan keturunannya dan seterusnya menghargai kemuliaan institusi kekeluargaan. Ia sekaligus membezakan kedudukan manusia dengan makhluk-makhluk ciptaan Tuhan yang lain. St. Augustine turut menjelaskan bahawa hikmat penciptaan wanita untuk lelaki ini adalah sebagai simbol cinta yang efektif di antara suami dan isteri. Ia sekaligus mencerminkan kesempurnaan imej Tuhan. Oleh itu, memahami kejadian Eve adalah penting untuk terus memahami keagungan penciptaan Tuhan.
Penciptaan Eve
Genesis mencatatkan dua versi tentang kejadian wanita pertama merujuk kepada Eve. Versi pertama lebih memperkatakannya secara umum dan yang kedua lebih memokuskan tentang penciptaan Eve. Justeru, versi kedua lebih diterimapakai oleh kebanyakan pakar teologi Kristian dan Katholik.
Genesis 1:26 menyebut secara umum bahawa Tuhan telah mencipta manusia selepas penciptaan Adam dan ini merujuk kepada penciptaan Eve. Manakala Genesis 1:27 menjelaskannya juga secara umum bahawa di dalam imej Tuhan, ia menciptakan lelaki dan wanita. Versi kedua jelas memperkatakan tentang penciptaan Eve yang dicatatkan dalam Genesis 2:21-22 menyebut :
Then the Lord God made man fall into on deep sleep and while he was sleeping he took out one of the man’s rib and closed up the flesh. He formed a woman out of the rib and brought her to him.
Genesis 2:23 turut mengukuhkan lagi kenyataan tentang penciptaan wanita daripada Adam menyebut: “At last, here is one of mu kind-bone taken from my bone, and flesh from my flesh. Woman is her name because she was taken out by man”.
Pembentukan Eve daripada tulang rusuk Adam tidak mengurangkan sedikutpun keindahan penciptaan Adam. Bahkan ia memperlihatkan kekuasaan Tuhan dalam penciptaan-Nya yang mengkagumkan. Genesis turut mencatatkan kurniaan yang diperolehi oleh wanita pertama ini yang meliputi keindahan, kecantikan dan kemuliaan. Adam menamakannya sebagai Eve yang disebut dalam bahasa Hebrew sebagai hay yang bermaksud memberi kehidupan sebaik sahaja Tuhan menjelaskan wanita tersebut akan menjadi isterinya. Ini bersesuaian dengan kedudukan Eve sebagai ibu kepada setiap manusia yang hidup seperti yang dijelaskan oleh Genesis 3:21: “Adam named his wife Eve because she was the mother of all human beings”.
Bertitiktolak daripada penciptaan Adam dan Eve ini keturunan manusia dapat dikembangkan untuk mengambarkan kesempurnaan imej Tuhan melalui kehidupan seharian. Ia sekaligus menjelaskan tentang keagungan dan kekuasaan Tuhan yang tidak terbatas kerana mampu melaksanakan misi penciptaan yang mengkagumkan.
Penutup
Berasaskan perbincangan-perbincangan tersebut memperlihatkan bahawa Bible meletakkan penciptaan manusia pertama dan pasangannya sebagai satu bentuk penonjolan kesempurnaan Tuhan di alam ini. Kesempurnaan tersebut wajar diwarisi generasi seterusnya melalui ikatan perhubungan kekeluargaan. Justeru, reproduksi adalah agenda utama manusia untuk terus mempastikan generasinya tidak melupakan Tuhan. Keintiman hubungan manusia dan Tuhan tidak terhenti dalam penonjolan imej tetapi yang utama adalah dari aspek perlaksanaan hubungan tersebut melalui kepercayaan keagamaan. Keadaan ini sekaligus mengingatkan manusia tentang siapa diri mereka dan mengapa mereka dicipta. Pendekata, konsep asas mengenali manusia menurut Bible adalah melalui perhubungan keagamaan. Iaitu melalui keintiman hubungan manusia dan Tuhan. Ini kerana karaktor kesucian Tuhan turut terpancar dalam diri manusia yang perlu dihidupkan dan dibangunkan secara sempurna dan mulia. Berikutan dari ini, odsa dan kesalahan perlu dijauhi. Justeru, tidak hairan sekiranya matlamat kehidupan yang ditekankan oleh agama Kristian adalah menerusi penyelamatan dan alvation melalui pengorbanan Jesus Christ. Ini dilakukan kerana imej Tuhan yang sempurna telah gagal untuk dilaksanakan dengan jayanya oleh manusia pertama dan pasangannya. Ini kerana mereka telah melanggar perintah Tuhan sebelum keisinan-Nya. Justeru, Jesus diutus bagi menyempurnakan matlamat tersebut. Melalui Jesus, huungan manusia dan Tuhan dapat dijalinkan kembali secara harmoni dan imej kesempurnaan Tuhan dapat dihiudpkan secara mulia.
Ini bererti, penciptaan manusia memberi impak yang tinggi kepada penonjolan imej Tuhan yang sempurna dan mulia. Untuk terus menempatkan diri di kalangan manusia yang dikasihi Tuhan adalah perlu memehaminya dari hubungan keintiman keagamaan dan keyakinan yang berasas. Justeru, Bible menitikberatkan hubungan tersebut melalui pemahaman tentang konsep asas manusia dan kemanusiaan yang diasaskan kepada penciptaan manusia pertama Adam dan pasangannya Eve. Mereka berdua adalah tonggak kepada perkembangan manusia sejagat melalui reproduksi yang merupakan agenda utama ke arah perlaksanaan kesempurnaan hubungan manusia dan Tuhan. Kerana itu, penciptaan Adam dan Eve adalah penciptaan Tuhan yang utama dan penting untuk terus mengenali-Nya secara mendalam walaupun mereka berdua dianggap telah bersalah kepada manusia seterusnya. Namun, dosa tersebut terhapus melalui Jesus Christ yang pastinya ada kaitan dengan soal keyakinan agama Kristian dan penciptaan manusia.
Disediakan oleh: Ustaz Mohd Yadman Sarwan
12hb Febuari 2001
18hb ZulKaedah1421
KONSEP PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT BIBLE :
SATU HURAIAN AWAL
Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali
Pendahuluan
Penciptaan manusia merupakan intipati kepada keseluruhan penciptaan Tuhah. Ini kerana manusia sahaja yang dapat membuat penilaian terhadap kekuasaan dan keagungan penciptaan Tuhan berbanding makhluk-Nya yang lain. Bertitik tolak daripada penciptaan manusia, penciptaan-penciptaan Tuhan dapat ditonjolkan antaranya untuk tujuan peningkatan keimanan kepada Pencipta yang Agung, pengkajian, pembelajaran dan seumpamanya. Pendekatan ia adalah teras ke arah pembuktian keagungan kekuasaan Tuhan.
Justeru memahami tentang konsep penciptaan manusia adalah perkara yang penting ke arah mengenali keadaan diri dan hubungannya dengan Pencipta. Perkara yang sama turut ditekankan oleh Bible yang lebih merujuk kepada hubungan antara manusia dan Tuhan. Apatah lagi dalam kepercayaan Katholik, konsep manusia itu lebih menjurus kepada hubungannya dengan Tuhan berbanding aspek lain. Atau dalam erti kata yang lain, konsep manusia dalam ajaran Bible lebih cenderung dilihat daripada aspek keagamaan semata.
Bertitik tolak daripada kepercayaan tersebut, agama Kristian mempercayai bahawa manusia berasal daripada manusia pertama iaitu Adam dan pasangannya Eve. Justeru, kajian ini akan menelusuri konsep kejadian manusia berasaskan penciptaan Adam dan Eve menurut Bible dan teologi Kristian yang kemudiannya melahirkan matlamat kehidupan manusia selaras dengan kehendak Bible.
Istilah Adam.
Menurut Bible, Adam adalah manusia pertama dijadikan oleh Tuhan selepas penciptaan langit, bumi, siang dan malam, cakerawala dan seumpamanya. Seterusnya Eve dijadikan sepertimana yang disebut dalam 1 Timothy 2:13 “For Adam was created first, and then Eve”.
Dalam usaha memahami konsep kejadian manusia, kajian ini mendapati beberapa istilah berkait rapat dan merujuk kepada kejadian manusia pertama iaitu Adam. Istilah-istilah ini lazim digunakan dalam penulisan Bible terawal yang ditulis dalam bahawa Hebrew dan pertuturan masyarakat Babyloon serta Akkadian yang mempercayai Bible. Hasilnya memperlihatkan Adam dikatakan sebagai manusia pertama dan dijadikan daripada tanah. Aspek etimologi turut mengukuhkannya.
Menurut Bible terawal yang ditulis pada abad ke 9 Masihi, istilah yang digunakan lebih menjurus kepada maksud man – manusia. Antaranya seperti istilah Ish yang merujuk kepada maksud suami dan lelaki, “Enosh membawa maksud insan yang akan menemui ajal, Ba’al pula bererti tuan. Gibbor menunjukkan manusia yang berani dan Nephesh membawa erti roh dan makhluk. Istilah-istilah ini keseluruhannya membawa maksud manusia dan dikaitkan dengan Adam.
Manakala dalam Old Testament versi Inggeris menyebut man yang dikaitkan dengan Adam sebagai maksud bangsa. Istilah ini disebut sebanyak 500 kali. Selain daripada itu, Old Testament turut menonjolkan istilah Adham yang membawa maksud manusia sebanyak 562 kali dan disebut pelbagai seperti anak lelaki dan perempuan, kelahiran manusia pertama, kelakuan lelaki seperti seekor keldai, dengki dan sebagainya.
Merujuk kepada etimologi Adam, ia adalah suatu pengertian yang tidak jelas. Menurut bahasa Hebrew, Adam disebut Adamah dan Aphar yang membawa maksud debu. Selain daripada itu, ia memberi pengertian sebagai sesuatu yang mengandungi butiran halus, kering dan terpisah. Adamah pula membawa maksud tanah. Ia sering dikaitkan dengan metos masyarakat Babylon yang menyebut bahawa darah tuan dicapurkan dengan debu tanah membentuk Adamah. Manakala masyarakat Akkadian iaitu penduduk kawasan Utara Babylon menyebut Adam sebagai Adamatu yang memberi maksud hitam atau tanah merah. Istilah Adamu pula membawa maksud darah merah. Justeru, mereka mengaitkan manusia ini tercipta daripada darah Tuhan yang hebat. Ini sekaligus meletakkan manusia sebagai orang yang mulia sesuai dengan istilah yang mereka gunakan iaitu Adama.
Manakala menurut pakar linguistik, konsonan Adam yang merujuk kepada manusia, Adama yang merujuk kepada maksud bumi dan dm yang memberi erti akan menjadi merah digabungjalinkan akan menjurus kepada pengertian bahawa manusia ini memiliki kulit kemerah-merahan. Menurut kepercayaan pertama yang dicipta daripada tanah bumi yang berwarna merah dan telah ditentukan oleh Tuhan Yahweh atau Yahowa. Kenyataan-kenyataan tersebut menjelaskan bahawa istilah Adam yang terdapat di dalam Old Testament bererti gabungan dua istilah tersebut membuktikan bahawa Adam adalah manusia pertama yang dijadikan daripada tanahbumi kemerah-merahan. Justeru, terdapat persamaan dari sudut warna kulit Adam dengan warna tanah alam seperti yang dijelaskan oleh Genesis 2:7: “Then the Lord (Jehovah) took some soil from ground and formed a man out of It”.
Penciptaan Adam: Aspek Fizikal
Tidak terdapat suatu kenyataan yang terperinci di dalam Old Testament dan New Testament berhubung penciptaan fizikal manusia. Justeru, catatan yang termuat dalam kitab-kitab suci tersebut khususnya dalam genesis (Old Testament) telah diintrepetasikan kembali menurut pandangan beberapa pakar teologi lama dan dirumuskan pula oleh para pemimpin pendita Israel dan akhirnya diterimapakai sebagai pandangan yang munasabah oleh kebanyakan pakar teologi Kristian kini.
Menurut teologi Katholik, St. Augustine (355-430 A.D) kejadian manusia adalah seperti kejadian makhluk-makhluk yang lain. Justeru, perbincangan mengenainya adalah sia-sia. Ini kerana keutamaan manusia adalah diukur dari aspek hubungannya dengan Tuhan. Kenyataan beliau disokong oleh Job seorang alim, tidak gemar melakukan kejahatan dan disenangi masyarakat sehingga kisah dan personalitinya yang baik diungkapkan dalam Bible – gospel Job 1:1. Beliau menyebut dalam Job 7:17: “Why is man so important to you?. Wahy pay attention to what he does?”
Pendapat mereka disangkal oleh Reinhold Nieubur seorang teologi Protestant yang menyebut bahawa penciptaan manusia adalah satu fakta daripada penciptaan Tuhan yang wajar diterima. Ini kerana ia adalah wahyu Tuhan dan pengalaman manusia yang akan membongkar segala misteri penciptaan yang terselindung disebalik tabi’I dan akal. Perkara ini termasuk di dalam falsafah ex-nihilo yang bererti tidak terdapat sesuatu yang datang daripada kekosongan dan tidak terdapat juga sesuatu yang boleh dicipta daripada kekosongan.
Manakala menurut pengajaran agama Kristian lebih menumpukan konsep manusia dari aspek keagamaan berbanding antropologi. Justeru, penekanan lebih difokuskan kepada aspek karaktor manusia dan interaksi antara Tuhan dan manusia. Psalms 8:5 mengukuhkannya dengan merakamkan bahawa “what is man, that you think of him; mere man, that you care of him”. Ini telah meletakkan topik tersebut sukar diperbahaskan secara terperinci.
Namun, Old Testament mencatatkan kejadian manusia walaupun secara ringkas tetapi tetap memberi sumbangan ke arah perbahasan lanjut. Genesis 1:1-20 menyebut secara umum penciptaan Tuhan bermula dari hari pertama siang dicipta untuk manusia menikmatinya, diikuti hari kedua diciptakan pula air dan hari ketiga menumbuhkan tanaman. Tuhan cipta matahari, bulan dan bintang untuk kegunaan manusia. Seterusnya hari keempat, Tuhan ciptakan makhluk didaratan dan lautan dan hari kelima unggas diangkasa diciptakan.
Berikutan daripada penciptaan tersebut untuk menjadikan dunia sebagai satu alam yang sempurna. Tuhan mempersiapkannya pada hari keenam dan diakhiri dengan penciptaan manusia pertama Adam untuk memikul amanah membangunkan dunia yang telah tersedia.
Teks kitab suci menyebut bahawa Tuhan Yahweh mencipta Adam daripada debu tanah. Perkara ini diakui dan dipercayai oleh keseluruhan masyarakat Kristian. Kenyataan ini dicatatkan dalam Genesis: “And the Lord God formed man of the dust of the ground”. Corinthians 15:47 menyebut bahawa: “The first Adam, made of earth, came from earth, the second Adam came from heaven”. Disamping itu, Job 10:8&9 menyebut : “Your hands formed and shaped me, and now those some hands destroy me. Remember that you made me from clay”.
Bertitiktolak daripada catatan ringkas Bible telah membuka ruang perbahasan terhadap penciptaan manusia. Pelbagai pendapat dikemukakan untuk menghuraikan penciptaan manusia sehingga ada yang menganggapnya sebagai satu misteri dan khayalan.
Menurut Dietrich Bonnoeffer, bahasa yang digunakan untuk mengungkap penciptaan manusia adalah keanak-anakan dan menyebabkan kekeliruan kepada yang cuba memahaminya. Anthropomorphism iaitu satu aliran yang meletakkan Tuhan adalah sama seperti makhluk lain telah mengungkapkan kejadian manusia seperti “Tuhan mencerna tanah lumpur sehingga membentuk manusia seperti seketul tanah keras” yang memperlihatkannya tidak membawa sebarang pengertian dan pemahaman tentang kejadian manusia. Ia sama seperti penciptaan makhluk-makhluknya yang lain dan tiada sebarang keistimewaan.
Sebahagian pakar teologi menyebut bahawa kejadian manusia pertama iaitu Adam daripada tanah ini hanyalah sebagai satu ungkapan berbentuk metafora. Ini kerana tidak mungkin penyusunan struktur tubuh Adam dibina hanya daripada sebutir tanah.
Walau bagaimanapun, pakar teologi turut berpendapat bahawa ianya adalah tidak mustahil dilakukan Tuhan. Ini kerana melalui kekuasaan Tuhan, kebaikan dan kemuliaan-Nya menjadikan debu tanah sehingga membentuk jasad manusia.
Selain daripada itu, terdapat pandangan yang cuba untuk menjelaskannya secara tuntas dan kemudiannya mengemukakan kefahaman yang jitu mengenai perkara tersebut melalui ulasan dan tafsiran yang lebih matang terhadap kenyataan Bible. Ulasan ini dilakukan kerana Bible tidak menjelaskan lebih lanjut tahap-tahap penciptaan Adam seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran. Penjelasan yang dilakukan ini turut mengambil kira kenyataan gospel lain di dalam Bible dan ulasan-ulasan pakar teologimengenainya.
Menurut J.D Darby yang dipetik daripada Fred A. Filby, istilah dust sebenarnya merujuk kepada maksud butir-butir atau particles yang memberi erti dalam jumlah yang banyak. Ini diasaskan kepada kenyataan gospel Isaiah 40”15: “to the Lord the nations are nothing, no more than a drop of water; the distant islands are as light as dust”.
Pentafsir Bible, Ellicot menjelaskan bahawa penciptaan Adam adalah daripada cahaya dan kilauan butiran permukaan bumi yang bersifat mudah ditiup angin. Ini memberi erti ianya adalah butir-butiran debu.
Merujuk kepada bahasa Hebrew menyebut dust sebagai ‘do’g yang memberi maksud atom. Perkaitan di antara keduanya terserlah kerana atom turut terdiri daripada elemen yang halus seperti debu tanah.
Kenyataan tersebut disokong oleh Thomas Whitelaw salah seorang pentafsir Bible. Beliau berpendapat bahawa kejadian manusia pertama adalah daripada butiran debu yang sedikit. Debu-debu tersebut kemudiannya dihimpun dan Tuhan menciptakan pula rangka manusia yang indah seperti ukiran halus, berseni dan memiliki daya artikulasi yang menakjubkan. Pertautan yang kukuh dibina bagi menempatkan diri manusia kepada susunan debu tadi. Franklin Weidner turut menjelaskan tentang perkara tersebut dengan menambah bahawa tidak semestinya butiran debu yang halus menunjukkan bahawa manusia itu dicipta daripada sekepal tanah.
Bertitiktolak daripada kenyataan-kenyataan tersebut, pakar teologi Kristian seterusnya membahaskan jenis tanah-tanih yang digunakan Tuhan untuk mencipta Adam. Pendapat ini menyamai pandangan Islam yang meletakkan kejadian Adam daripada tanah-tanih yang diambil dari berbagai tempat. Genesis 14:8 menyebut : “Behold, I will create him from the place of his atonement and may be endure”.
Menurut Encyclopedia Judaica bahawa kepala Adam dicipta daripada tanah Haram Mecca, dadanya daripada tanah Jurusalem, punggungnya daripada tanah Yaman, kakinya dicipta daripada tanah Hijaz, tangan kirinya dicipta daripada tanah bahagian Barat dan tangan kanannya daripada bahagian Timur.
Menurut sebahagian para rasul Bani Isreal, dalam proses penciptaan Adam ini memperlihatkan bahawa debu tanah telah dicampur dengan air berikutan penyiraman air hujan ke atas muka bumi yang ditentukan Tuhan.
Perkara ini dikukuhkan lagi oleh LeoXII seorang pemimpin paderi terkemuka dan cenderung kepada kajian sains menjelaskan bahawa komposisi jasad manusia terdiri daripada zat bumi, sebahagiannya lagi adalah air dan sebahagian lagi mengandungi udara. Apa yang disentuh dalam Bible hanyalah dari aspek luaran penciptaan manusia.
Perbincangan tersebut di atas menjelaskan bahawa kejadian Adam sebenarnya melalui tahap dan proses tertnetu berasaskan kepada komposisi tubuhnya walaupun Bible tidak mencatatkannya. Apatah lagi ianya mempunyai perkaitan dengan penemuan saintis mengenai perkara tersebut. Pakar saintis membuktikan bahawa zat daging, otot, tulang dan urat manusia mengandungi elemen-elemen yang sama dengan tanah bumi seperti kandungan batu kapur dan kerak bumi dalam usus manusia.
Disamping itu juga, hasil penemuan pakar kimia dan fisiologis menjelaskan bahawa elemen-elemen yang terkandung dalam tubuh manusia adalah sama dari tubuh yang tidak berorganik kepada karbon, nitrogen, oksigen, sulfur, ferum dan fosfurus.
Berasaskan perbincangan-perbincangan tersebut menjelaskan kejadian Adam melalui beberapa proses tertentu sehingga membentuk dirinya daripada kaku kepada hidup. Ini bererti selain daripada aspek fizikal terdapat aspek lain yang lebih penting diperlukan dalam diri manusia yang menjadikannya sebagai makhluk yang hidup seperti Tuhan dan istimewa berbanding lain. Agama Kristian menyakini bahawa sifat hidup dan keistimewaan ini digerakkan oleh roh sebagai pemberian Tuhan yang mulia kerana ia dikaitkan pula dengan intelek yang tidak dimiliki oleh ciptaan Tuhan yang lain. Untuk memehami konsep manusia lebih lanjut, kajian ini akan menelusurinya dari sudut kerohanian atau spiritual.
Kejadian Adam: Aspek Spiritual
Gospel Thessalonians 5:23 mencatatkan : ‘May God who gives us peace meke you holy in every way and keep your shole being, spirit, soul and body-free from every fault at the coming of our Lord Jesus Christ”. Kenyataan ini menjelaskan bahawa jasad manusia terdiri daripada tiga elemen utama yang saling berkaitan dan saling memerlukan iaitu body atau badan, spirit atau roh dan soul atau jiwa.
Menurut bahasa Hebrew, sprit disebut sebagai ruach yang bererti angin dan dihubungkan dengan Tuhan. Perkaitannya dengan manusia meletakkannya sebagai unit dan istimewa dan dikatakan juga sebagai nafas Tuhan. Pencipta ke atas segala sesuatu. Manakala menurut New Testament ia disebut pneuma yang memberi maksud roh Tuhan. Old Testament mencatatkan bahawa soul disebut sebagai nephesh yang bererti kerongkong atau tekak. New Testamane menyebutnya sebagai psyche atau jiwa. Kedua-dua istilah ini merujuk kepada maksud manusia atau suatu hidupan, makhluk dan turut memberi erti kehendak naluri manusia.
Berasaskan pengertian tersebut menjelaskan bahawa jasad manusia dicipta untuk membentuk terus hidup. Justeru, Tuhan memberikan nyawa-Nya kepada manusia agar ia hidup. Ini juga merupakan proses terakhir dalam penciptaan manusia sepertimana yang dijelaskan dalam Genesis 2:7: “He breated life giving breath into his nostrils and the man began to live”. Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa Tuhan berbentuk mansuai atau anthropomorphic iaitu mengembungkan pipi-Nya untuk meniupkan roh kepada jasad manusia pertama. Seterusnya ia mengaktifkan segala saluran pernafasan, tulang belulang, saluran darah dan paru-paru manusia. Pendekata segala fungsi metabolik bergerak aktif sebaik sahaja mekanisma pernafasan disalurkan kepada jasad Adam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan