Jumaat, 13 Januari 2012

Cakap Omputih

"Pelik..pelik..X reti cakap Melayu ke?"

"Adoi. Cakap tunggang-langgang, cakap Bahasa Melayu je la."

"Alamak, nak jawab apa ni?? Can I pass away?"

"Mmg aku terror English tapi muka dia dah sah2 Melayu, aku reply dlm BM je la." 

Itu adalah sebahagian dari dialog-dialog yg dituturkan oleh org Melayu yang berkebolehan, ingin mencuba @ tidak boleh langsung menggunakan Bahasa Inggeris kepada org Melayu yang lain untuk mengajukan soalan atau memulakan perbualan dalam Bahasa Inggeris aka cakap omputeh.

Sebagai org Melayu, perangai aku agak reverse sikit dari pandangan org Melayu lain. Contohnya, sekiranya ada yang mengajukan soalan @ memulakan perbualan dalam Bahasa Inggeris dengan aku, seboleh-bolehnya aku akan cuba membalas balik dalam bahasa yg sama dengan individu tersebut. Begitu juga jika aku pergi ke tempat2 di mana pada sesetengah situasi berkehendakkan aku untuk memulakan dialog dalam Bahasa Inggeris walaupun aku dapati individu tersebut org Melayu @ berkebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu, aku tidak teragak2 untuk bertanya @ bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Bukan untuk memperlekehkan Bahasa Melayu, tetapi kekadang pernahkah kita terfikir kenapa individu lain mengajukan soalan @ perbualan dalam Bahasa Inggeris. Dulu, aku pernah terkena dgn seseorg yg berkeboleh dlm Bahasa Inggeris. Apabila dia bertanya, pantas aku menjawab dalam bahasa yg sama. Dia tersenyum. Fikir aku, dia mungkin tersenyum mendengar jawapanku dalam Bahasa Inggeris secara tonggang-langgang. AL-maklumlah, kekadang kt berasa susah untuk menyusun ayat agar ayat yg kita tuturkan difahami oleh pihak lain. Percaya 2 tak, hati aku berkata..Lantaklah..sekurang-kurangnya aku boleh belajar dari kesilapan dan mencuba sehabis baik. 

Lama dia tersenyum, akhirnya dia berbahasa Melayu! Dia katakan padaku bahawa dia berbangga anak Melayu mencuba berbahasa Inggeris walaupun tidak sefasih mana. Yang penting katanya, perasaan ingin mencuba. Lebih baik mencuba dari tidak mencuba langsung. Katanya lagi, org yg belajar, selalunya akan belajar dari kesilapan. Malahan, kalau aku berbahasa Melayu dengannya, tiada apa2 yg dapat aku pelajari. Aku tersenyum sendirian selepas itu. Ingatkan dikutuk tetapi dipuji atas sikap aku tu.

Ok..ok..lupakan bahagian pujian yang membuatkan aku terawang2 sekejap. Pada situasi lain, ada satu Malay ni pergi ke front office sebuah company. Walaupun, tidak berkebolehan berbahasa Inggeris dengan lengkap, aku kagum dengan sikapnya yang seboleh-bolehnya ingin berbahasa Inggeris ketika itu. Sehinggakan receptionist itu memberi penjelasan dalam Bahasa Melayu kerana tidak faham apa yang dituturkannya. Lupakan seketika isu 'lagak' kerana tidak mahu kalah dengan Bahasa Inggerisnya. Aku memandang individu terbabit sebagai seseorg yg ingin mencuba sehabis mungkin, walaupun mungkin terselit rs malu apabila receptionist tersebut berbahasa Melayu ketika menjawab pertanyaannya.

Pada aku, kita sebagai bangsa Melayu mesti buang jauh perasaan sceptical, poyo, mengutuk orang lain dalam usaha untuk memperbaiki / mencuba / mendalami bahasa sekunder kita ni. Bukanlah maksudnya mengenepikan Bahasa Melayu tetapi memberi ruang pada diri sendiri dalam menginteprasi kebolehan berinteraksi dalam bahasa asing. Pendek kata, untuk memajukan diri juga!! Bukan ke kijo skrg interview nk guner English. x gitew??

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group