Muzium ni sekali lalu mcm 'on' tak 'on' jea walaupun terletak di sepanjang jalan besar menuju ke Port Dickson. Mula2 masuk, agak menjengkelkan sikit sebab sukar mencari parking, yang disediakan berada jauh dan harus berjalan. Selepas sampai kat gate di bawah ini, korang harus berjalan sekali lagi sampai ke bangunan muzium tersebut.
Muzium ni boleh dikatakan besar giler. Ada 2 blok, 2 tingkat and belum lagi kawasan lapang yang menempatkan meriam, helikopter, kereta kebal dan macam2 lagi. Oh, yea! Masuk percuma. Yeay!
Bagi aku, muzium ini memang menarik untuk dilawati. Pembahagian subjek juga disusun dengan baik dan kemas. Setiap pengunjung pasti faham tentang apa yang ingin disampaikan oleh pihak muzium melalui pamerannya. Korang boleh baca tanda arah, label dan sebagainya untuk dijadikan panduan.
Penat memang penat, tapi bagi yang suka meneroka macam aku, kalau boleh setiap celah nak masuk. Memandangkan aku pgi dgn hubby...eemmmm..paham2 sajela, memanjang je muncungnya..Grrrr...Selain dari exhibition hall, muzium ni juga menyediakan tandas, Cafe, surau dan beberapa kemudahan yang lain. Kiranya, klu penat boleh take a break kejap. Tapi, kami tak pgipun Cafe tu. Aku prefer mkn kt luar! (Nanti aku cter tmpt mkn menarik kt PD)
Jom tengok pic lain..Byk gler sebenarnya, ini sebahagian gambar sahaja. Not only that, ble baca tttg sejarah sedikit sebanyak kt insaf dan bersyukur dgn keamanan yg kt kecapi sekarang ni.
Overall, muzium ni agak berbaloi untuk dikunjungi. Tiada bayaran dikenakan and banyak pameran disediakan. Sangat sesuai untuk students yang nak buat assignment, nak tahu tentang sejarah tentera, jenis2 tentera, peralatan, uniform dan sebagainya. Agak tidak sesuai untuk mereka yang membawa warga emas. Kesian diorg, mesti penat. Tapi x pe, mereka boleh chill di café berdekatan.
Trylah. Alang2 dh sampai PD, ye tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan