Selasa, 24 Jun 2014

Janda Baik

Ini cter lama. Pernah ke Janda Baik? Ala..Janda Baik tu nk dekat dh dengan Genting Highland dan Colmar Tropicale. 1/3/2014 yg lepas, ada last minute plan nk stay kt Janda Baik. Kan musim panas masa tu. Cadangnya nak keluar dari suhu kepanasan Kuala Lumpur ni and hirup angin dingin kt tempat lain.
 
Ingatkan kedinginan Genting Highland dapat dirasakan di sekitar Janda Baik ni. Tak sejuk, beranginpun jadila. Hmm...tersalah tafsir aku, dahlah panas, harga untuk homestay juga kene tipu. Masa call dijanjikan murah and kata byk homestay dia boleh duduk. Bila dh stay smlm minta duit lebih. Sbbnya, homestay owner dh penuh, di-subnya pada saudara dia sampai kene tambah RM100. Tapi masa kol mengaku tu homestay dia. Sengal.
 
Sesampai di Janda Baik, kol2 owner tak dpt. Sudah. Kol nombor tu, kol nombor ni tak dpt2. Bila dpt, bagi alasan tgh menjala kt sungai. Dh tau nak terima guest, pgi menjala buat apa? Mmg terbaiklah ko. Dah tu, disuruhnya ktorg tunggu dia kt homestay dia yg dh fully booked tu. Ingatkan duduk dekat2 situ. Mmg terbaeklah, portnya. Sungai besar, nak mandi just terjun keluar je dari homestay, angin sepoi2, byk pepohon rendang & tempat barbeku.
 
Menjala satu hal, dia kol anak ke wife dia suruh amik ktorg and hantar ke homestay. Tunggu punya tunggu, anak dia dtg ambil ktorg and bwk ke homestay yg dijanjikan. Bukan tu aje, masa kol kemain lagi up kata homestay terletak btol2 depan sungai. Boleh mandi, menjala bagai. Tapi, alahai sungai yang dijanjikan tak ubah macam longkang kecil kt Kuala Lumpur. Nak mandipn tak boleh. Kotor. Nk menjala? Kepala dia bolehlah aku jala. Angin..angin..terasa bertambah-tambah bahangnya duduk Pahang ni.
 

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com


Nak marah owner baru ni pn tak boleh sbb saudara dia tu yg deal poyo2 dgn aku. Tapi aku ada lepas geram gaklah. Terdiam org tua tu. Aku try control ati nanti org kata org KL ni kurang ajar. Yg buat aku lepas geram tu psl masa aku stay mlm tu lampu tak menyala and dia minta bayaran RM100 tuh. Mana tak terkejut. Org tua tu tgk aku dh berangin dia srh pindah ke homestay sebelah.
 
Tapi harus aku puji, homestay saudara dia ni mmg cantiklah. Bersih. Ada 6 biji homestay. Tapi diorg classify as chalet. Kembar dua biji. Kami ambil sebelah2. Bila ada problem dgn lampu, pindah sebelah rumah tapi terpisahlah rumah tu. Antara barang2 yang disediakan selain yg dilihat di gambar:
 
1. Bantal extra
2. Selimut extra
3. Sejadah
4. Tuala
5. Barang mandian
6. Tong gas 
7. Dapur
8. Tempat barbeku
9. Tisu
10. Pinggan mangkuk
11. Senduk, Sudu dan garpu
12. Gelas
13. Arang
14.Racun serangga
15. Pencuci pinggan
 
 
Yg x syoknya tv. Kongsi Astro dgn org sblh rumah. Sape yg duduk kanan (menghadap sungai), boleh conquer channel. Jiran sebelah kiri rumah, hanya boleh tercengang & mengadap apa je channel yg ditukar oleh jiran sebelah rumah. Yelah, takkan ko nk sound org sebelah tukar channel TV3 bila dia tgh pasang channel Disney.
 
Bila malam sejuk je. Yelah, depan sungai. Tempat2 lain pun macam tu. Pekan kecil ada, tapi jauh gakla nak menapak. Kene bw keta. Aku rasa tak ada apa yang menarik kt sini. Kalau nak mandi2 sungai, baik aku pgi Congkak ke Hulu Langat ke. Bab2 menjala tu pn aku tak tau. Sbb kami yg pgi tu x de yg berminat nak menjalapn. Sumer nk mandi sungai. Anyway, aku dpt pengalaman la. Kene tipu. At least, tau jugaklah apa yg ada kt sini. Kalau diajak ke sini lagi, tak lah kene pulun dgn owner homestay ke apa.
 
Tapi mmg frustla. Sungai kecik mcm tu. X mention besar ke kecik ke boleh mandi ke. Yelah, bukan kita biasa di tempat org. Kepada pengusaha2 homestay, sebagai owner, anda tak boleh buat kami macam ni. Jujur la. Klu anda hanya menjadi org tgh, sila inform awal2. Pastikan anda mudah dihubungi. Pastu, bagi information yg detail mengenai keadaan sekeliling.  Klu nk tlg promo atau nk buat sales utk adik sendiripn, jgnlah smpi mcm ni sekali.

Anyway, kepada sesiapa yg berminat nk menginap di chalet ni, bole hubungi pada owner di bawah. Ni nombor direct owner tu. Bukan guna org tgh.
 
http://hiddyasri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group