Khamis, 14 Mei 2020

Projek Deko Rumah Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Salam 2020 semua!!!! Lamanya tak bersiaran. Lately lebih suka Insta dan Fb! Padahal bukan banyak followerpun. X femespun walaupun article ada muncul dekat Mingguan Wanita. Hehehe. Hampir terlupa tentang blog! Tengok previous update aku adalah pada tahun lepas. Itupun satu post!

Tengok article aku ada juga sudi viewed walaupun aku tak femes dan blog ni pun dah bersawang. Terima kasih. Nuffnang akupun dah lama tak tengok. Last tengok tak boleh buka! Rasa macam tak payah letak ads je kalau empunya blog tak boleh tengok earnings. Ada carakah nak tengok earnings kita? Walaupun seringgit dua. Hehehe.

Seperti yang semua maklum, wabak virus Covid-19 sedang melanda dunia. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh kerajaan Malaysia, aku dan KAKA telah meluangkan masa untuk mendeko rumah secara kecil-kecilan. Secara besar-besaran x sampai rezeki lagi. Sedang berusaha mencari duit dengan cara yang fleksibel. Kerja dari rumah.

So, projek pertama kami adalah memasang cermin di dinding dan ia menjadi focal point di rumah kami. Cermin yang dah bertahun2 beli tu akhirnya berjaya dipasang. Terharu sungguh! Cermin tu kami beli di Nilai 3 berharga RM90 tak silap. Yang pastinya, bawah RM100. Ingat lagi, beli 2 unit dan letak atas bumbung kereta Saga dengan harapan tak ditahan polis! Alhamdulillah x kena!

Cermin ni memang berat. Kalau nak pasang, kena pilih hook yang bersesuaian, dan banyak. Perlu hati2 angkat dan adjust. Risau jatuh dan pecah atau terhempap kene kaki. Disebabkan cermin tu terletak bertentangan dengan bilik tidur, KAKA kata malam2 dia bangun nak pergi toilet, dia tak nak pandang cermin. Seram katanya. Hehehe. Tapi, lama2 dah biasa. Yelah, keluar je bilik terus nampak muka sendiri kat cermin tu. Nak2 tengah mamai, mana tak terkejut.



Sampai sini saja post untuk kali ni. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya di ruangan komen. Begitu juga jawapan kepada soalan aku tentang Nuffnang tadi. Jangan lupa juga follow blog aku yea. In Shaa Allah aku akan follow balik. Till then. Bye.


Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group