Memaparkan catatan dengan label Recipes 4 Dummies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Recipes 4 Dummies. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mac 2016

Resepi Sihat Aiskrim Anggur

Bahan-bahan 

1 cawan anggur hitam yang ranum dan manis
1/2 cawan Greek Yogurt perisa strawberi
Acuan aiskrim


http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com



Cara-cara Membuat:-
  • Kisar anggur sehingga menjadi puree. Tinggalkan sedikit untuk langkah seterusnya.
  • Masukkan puree tersebut ke dalam bekas aiskrim 3/4 penuh.
  • Potong lebihan anggur tadi kecil-kecil.
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas tadi.
  • Akhir sekali, isikan bekas tersebut dengan Greek Yogurt.
  • Sejukkan puree semalaman

Khamis, 5 Mac 2015

Rolled Oats Pancake

Bahan-bahan 

1 kotak susu HL 
2 biji putih telur 
1 cawan rolled oats
1 sudu kecil gula
Secubit garam


http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com



Cara-cara Membuat:-
  • Kisar kesemua bahan.
  • Masak di atas non-sticky pan.
  • Balikkan penkek supaya ia masak rata.
  • Setelah masak, angkat penkek dan hiaskan secara bertingkat.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidang bersama anggur / strawberi / blueberry/ pisang / Greek Youghurt / mentega kacang / coklat hitam.

Rabu, 21 Januari 2015

Protein Pancakes

Bahan-bahan 

1/2 cawan susu HL 
4 biji putih telur 
1 cawan rolled oats (dikisar halus)
1 sudu kecil gula
Secubit garam
Minyak zaitun

http://hiddyasri.blogspot.om

http://hiddyasri.blogspot.om


Cara-cara Membuat:-
  • Masukkan kesemua bahan-bahan tadi kecuali minyak zaitun dan kacau sehingga sebati.
  • Masak menggunakan sedikit minyak zaitun atau spray oil di atas non-sticky pan.
  • Balikkan penkek supaya ia masak rata.
  • Setelah masak, angkat penkek dan hiaskan secara bertingkat.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidang bersama anggur / strawberi / blueberry/ pisang / Greek Youghurt / mentega kacang / coklat hitam.

Jumaat, 28 November 2014

Ais Krim Diet

Bahan-bahan 

50ml susu HL coklat atau strawberi
2 sudu besar rolled oats (dikisar halus) 
1 sudu besar rolled oats (tidak dikisar)
1/2 dr sebiji pisang atau 50g strawberi atau 50g anggur


http://hiddyasri.blogspot.com

Cara-cara Membuat:-
  • Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk plastik bersaiz kecil atau plastik ais krim.
  • Simpan di dalam peti ais sehingga semalaman atau beku sebelum dihidangkan.

Isnin, 11 Ogos 2014

Buat Sendiri Ais Krim

Bahan-bahan 

100ml susu coklat HL 
50ml air 
1 paket biskut OREO
1 paket campuran srbuk ais krim HAAN

http://hiddyasri.blogspot.com
 
Cara-cara Membuat:-
  • Pukul serbuk ais krim, susu dan air sehingga adunan kembang dengan mesin putar.
  • Sementara itu, potong biskut kepada 4 bahagian.
  • Masukkan biskut ke dalam acuan ais krim.
  • Masukkan pula adunan ais krim yang telah kembang ke dalam acuan. 
  • Simpan di dalam peti ais sehingga semalaman atau beku sebelum dihidangkan.

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

Rabu, 23 Julai 2014

Biskut Cornflakes

Bahan-bahan 

200gm mentega 
150gm gula kastor halus 
1 biji kuning telur
100gm Cornflakes (dihancurkan)
100gm tepung jagung
190gm tepung Red Rose
1 sudu kecil esen vanilla
Coklat Cip

Hiasan
Cornflakes
Putih telur
 
http://hiddyasri.blogspot.com
 
Cara-cara Membuat:-
  • Pukul mentega, gula, esen vanilla dan kuning telur sehingga sebati dengan mesin putar.
  • Masukkan Cornflakes hancur, tepung jagung dan tepung Red Rose. Uli adunan sehingga sebati.
  • Bulatkan adunan kecil-kecilan. Masukkan cip coklat dilamnya.
  • Setelah adunan dibulatkan, masukkan ke dalam bekas berisi putih telur.
  • Kemudian, golekkan adunan ke dalam bekas berisi Cornflakes. Pastikan Cornflakes rata.
  • Sediakan dulang pembakar dengan menyapu sedikit mentega. Susun adunan di atasnya.
  • Ada juga boleh meletakkan adunan ke dalam cawan kertas tanpa menyapukan mentega ke atas dulang pembakar.
  • Bakar dengan suhu 150C selama 20 minit.

Khamis, 17 Julai 2014

Buat Ketupat






Siapa antara korang tau anyam ketupat.. Haa..video yg aku rakamkan thn lepas ni bolehlah dijadikan panduan bagi mereka yang ingin belajar menganyam ketupat. Mudah aje. Enjoiceeee...

Jumaat, 18 April 2014

Gamja Geon

Bahan-bahan 

2 biji ubi kentang dikupas & dihiris halus
1 biji bawang merah dihiris separa bulat
1 biji telur
1 batang cili merah dipotong halus
1 batang cili hijau dipotong halus
1 cawan tepung
Air
Garam
Lada sulah

 
http://hiddyasri.blogspot.com



 
 
Cara-cara Membuat:-
  • Gaulkan kesemua bahan bersama.
  • Senduk adunan tersebut dan gorengkan di atas kuali leper.
  • Ratakan adunan dengan senduk.
  • Goreng sehinga warna bertukar kekuningan. Balikkan.
  • Setelah masak, hidangkan panas-panas.

Rabu, 12 Februari 2014

Asam Pedas Mystyle

Bahan-bahan 

1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
3 ekor ikan kembong disalut serbuk kunyit
3 batang bendi
1 senduk kecil cili kering - dikisar
1 batang serai - dititik
Belacan
1 cawan air asam jawa
Garam
Perasa

 

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com


 
 
Cara-cara Membuat:-
  • Kisar bawang, bawang putih dan belacan. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kering dan tumis sehingga garing.
  • Masukkan air asam jawa. Kacau dan biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan dan bendi. Biarkan ia mendidih sekali lagi
  • Masukkan serai, garam dan perasa. Kacau dan tutup api.

Rabu, 22 Januari 2014

Sundubu Jjigae

Bahan-bahan 

1 biji bawang besar dihiris separuh bulat
5 ulas bawang putih dicincang halus atau diblender
Daging secukupnya
Lala secukupnya
2 sudu besar Kimchi - dicincang sederhana besar
Cendawan Shiitake
1 biji cili besar hijau - dihiris
1 paket Tofu lembut
Daun bawang - dihiris
3 cawan air
Kiub atau stok ikan bilis
3 sudu serbuk cili
Garam
Lada hitam

 

http://hiddyasri.blogspot.com
Version 1: as per above ingredients

http://hiddyasri.blogspot.com
Version 2: no telur and mushroom, letak bebola ayam

Cara-cara Membuat:-
  • Rendamkan lala ke dalam air. Letakkan secubit garam. Biarkan selama 10 minit.
  • Panaskan hot pot, masukkan sedikit minyak dan goreng daging hingga keperangan.
  • Masukkan Kimchi, bawang besar, bawang putih dan cendawan Shiitake. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk cili dan kacau sehingga warnanya sebati dengan bahan-bahan lain.
  • Masukkan air dan stok ikan bilis.
  • Setelah mendidih, masukkan tofu lembut, lala, daun bawang dan cili hijau. Kacau lagi.
  • Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Akhir sekali, pecahkan telur dan masukkan. Biarkan mendidih sehingga 2 minit. Kecilkan api.

Rabu, 29 Mei 2013

Siew Pak Choy Bersos Tiram

Bahan untuk menyediakan sayur 

4 pokok sayur siew pak choy
Air untuk mencelur
Beberapa titik minyak masak

Bahan untuk menyediakan sos 


3 ulas bawang putih - dihiris
4 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

http://hiddyasri.blogspot.com
Last2 minute aku ubah bubuh carrot. Hikhikhik

Cara-cara Membuat:-
  • Didihkan air dan titiskan beberapa titik minyak masak.
  • Celurkan siew pak choy sekejap dan toskan. 
  • Letakkan di dalam mangkuk.
  • Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram dan kacau.
  • Masukkan air dan kacau lagi sehingga menjadi sedikit pekat.
  • Tuangkan sos ke sayur dan hidangkan panas.

Sabtu, 29 Disember 2012

Pancake Pizza Mystyle

Bahan-bahannya 

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan susu cair (masa tu susu segar x de)
Gula (ikut suka, aku x nk manis sgt)
1 sudu teh baking powder
2 batang hotdog dihiris bulat
4 keping keju
Sos cili
Serbuk lada hitam


http://hiddyasri.blogspot.com

Cara-cara Membuat:-
  • Pukul telur sehingga kembang menggunakan mixer.
  • Masukkan susu cair, tepung gandum, baking powder dan gula. Pukul adunan. 
  • Panaskan kuali dan masukkan adunan.
  • Setelah adunan menjadi separuh masak, tabur hotdog, keju dan sos cili di atasnya.
  • Jangan biarkan pancake menjadi hangus. Angkat, taburkan serbuk lada hitam dan hidangkan panas-panas.

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com


Sabtu, 3 November 2012

Pavlova

Bahan-bahan untuk kek 


4 biji putih telur
1 cawan gula kastor (itupun dh manis gler)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla


Bahan-bahan untuk topping

1/2 cawan whipping cream @ spray whipping cream (klu nk cepat)
Strawberi
Kiwi

http://hiddyasri.blogspot.com

Cara-cara Membuat kek:-
  • Pukul putih telur sehingga kembang menggunakan mixer.
  • Masukkan gula dan pukul adunan sehingga kembang dan pekat. 
  • Setelah itu, masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla ke dalam adunan. Pukul lagi sehingga adunan rata. Untuk proses ini, anda juga boleh memukul adunan menggunakan spatula.
  • Letakkan adunan di dalam loyang tanpa sapuan mentega @ alaskan loyang anda dengan baking paper.
  • Bakar adunan pada suhu 140C selama 1 hingga 1 jam 15 minit. Kek yang telah dimasak akan kelihatan garing.
Cara-cara Membuat Topping:-
  • Pukul whipping cream sehingga kembang menggunakan mixer. 
  • Letakkan topping di atas kek. Anda boleh menggantikan whipping cream dengan spray whipping cream (topping ice blended). Lebih mudah.
  • Hiaskan dengan strawberi dan kiwi.

http://hiddyasri.blogspot.com

Jumaat, 11 Mei 2012

Kek Ikan Tuna & Salmon

Bahan-bahannya

1 biji telur
1/2 tin tuna dalam air garam
1 jalur ikan salmon
Daun kucai (dicincang)
Serbuk bawang putih
Garam
Lada hitam
2 sudu besar oat


Cara-cara Membuatnya:-
  • Potong ikan salmon menjadi beberapa ketulan.
  • Campurkan telur, tuna dan perasa. 
  • Bentukkan sehingga menjadi kek yang bulat dan rata. Kemudian, golekkan ke dalam oat.
  • Goreng di atas kuali tahan lekat selama 2-3 minit.


Selamat Mencuba! Ini adalah resepi diet dari Dr. Dukan utk 'Attack Phase'.

Khamis, 5 April 2012

Asam Pedas Utara

http://hiddyasri.blogspot.com
Ari tu masak..sodap!
Bahan-bahannya (utk 2-3 org)


3 ekor ikan kembung (dilumur kunyit)
1 sudu kecil cili kisar (boleh diubah mengikut selera)
4 biji bawang merah (3 biji dikisar & sebiji dihiris)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang timun (dipotong 2 menegak)
3 cawan air
1 keping asam keping
Daun kesum
Secubit garam
Ajinomoto



Cara-cara Membuatnya:-
  • Didihkan air. Masukkan bahan-bahan yang dikisar.
  • Biar seketika. Masukkan pula ikan bersama lebihan air kunyit, cili, timun, asam keping dan daun kesum.
  • Setelah ikan masak, masukkan bawang yang dihiris dan hidangkan panas-panas!

Isnin, 16 Januari 2012

Nasi Goreng Paprik

Bahan-bahannya

5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam / daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
5 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1/2 batang serai dihiris
3 batang kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak


Cara-caranya
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air.
  • Selepas mendidih, masukkan isi ayam / daging.
  • Masukkan garam secukup rasa diikuti kacang panjang dan nasi putih. 
  • Goreng selama 3 minit.
  • Hidangkan ketika masih panas.


Khamis, 22 Disember 2011

Nasi Ulam

Bahan A (Ulam)
50gm bayam
50gm ikan bilis yang dibuang tulang
1 cawan air

Bahan B (Sambal)
2cm kunyit
2cm halia
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Secubit garam

Cara-cara Membuatnya:-
  • Didihkan air dan celur Bahan A. Toskan.
  • Didihkan air dan celurkan Bahan B selama 5 minit. Toskan dan tumbuk semua bahan tadi.
  • Tanak nasi sehingga masak. Hidangkan nasi bersama sambal dan ulam-ulaman.

**Nasi Ulam ni selalunya disajikan kepada org yg dalam pantang. Mungkin dh boring dgn menu pantang yg ada, korg boleh try yg ni. :)

Jumaat, 11 November 2011

Nasi Beringin (Muar Mari)

Bahan-bahan untuk penyediaan nasi
Credit to Google Images
4 cawan beras panjang, dicuci bersih dan toskan
6 cawan air rebusan daging (yang sudah disejukkan, please refer kat bawah untuk cara buat stok)*
4 ulas bawang putih, ditumbuk
2 ulas bawang merah, ditumbuk
5 biji buah pelaga
1 sudu teh cengkih
1 sudu teh jintan manis
2 bunga lawang
1 inci kayu manis
½ inci halia muda, ditumbuk
Gula dan garam
2 sudu makan minyak

Cara-caranya
  • Panaskan minyak di dalam kuali besar.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis sehingga naik bau.
  • Masukkan beras dan gorengkan, kacau rata sentiasa, sehingga beras menjadi agak putih.
  • Sejukkan beras tersebut.
  • Masukkan beras yang sudah sejuk kedalam periuk nasi (bersama semua bahan tumis), sukat air rebusan daging, sesuaikan gula dan garam.
  • Masak seperti nasi biasa.
  • Hidangkan bersama lauk seperti sambal tumis udang, kari telur, kari ayam dan rendang daging.

 Bahan-bahan untuk penyediaan air rebusan daging
1 kilo daging/tulang dengan sedikit daging & lemak (dipotong-potong)
2 liter air
1 inci halia, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
2 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
1 inci kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang


Cara-caranya
  • Didihkan air di dalam periuk yang agak besar dan masukkan semua bahan-bahan lain. Biarkan mendidih. Rebus (api kecil) sekurang-kurangnya 3 jam Keluarkan daging/tulang dan tapiskan bahan lain.
  • Sejukkan stok daging tersebut. Daging tu, boleh lah buat masak kicap ke, goreng berlada ke, untuk lauk nasi beringin.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Bubur Nasi Makanan Laut

Bahan A

½ cawan beras
10 cawan air
4 keping tiram kering, potong dua, rendam & bersihkan
50 gm sotong kering, dihiris halus



Bahan B
 

75 gm hirisan nipis ikan
75 gm udang tanpa kulit
2 camca teh minyak masak
2 cm halia muda, dimayang
2 camca teh Kicap Cair
1 camca teh minyak bijan, garam & lada sulah secukup rasa
2 Kiub Pati Ikan Bilis (Tidak Ditambah MSG)
½ cawan isi ketam masak
1 pokok daun bawang, dihiris halus
1 pokok daun ketumbar, dihiris halus


Cara-caranya
  • Masak bahan A hingga mendidih; kecilkan api dan renih selama 30-40 minit atau hingga menjadi konsistensi bubur. Sementara itu campur bahan B dan gaul rata.
  • Masukkan ke dalam bubur nasi bersama pati ikan dan kacau hingga masak. Masukkan isi ketam dan ketepikan dari api.
  • Hias dengan daun bawang dan ketumbar.

Isnin, 29 Ogos 2011

Nasi Dhal Nikmat (Resepi Raya)

Credit to Google Images
Bahan-bahannya

100ml minyak masak
3 camca besar minyak sapi

Bahan A

10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 cm halia
4 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pegaga
3 kelopak bunga lawang
125 gram kacang hijau, buang kulit dan rendam selama 3 jam, toskan
1 liter air
125 ml krimer sejat rendah lemak IDEAL
2 camca besar serbuk pati ayam Maggie
Garam secukup rasa
800 gram beras basmathi, basuh dan tuskan.
Daun pudina goreng
Kismis goreng
Bawang goreng

Cara-caranya
  • Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis Bahan A hingga wangi. Masukkan kacang hijua dan goreng hingga kekuningan.
  • Masukkan air, susu Ideal Nestle, pati Maggie dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga mendidih dan masukkan beras.
  • Masak hingga air kering dan nasi masak. Senduk ke dalam pinggan hidangan dan hiaskan.
  • Hidangkan ketika masih panas.
Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group