Isnin, 29 Ogos 2011

Nasi Dhal Nikmat (Resepi Raya)

Credit to Google Images
Bahan-bahannya

100ml minyak masak
3 camca besar minyak sapi

Bahan A

10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 cm halia
4 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pegaga
3 kelopak bunga lawang
125 gram kacang hijau, buang kulit dan rendam selama 3 jam, toskan
1 liter air
125 ml krimer sejat rendah lemak IDEAL
2 camca besar serbuk pati ayam Maggie
Garam secukup rasa
800 gram beras basmathi, basuh dan tuskan.
Daun pudina goreng
Kismis goreng
Bawang goreng

Cara-caranya
  • Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis Bahan A hingga wangi. Masukkan kacang hijua dan goreng hingga kekuningan.
  • Masukkan air, susu Ideal Nestle, pati Maggie dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga mendidih dan masukkan beras.
  • Masak hingga air kering dan nasi masak. Senduk ke dalam pinggan hidangan dan hiaskan.
  • Hidangkan ketika masih panas.

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group