Memaparkan catatan dengan label Tips 4 Dummies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips 4 Dummies. Papar semua catatan

Khamis, 28 Ogos 2014

Loan Rumah? Beberapa Soalan Yang Perlu Anda Tanya Mengenai Loan Rumah

Sedang memikirkan untuk memiliki loan rumah? Tapi tak tahu apa2 langsung mengenainya? Di bawah ini adalah beberapa soalan yang perlu anda tanya pada staff bank yang mempromosi loan tersebut sebelum atau semasa proses permohonan loan dibuat. Seeloknya ditanya sebelum meneruskan tujuan memohon loan tersebut supaya anda dapat membuat perbezaan dan penilaian untuk memilih pakej loan yang disediakan oleh pihak bank.

1. MRTA
  • Apakah itu MRTA?
  • Adakan MRTA mesti diambil atau optional?
  • Adakah MRTA tu finance sekali dengan loan up to berapa%? atau
  • Adakah MRTA tu boleh dicover dengan loan sekali berdasarkan 90+5% (90% dr jumlah loan yang dipohon ialah loan rumah; 5% dr jumlah loan yang dipohon boleh cover MRTA) atau 85+5%(85% dr jumlah loan yang dipohon ialah loan rumah; 5% dr jumlah loan yang dipohon boleh cover MRTA)?
  • Jika hanya 5% yang boleh dicover dari loan anda untuk belanja MARTA ini, berapakah balance MRTA yang perlu anda bayar?
  • Sekiranya MRTA tidak dimasukkan dalam loan, berapakah yang perlu anda spend menggunakan duit sendiri?

2. Legal Fees & Valuation Fees
  • Berapakah harga legal fees & valuation fees?
  • Adakah harga legal fees & valuation fees lebih tinggi dari MRTA?
  • Adakah legal fees boleh include dalam financing (loan) atau non-financing (duit sendiri)?
  • Sekiranya saya tidak ambil MRTA, adakah legal & valuation fees boleh financing (masuk dalam loan)?
  • Sekiranya boleh, (berdasarkan soalan atas) adakah financing cover semuanya, separuh atau berdasarkan berapa%?
  • Sekiranya loan saya sudah finance skali untuk MRTA dan tidak boleh cover legal & valuation fees, berapakah harga yang harus dibayar?

3. Interest
  • Berapakah current interest rate?
  • Adakah rate tersebut berdasarkan whole tenure atau tier rate?
  • Jika tier rate, bilakah tempoh rate tersebut bertukar?
  • Adakah interest rate tersebut ikut BLR?

4. BLR
  • Apakah current BLR rate?
  • Sekiranya ini rumah pertama saya, berapakah current BLR rate?
  • Sekiranya ini bukan rumah pertama saya, berapakah current BLR rate?

5. Disbursement
  • Berapa lama disbursement?

Khamis, 17 Julai 2014

Buat Ketupat






Siapa antara korang tau anyam ketupat.. Haa..video yg aku rakamkan thn lepas ni bolehlah dijadikan panduan bagi mereka yang ingin belajar menganyam ketupat. Mudah aje. Enjoiceeee...

Selasa, 27 Mei 2014

Tips Berhenti Merokok

Puhh..puhh..puhhh...Wah..kemain lagi yea...Berasap2 entry aku ni. Cerita psl merokok. Sejak akhir2 ni, ramai giler kot yg smoking. Dh x kira jantina dh, ia mcm dh common scenario public smoking di KL.
 
Tapi..dlm ramai2 yang smoking ni..mesti ada juga yg berkeinginan utk berhenti rokok. Kata perokok2 tegar, once dh smoke..it's very difficult to stop. Entah. Aku tak taulah plak sbb aku x smoking. Aku just smoking hot jek. Hahahaha.
 
For your info, husband aku dulu pernah smoke tapi bukan kuatla. Alhamdulillah, masa aku kenal dia totally mmg non-smoker. Anyway, dalam entry ni aku nk share tentang Amalan 5R seperti di bawah:
 
1. Relevance (Relevan)
 
Beri galakan kepada perokok supaya sedar tentang keburukan dan penyakit yang boleh dihidapi akibat merokok. Kesedaran harus wujud dalam diri perokok itu sendiri.
 
2. Risk (Risiko)
 
Perokok harus mengenalpasti keburukan merokok dari segi kesan jangka pendek, jangka panjang dan risiko pencemaran persekitaran.
 
3. Rewards (Ganjaran)
 
Perokok harus sedar tentang kebaikan berhenti merokok seperti:
 
  • Peningkatan tahap kesihatan
  • Nafas lebih segar & meningkatkan deria rasa dan hidu
  • Merasa selesa dengan diri sendiri
  • Tidak perlu risau untuk berhenti
  • Lebih merasai keenakan makanan
  • Meningkatkan kecergasan
  • Kulit yang lebih sihat dan gigi yang lebih putih
  • Rambut dan pakaian tidak berwarna busuk
  • Menjimatkan wang
  • Menjadi contoh kepada generasi akan datang
  • Melindungi alam sekitar
  • Kesuburan dan kelakian meningkat
 
4. Roadblocks (Halangan)
 
Perokok perlu mengenalpasti antara halangan yang menjadi penghalang semasa dalam proses mendapatkan rawatan. Antaranya ialah:
 
  • Gejala pengunduran
  • Gejalan gian
  • Rasa takut dan gelisah jika tidak Berjaya
  • Penambahan berat badan
  • Kurang sokongan
  • Kemurungan
  • Perbelanjaan untuk rawatan
  • Keseronokan merokok
 
5. Repetition (Ulangan)
 
Perlu memberi kefahaman bahawa gagal sekali bukan beerti gagal selamanya. Perokok harus diberi motivasi yang berpanjangan supaya mereka lebih terbuka untuk membincangkan tentang kegagalan dan mengambil iktibar atau langkah sewajarnya untuk berhenti merokok.
 
 Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia (www. infonasihat.gov.my)
 
 Image

 

Isnin, 24 Februari 2014

Kos Menukar Clutch Plate Proton Saga BLM

Yea. Mcm tak percaya. Hari ini kita bercerita tentang kos untuk membaiki kereta yg ada masalah dengan clutch plate. Sebulan dua ni mmg aku and hubby dh rasa sudah sampai masanya untuk tukar clutch plate. Disebabkan tanda2nya x obvious agi, kami pakailah juga sampai husband aku kata dia akan ke Kuantan Khamis ni.

Antara tanda2 clutch plate perlu ditukar:
1. rasa keta susah nk gerak bila lepas clutch
2. keta meraung bila bergerak
3. dh lepas service 50,000km

Tup2 ari Sabtu ari tu adik aku ada pakai keta. Dia kata keras gler clutch plate mcm besi karat. Aku ni mcm x sedap ati sbb ari Jumaat tu aku ada drive gak. Lain ketat clutch tu. Takut makin ketat lagi. Keta tu pun dh ada bunyi screet. Bising plak rasanya.

Risau betul aku. Kebetulan hari ni dia off, aku suggest dia pergi workshop tukar clutch plate dgn service skali. Rasanya dh lama tak servis. Last servis adalah sekali selepas warranty keta dh abis. Huh! Teruk betulkan?

Hasil survey husband, anggaran nk tukar dlm RM500. Yea, aku seorg yg sgt cerewet dan agak berhati2. Jadi, semlm habis aku google psl nk tukar clutch plate ni. Anggaran harga yang aku jumpa adalah bermula dari RM300++ hingga RM1000. Gulp! Apa kes rangenya berbeza.

Aku survey dgn kawan aku plak. Katanya, lebih baik beli brg sdr and upah diorg pasang. Anggaran brg dlm RM100. Hmmm..bole la save klu btol harga mcm tu. Upah pasang plak? Hmmm...kawan x dpt nk anggarkan. Survey byk2 kedai katanya.

Ari ni, pagi2 aku dh pesan husband pgi survey clutch plate dekat area Pasar Pudu. Aku keje. Klu x keje, mmg aku ikut and sesi tawar menawar mmg jadi rancaklah. Dia survey2, brg RM300 lebih. Betul ke idok Wallah hualam sbb husband aku ni jenis x reti survey dari sebuah kedai ke sebuah kedai.

Survey2 brg, pastu dia jumpa clutch plate dgn harga RM250 aje. Tanya kwn aku lagi satu, pg kedai sparepart beli clutchplate complete dgn bearing dlm 1 box hrga dia dlm 220-230. Ok la. Mls aku nk paksa2 dia survey, aku srh dia beli je la.

Pastu dia survey plak upah memasangnya. RM180 ke atas. Aku survey dgn kawan lagi. Katanya, upah dia dlm RM80-100. Survey2 smpi ke Serdang. Aku pn malas nk push husband aku sgt sbb penat dia nanti. Tapi klu aku ada, mmg lunyai dia ikut aku survey brg. Kihkihkih

Akhirnya jumpa satu kedai yg nk amik upah RM150 aje. Aku kata ok aje. So, dia proceed. Pung pang pung pang aku kuar duit RM400 utk clutch plate. Aku srh dia service gak keta tu. Ptg sket dia kol kata itu ini rosak (dia klu ke bengkel mmg mcm tu, cepat terpengaruh) and dia fix skali bende2 lain rosak tu. Kosnya RM700 semuanya. Aku dh terbeliak mata.

Rupa2nya, pandai dah dia tawar menawar. Close deal dpt RM565. Tgk, org berniaga. Tukar clutch plate, bearing, service keta dll.. Haaa..selamat..Pandai sungguh nk kaut untung. Tak ke beza RM565 dgn RM700 tu? Ayooo..

Bila fikir2 blk, biarlah dia buat. Keselamatan dia aku utamakan. Ya, Allah sentiasa ada tapi sbg manusia kita kene berusaha menjaga diri sebaik mungkin, bukan?


http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

Jumaat, 14 Februari 2014

Buasir? Ada Penyelesaiannya..

Aku pernah ceritakan, yang aku pernah menghadapi masalah sembelit pada entry yang lalu. And sampai satu tahap, menjadi buasir. Alhamdulillah sudah pulih sepenuhnya. Thn lepas, aku ingat buasir ni dtg menyerang lagi, bila pgi buat pemeriksaan doctor, dia hairan kerana aku memang tidak mempunyai masalah tersebut. Walhal dlm rekod pemeriksaan terdahulu, aku mmg disahkan menghidap buasir.

Sebenarnya, selain menjaga makan, minum dan mengikut regim perubatan yang diberikan doctor, aku juga mencari alternative lain untuk pulih. So, entry kali ini..aku sharekan amalan yang aku lakukan sehingga doctor sendiri mengesahkan aku tiada masalah buasir. Antaranya ialah:  
www.mudah.my
Ubat Gigi Cenkudu
Produk ni recommended by husband's friends. Dia mengalami masalah buasir yg serius sehingga doctor menetapkan tarikh pembedahan membuang buasir. Cuba untuk mengelakkan pembedahan, dia terjumpa produk ini di pasaran. Setelah menggunakannya, buasir tersebut mengecut menyebabkan doctor membatalkan operasi pembedahan. Dia juga turut menyarankan produk ini kpd seorang lagi kwn suami yg turut mengalami masalah yang s ama. Aku turut mencuba. Memang betul, masalah buasir hilang.

Jiruskan dengan air panas
Aku juga rajin cebok (jirus) air panas kt bahagian d***r setiap hari. Selalunya pada waktu mandi pagi and malam sebelum apply ubat cengkudu tu. Air tu janganlah panas sangat atau suam sangat. Ikut ketahanan badan masing2 la. Mak aku juga pesan, letak sedikit garam pada air panas tu. Tapi, klu korg rasa letak garam buat buasir tersebut pedih, better x perlu letak garam.

2 amalan ni memang aku x miss buat. Aku juga ada mention tadi mengenai penjagaan makan & minum. Itu korg boleh refer tips mengatasi masalah sembelit pada entry aku yang dulu. Semoga dengan perkongsian ini, aku dapat membantu mereka2 yang pernah menghadapi masalah ni. Kalau diikutkan, mmg malu betul untuk dikongsikan, tetapi untuk kebaikan bersama, aku buang jauh rasa malu tu. Huhuhuhu.. Sekian.
 

Rabu, 12 Jun 2013

Bagaimana Mengenal Pasti Telur Ayam Segar

Selama menjadi suri rumah ni, aku tak taupn yg kita bole kenal pasti telur ayam tu segar atau tak. Hanya tau mcm mana nak bezakan telur rebus and telur mentah sahaja. Semoga jadi panduan untuk kita menjadi pengguna bijak!!


Sangat Segar (1)
Telur yang sangat segar akan tenggelam ke dasar air dan terbaring di bahagian tepi.

Seminggu (2)
Telur yang berusia seminggu akan tenggelam ke dasar tetapi bahagian yang sedikit membulat akan terjungkit ke atas sedikit.

3 Minggu (3)
Telur yang berusia 3 minggu akan akan terjungkit ke atas pada bahagian hujung telur yang membulat.

Telur Busuk (4)
Telur yang lama akan terapung dan permukaannya sedikit timbul di permukaan air. Telur yang timbul ini tidak boleh digunakan kerana ia tidak boleh dimakan.

Selasa, 21 Mei 2013

Sembelit? Bagaimana Mengatasinya?

Aku memang ada masalah sembelit dari kecik agi. Memang payah. Ramai yg mengeluh macam mana nk mengatasi masalah sembelit ni. Pada satu tahap, aku disahkan mempunyai buasir. Percaya atau tak, aku baru kenal pasti amalan di bawah ni membawa kebaikan kepada aku untuk mengelakkan masalah ini.
Sebelum kene buasir dulu, mmg x nk ikhtiar utk elakkan dr kene. Diharap, perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Minta dielakkan dari melarat menjadi buasir.
 

www.dodoi.com
Ubat buang air besar
Semasa kena buasir ari tu. Aku betul2 bergantung pd ubat ni utk membuang air besar. Sebabnya, ubat ni mencairkan tahi serta proses pembuangan itu senang. Maknanya, bila dapat panggilan bisnes tu, aku masuk toilet and terus selamat. Tak perlu teran dan sebagainya. Awal penggunaan mmg aku consumed everyday, setelah masalah buasir hilang, aku kurangkan pengambilan dosnya. Sbbnya, ada Google ttg side effectnya. Jadi, tepuk dada tanya selera, ya. Actually rasa terkilan juga x jumpa produk ni sebelum terkene buasir. At least aku bole schedule jadual pembuangan aku. Klu dh terlebih dr 2 hari ke apa. Boleh consume kan?
 
Yoghurt
Ambil lah apa2 jenis yoghurtpn pd waktu pagi semasa perut kosong. 1 cawan yoghurt setiap hari sudah mencukupi untuk membuatkan aku senang ke tandas. Pernah amalkan selama sebulan. Tapi, desakan kewangan untuk beli yoghurt (Harga RM1 lebih) ditambah dgn rasa jemu buat aku tidak konsisten dalam pengambilan yoghurt setiap hari. 
 
Pure Marine Collagen
Memang fenomena sekitar 2012 ttg pure marine collagen ni. Gempar giler. Selain mendatangkan kebaikan untuk kulit muka, aku dapati consume pure marine collagen dari jenama ni membuatkan aku senang buang air besar. Rasapn sedap gak walaupun sedikit hanyir :)
 
Petai
Mentah, rebus atau digoreng menjadi sambal tidak menjadi masalah. Makan bersama nasi atau begitu saja. Pasti senang buang air besar selepas beberapa jam walaupun perut akan berasa sedikit memulas.
 
Mangga 
Amalkan makan mangga malam sebelum masuk tidur. Sebaiknya pilih yang manis dan lembut. Esoknya, mesti senang nak buang air besar.

Susu
Aku ni x suka minum susu. Lebih2 lagi susu putih. Tapi sejak aku amalkan minum susu coklat sebab sakit gigi (bkn sakit gigi sebab gigi rosak tapi kurang calcium), aku rasa senang plak membuang. Tapi, ada waktunya..bila aku minum tengah hari ke petang ke..x de plak nk membuang. Yang aku perasan, klu aku minum 2 gelas waktu malam sebelum tidur pastu minum segelas pagi esknya sblm breakfast atau minum segelas malam pastu segelas esk pagi sblm breakfast, maka lancarlah pembuangan tu. Hehehe

Sebelum kene buasir dulu, mmg x nk ikhtiar utk elakkan dr kene. Diharap, perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Minta dielakkan dari melarat menjadi buasir.

Isnin, 4 Mac 2013

Menjimatkan Tenaga Elektrik


  1. Pilih penghawa dingin yang bersesuaian dengan saiz bilik.
  2. Kurangkan penggunaan penghawa dingin dengan menanam pokok yang memberikan teduhan dan buka tingkap untuk membenarkan aliran udara masuk.
  3. Pilih jenis lampu yang bersesuaian (pada tempat yang ingin diterangkan) dan letakkan lampu di sudut bilik.
  4. Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika (menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa). Ini kerana, seterika menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk memanaskannya.
  5. Jangan letakkan makanan panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Tutup suis semua peralatan elektrik yang tidak digunakan untuk mengelak pembaziran elektrik pada setiap masa.

www.hiddyasri.blogspot.com

Khamis, 21 Februari 2013

14 Mesej Utama Untuk Membimbing Anda & Keluarga Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat


Masih ingat lagi entry Panduan Diet MalaysiaPanduan Diet Malaysia juga telah mengesyorkan 14 mesej utama untuk membimbing anda dan keluarga ke arah gaya hidup yang lebih sihat.


  1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan.
  2. Kekalkan berat badan dalam julat sihat.
  3. Aktif secara fizikal setiap hari.
  4. Makan nasi, produk bijirin (terutamanya bijirin penuh), dan ubi-ubian secukupnya.
  5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna setiap hari.
  6. Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana.
  7. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.
  8. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan minyak dalam masakan.
  9. Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos.
  10. Ambil makanan dan minuman rendah gula.
  11. Minum banyak air setiap hari.
  12. Amalkan penyusuan susu ibu secara ekslusfi sejak bayi lahir hingga enam bulan dan teruskan pneyusuan sehingga berusia dua tahun.
  13. Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih.
  14. Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan dengan berkesan.
www.nutriweb.org.my

Selasa, 8 Januari 2013

Transfer Print


This topic is based on Adidas tips for jersey transfer print. Hope will benefit you.

Transfer Print



  • Temperature applied < 150 C (302 F).
  • Print pressure and time is related to the fabric and according to the recommendation of the transfer print supplier.
  • For white or light coloured transfers a silver or carbon backing is mandatory, if used on coloured fabrics.


Direct Print / Direct Flock



  • Fixation temperature < 120 C (248 F).
  • It has to be avoided that white and coloured fabric get in contact during fixation.
  • Put the garments on a hanger during print fixation.

Don't print on top of a transfer print, direct print or bonded seams!

Sabtu, 15 Disember 2012

Leather Care Instructions - Dont's

This topic is basically the continuance of the previous topic on Do's for leather care. What about the Dont's? Is there any? Yeah, I am revealing as below. Keep on reading..

Dont's



  • Do not put the boots in the washing machine.
  • Do not put the boots in a bag after washing.
  • Do not expose the boots to direct sunlight or a near heat source like an oven or a radiator after washing. The leather must dry from the inside to the outside. If that is not the case the leather may crack which reduces the lifespan of the boots.
Leather is an organic material, top surface abrasion can happen and small cracks can occur after several hours of usage. This is normal and will not effect the performance of the leather.

Ahad, 25 November 2012

Leather Care Instructions - Do's

Well, I am a successful budget businesswoman as you can see. Hahahha..most of the items I  have are made in leather. So, banyak customer aku selalu tanya tentang tips2 penjagaan kasut kulit. I am willing to share it with you. Some of the tips might be applicable to other items too such as bag ke purse or vice versa. This time, I will share only do's for leather care instruction. Special tips by Adidas.

Do's

  • Large chunks of soil are best removed using warm water and a brush or cloth.
  • To dry your boots, fill them with newspaper, which is highly absorbent. Place the boots in a dry place.
  • The best way to care for the boots is to use adidas boot cream. This boot cream was specially developed for the care of adidas football boots.
  • The boots do not require waterproofing.
  • When storing the boots, use a boot tree. This way the boots will maintain their original shape.
  • A characteristic of football boots made from genuine leather: In the course of use, a small gap may develop between the outsole and the shank. This is normal and will not affect your play.
Leather is an organic material, top surface abrasion can happen and small cracks can occur after several hours of usage. This is normal and will not effect the performance of the leather.


Sabtu, 4 Ogos 2012

Projek Mengecat 2012

Sebenarnya dah start mengecat ni 28-29 July ari tu. Aku busy memanjang. X smpt nk update on those weekends. Memandangkan ari ni kerja2 mengecat akan disambung sbb ari tu my bro kununnya nk nyambong ngecat tap dia bior je pastu claim kt fb dia yg ngecat..gggrrrrrr.... so aku update la tips mengecat dsb utk panduan bersama. Chewah!

http://hiddyasri.blogspot.com
Before

http://hiddyasri.blogspot.com
After

http://hiddyasri.blogspot.com


Tips Mengecat Yang Betul:

  • Siling - Cat siling dulu, ramai yg selalu silap. Kenapa kita kene cat siling dulu? Sbb nanti ada gak cat menitis ke lantai dan juga dinding. X de la kene wat 2 kali kijo.
  • Dinding - Cat sempadan dinding utk elak kerja mengecat dr comot. Pastu, cat dinding  & ke bawah. Lagi better start dgn cat bahagian yang paling sekat dgn sumber cahaya dulu. Bukan apa senang nampak utk mata spero. 
  • Tingkap & Pintu - Pastikan part2 yg x perlu cat dilekatkan dgn muskin tape ke apa. Cthnye mcm tombol pintu ke, kotak suis ke dll..Klu korg pro, x yah ler..
  • Lantai - Ini bahagian last utk cat. Better ensure dinding, siling, tingkap & pintu dh kering. Nanti nanges kang! Menjejes2..kene cat blk. Haru!
Amacam tips aku? Ada bagus x? Budget pro. Ngecat ni kene kesabaran tinggi. Nak2 dlm bln posa. Penat..Blom lg rasa hangin satu badan! Sabor yea..dugaan...

Ahad, 8 Julai 2012

Petua: Cerahkan Kulit

Ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan 2 sudu besar oat yg dh dibancuh dgn air dan 1 sudu besar minyak zaitun. Kacau hingga sebati. Jadikan masker & biarkan setengah jam. Amalkn 2x seminggu!

Khamis, 5 Julai 2012

Tips Menurunkan Berat Badan

  • Kurangkan berat badan secara perlahan.
  • Kurang berat badan sebanyak 10% dalam masa 6 bulan.
  • Makan ikut keperluan.
  • Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
  • Lebihkan sayur, ulam dan buah.
  • Gantikan minuman manis dengan air kosong.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal harian.
  • Bersenam 1 jam setiap hari.
  • Jangan gunakan ubat untuk menurunkan berat badan tanpa nasihat doktor.

Senangkan? Selamat Mencuba.



Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Ahad, 10 Jun 2012

Petua: Natural Red Lips

Cari halia. Hiriskan. Pastu tekap pada bibir selama 15 minit. Buat hari2 & lihat hasilnya.

Hahaha..bibir sy pink tak merah

Rabu, 22 Jun 2011

Shhh..to mosquitoes!

Ini petua yang HiddyAsri dpt dari email; kwn2 yg bagi..

Something worth sharing... I care, you care..

The mosquito control technique but instead of using Lemon Fresh Joy, I used Harimau Kuat Lemon flavoured dish wash liquid (yellow bottle and about RM2.80) and..... it actually works.  Thanks to my niece.  It's cheap and non poisonous like Ridsect of Fumakilla and the others.
Finally, found this simple home tip:-

You have a lot of mosquitoes in your bedroom?  Try this.

Mosquito Treatment: So you don't like those pesky mosquitoes.  Here's a tip that was given at a recent gardening forum.  Put some water in a white dinner plate and add a couple drops of Lemon Fr R.  Set the dish on your porch, patio, picnic table, park bench, or other outdoor area.  Not sure what attracts them, the lemon smell, the white plate colour, or what BUT ... mosquitoes flock to it, and drop dead shortly after drinking the Lemon Fresh Joy/water mixture, and usually within about 10 feet  of the  plate.

TRY IT...it works just superb! It may seem trivial, but it may also help to control mosquitoes around your home, (especially in areas where the West Nile virus is reaching epidemic proportions in mosquitoes, birds and humans).

Tengku Ahmad Damitri Al-Astani B Tengku Din
Department of Pathology, School of Medical Sciences
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian Kelantan
Tel: 09-7664440
Fax:09-7653370
Hs:013-9592636
Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group