Rabu, 12 Jun 2013

Bagaimana Mengenal Pasti Telur Ayam Segar

Selama menjadi suri rumah ni, aku tak taupn yg kita bole kenal pasti telur ayam tu segar atau tak. Hanya tau mcm mana nak bezakan telur rebus and telur mentah sahaja. Semoga jadi panduan untuk kita menjadi pengguna bijak!!


Sangat Segar (1)
Telur yang sangat segar akan tenggelam ke dasar air dan terbaring di bahagian tepi.

Seminggu (2)
Telur yang berusia seminggu akan tenggelam ke dasar tetapi bahagian yang sedikit membulat akan terjungkit ke atas sedikit.

3 Minggu (3)
Telur yang berusia 3 minggu akan akan terjungkit ke atas pada bahagian hujung telur yang membulat.

Telur Busuk (4)
Telur yang lama akan terapung dan permukaannya sedikit timbul di permukaan air. Telur yang timbul ini tidak boleh digunakan kerana ia tidak boleh dimakan.

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group