Selasa, 21 Mei 2013

Sembelit? Bagaimana Mengatasinya?

Aku memang ada masalah sembelit dari kecik agi. Memang payah. Ramai yg mengeluh macam mana nk mengatasi masalah sembelit ni. Pada satu tahap, aku disahkan mempunyai buasir. Percaya atau tak, aku baru kenal pasti amalan di bawah ni membawa kebaikan kepada aku untuk mengelakkan masalah ini.
Sebelum kene buasir dulu, mmg x nk ikhtiar utk elakkan dr kene. Diharap, perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Minta dielakkan dari melarat menjadi buasir.
 

www.dodoi.com
Ubat buang air besar
Semasa kena buasir ari tu. Aku betul2 bergantung pd ubat ni utk membuang air besar. Sebabnya, ubat ni mencairkan tahi serta proses pembuangan itu senang. Maknanya, bila dapat panggilan bisnes tu, aku masuk toilet and terus selamat. Tak perlu teran dan sebagainya. Awal penggunaan mmg aku consumed everyday, setelah masalah buasir hilang, aku kurangkan pengambilan dosnya. Sbbnya, ada Google ttg side effectnya. Jadi, tepuk dada tanya selera, ya. Actually rasa terkilan juga x jumpa produk ni sebelum terkene buasir. At least aku bole schedule jadual pembuangan aku. Klu dh terlebih dr 2 hari ke apa. Boleh consume kan?
 
Yoghurt
Ambil lah apa2 jenis yoghurtpn pd waktu pagi semasa perut kosong. 1 cawan yoghurt setiap hari sudah mencukupi untuk membuatkan aku senang ke tandas. Pernah amalkan selama sebulan. Tapi, desakan kewangan untuk beli yoghurt (Harga RM1 lebih) ditambah dgn rasa jemu buat aku tidak konsisten dalam pengambilan yoghurt setiap hari. 
 
Pure Marine Collagen
Memang fenomena sekitar 2012 ttg pure marine collagen ni. Gempar giler. Selain mendatangkan kebaikan untuk kulit muka, aku dapati consume pure marine collagen dari jenama ni membuatkan aku senang buang air besar. Rasapn sedap gak walaupun sedikit hanyir :)
 
Petai
Mentah, rebus atau digoreng menjadi sambal tidak menjadi masalah. Makan bersama nasi atau begitu saja. Pasti senang buang air besar selepas beberapa jam walaupun perut akan berasa sedikit memulas.
 
Mangga 
Amalkan makan mangga malam sebelum masuk tidur. Sebaiknya pilih yang manis dan lembut. Esoknya, mesti senang nak buang air besar.

Susu
Aku ni x suka minum susu. Lebih2 lagi susu putih. Tapi sejak aku amalkan minum susu coklat sebab sakit gigi (bkn sakit gigi sebab gigi rosak tapi kurang calcium), aku rasa senang plak membuang. Tapi, ada waktunya..bila aku minum tengah hari ke petang ke..x de plak nk membuang. Yang aku perasan, klu aku minum 2 gelas waktu malam sebelum tidur pastu minum segelas pagi esknya sblm breakfast atau minum segelas malam pastu segelas esk pagi sblm breakfast, maka lancarlah pembuangan tu. Hehehe

Sebelum kene buasir dulu, mmg x nk ikhtiar utk elakkan dr kene. Diharap, perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Minta dielakkan dari melarat menjadi buasir.

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group