Selasa, 27 Mei 2014

Tips Berhenti Merokok

Puhh..puhh..puhhh...Wah..kemain lagi yea...Berasap2 entry aku ni. Cerita psl merokok. Sejak akhir2 ni, ramai giler kot yg smoking. Dh x kira jantina dh, ia mcm dh common scenario public smoking di KL.
 
Tapi..dlm ramai2 yang smoking ni..mesti ada juga yg berkeinginan utk berhenti rokok. Kata perokok2 tegar, once dh smoke..it's very difficult to stop. Entah. Aku tak taulah plak sbb aku x smoking. Aku just smoking hot jek. Hahahaha.
 
For your info, husband aku dulu pernah smoke tapi bukan kuatla. Alhamdulillah, masa aku kenal dia totally mmg non-smoker. Anyway, dalam entry ni aku nk share tentang Amalan 5R seperti di bawah:
 
1. Relevance (Relevan)
 
Beri galakan kepada perokok supaya sedar tentang keburukan dan penyakit yang boleh dihidapi akibat merokok. Kesedaran harus wujud dalam diri perokok itu sendiri.
 
2. Risk (Risiko)
 
Perokok harus mengenalpasti keburukan merokok dari segi kesan jangka pendek, jangka panjang dan risiko pencemaran persekitaran.
 
3. Rewards (Ganjaran)
 
Perokok harus sedar tentang kebaikan berhenti merokok seperti:
 
  • Peningkatan tahap kesihatan
  • Nafas lebih segar & meningkatkan deria rasa dan hidu
  • Merasa selesa dengan diri sendiri
  • Tidak perlu risau untuk berhenti
  • Lebih merasai keenakan makanan
  • Meningkatkan kecergasan
  • Kulit yang lebih sihat dan gigi yang lebih putih
  • Rambut dan pakaian tidak berwarna busuk
  • Menjimatkan wang
  • Menjadi contoh kepada generasi akan datang
  • Melindungi alam sekitar
  • Kesuburan dan kelakian meningkat
 
4. Roadblocks (Halangan)
 
Perokok perlu mengenalpasti antara halangan yang menjadi penghalang semasa dalam proses mendapatkan rawatan. Antaranya ialah:
 
  • Gejala pengunduran
  • Gejalan gian
  • Rasa takut dan gelisah jika tidak Berjaya
  • Penambahan berat badan
  • Kurang sokongan
  • Kemurungan
  • Perbelanjaan untuk rawatan
  • Keseronokan merokok
 
5. Repetition (Ulangan)
 
Perlu memberi kefahaman bahawa gagal sekali bukan beerti gagal selamanya. Perokok harus diberi motivasi yang berpanjangan supaya mereka lebih terbuka untuk membincangkan tentang kegagalan dan mengambil iktibar atau langkah sewajarnya untuk berhenti merokok.
 
 Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia (www. infonasihat.gov.my)
 
 Image

 

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group