Jumaat, 13 Jun 2014

Kesilapan Diet - 5# Mengurangkan Kalori Dengan Drastik

KESILAPAN DIET KE-5

MENGURANGKAN KALORI DENGAN DRASTIK

Ada juga orang percaya bahawa jika kita mengurangkan pengambilan kalori, ia dapat membantu menurunkan berat badan. Dengan cara ini, kita mungkin dapat menurunkan berat badan tetapi kita terdedah kepada risiko penyakit seperti batu hempedu (gallstone) dan masalah penghadaman.

Kesan lain ialah jumlah otot (lean muscle) kita juga akan menurun ...
yang seterusnya akan menyebabkan kadar metabolisma badan juga menurun. Ini adalah kerana jumlah otot dalam badan berkadaran dengan kadar metabolisma badan. Makin sikit otot badan kita, maka makin perlahan lah kadar metabolisma badan kita. Ini bukan sahaja akan menyebabkan sebahagian besar makanan akan disimpan sebagai lemak, malah kita juga akan menghadapi masalah tenaga. Kita akan mudah merasa letih tidak kira di waktu pagi, tengahari, mahupun malam!

Ramai antara kita cuba mengurangkan kalori tanpa mengambil kira, jumlah nutrisi yang adakah cukup atau tidak. Bermaksud setiap meal yang kita ambil mempunyai karbohidrat, protin dan vitamin atau tidak. Contoh roti, telur/sardin, buah/mix salad.

Penerangan cukup jelas kalau mengurangkan jumlah kalori secara drastik.
 

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group