Isnin, 15 Ogos 2011

Budak Melayu Mirip Anak 'Mat Salleh'




MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.

Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.
Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.
(Unknown Source)

11 ulasan:

Mya berkata...

ouh albino... so tak bole kena pendedahan cahaya matahari berlebihan...

Cik Ladies berkata...

Eh? Bak pe comel sgt? Cium kang.. Ahaha! :D

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?5ad308277b3bbfccb02f1f78cb9bc453

Fareha Rahmat (Bos Besar) berkata...

wahh comelnya anak dia....tingin plak nak anak pompuan :)

qudwa berkata...

fullao...muke mat saleh seyh...saye muke cine x masok surat kabo pon...:(

moh sini test iq

http://lifelikethese.blogspot.com/2011/08/test-your-iq.html

amir aizat berkata...

ha'ah laar,huhu

fadzlynniza berkata...

fuh! ta sme lgsg wrna kulit ngn parent die. =) btw, sweet lorh

fyna berkata...

comelnya..mcm xpercaya pulak..kuasa tuhan

MERAH berkata...

Walaupun kita belajar genetik tak mungkin dapat macam ni, tetapi dengan kuasa Allah ape pun blh jadi. Subhanallah :)

Siti Aai Shah berkata...

salam..inilah kekuasaan Allah..tiada yang mustahil bagiNya..comel sangat =)

Hiddy Asri berkata...

konpiuskan?

CTK berkata...

aik...pelik tp benar,,,syukur lah dapat ank putih ..cm snow white da..comey cgt :)


http://khayalan27.blogspot.com/

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group