Jumaat, 11 November 2011

Nasi Beringin (Muar Mari)

Bahan-bahan untuk penyediaan nasi
Credit to Google Images
4 cawan beras panjang, dicuci bersih dan toskan
6 cawan air rebusan daging (yang sudah disejukkan, please refer kat bawah untuk cara buat stok)*
4 ulas bawang putih, ditumbuk
2 ulas bawang merah, ditumbuk
5 biji buah pelaga
1 sudu teh cengkih
1 sudu teh jintan manis
2 bunga lawang
1 inci kayu manis
½ inci halia muda, ditumbuk
Gula dan garam
2 sudu makan minyak

Cara-caranya
  • Panaskan minyak di dalam kuali besar.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis sehingga naik bau.
  • Masukkan beras dan gorengkan, kacau rata sentiasa, sehingga beras menjadi agak putih.
  • Sejukkan beras tersebut.
  • Masukkan beras yang sudah sejuk kedalam periuk nasi (bersama semua bahan tumis), sukat air rebusan daging, sesuaikan gula dan garam.
  • Masak seperti nasi biasa.
  • Hidangkan bersama lauk seperti sambal tumis udang, kari telur, kari ayam dan rendang daging.

 Bahan-bahan untuk penyediaan air rebusan daging
1 kilo daging/tulang dengan sedikit daging & lemak (dipotong-potong)
2 liter air
1 inci halia, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
2 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
1 inci kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang


Cara-caranya
  • Didihkan air di dalam periuk yang agak besar dan masukkan semua bahan-bahan lain. Biarkan mendidih. Rebus (api kecil) sekurang-kurangnya 3 jam Keluarkan daging/tulang dan tapiskan bahan lain.
  • Sejukkan stok daging tersebut. Daging tu, boleh lah buat masak kicap ke, goreng berlada ke, untuk lauk nasi beringin.

3 ulasan:

cik wanie Lovela (CWL) berkata...

blog makanan ka

CTK berkata...

nasi beringin ni mcm mne rsenyer ye...cm xpernah mkn lg je..tp nk try la ..hihi

ZaiFa® berkata...

sedap ni.nanti nak try lah.kalau kat kedah,glamer nasi daging.nak cuba resepi nasi daging? cari kat sini www.my-resepi.blogspot.com

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group