Selasa, 30 November 2010

Pelan Diet 7 Hari: Menu Diet Sup Kobis

Diet berasaskan sup dapat membakar lemak yang mengandungi kalori yang tidak digunakan oleh badan. Semakin banyak sup yang diambil, semakin banyak penurunan berat badan akan terjadi. Diet ini membolehkan sesiapa mengambil sup kobis seberapa kerap yang mereka mahukan setiap hari.
Diet 7 Hari: Pelan Diet Sup Kobis
Makan seberapa banyak sup yang anda mahukan dan anda boleh kehilangan 10 hingga 15 pound (4.5 - 6.8kg). Resepinya sedikit pelbagai, tetapi dimasukkan dengan sayuran rendah kalori seperti kobis, bawang, tomato, air kaldu berperisa, campuran sup bawang dan jus tomato. Setiap hari, program 7-hari diet ini menyediakan menu spesifik yang boleh dimakan termasuk kentang, jus buah-buahan, pelbagai sayuran dan dalam satu hari dan juga terdapat sajian daging lembu.
Hari Pertama:
  • Makan buah-buahan kecuali pisang.
  • Ambil teh kurang manis, kopi hitam, jus kranberi dan air.
  • Makan seberapa banyak sup yang anda suka

Hari Kedua:
Pilih yang anda mahu – sayur-sayuran segar, mentah atau dimasak. Jauhi dari kacang panggang, kacang pis, dan jagung manis. Hadiahkan diri dengan hidangan kentang bakar bersaiz besar bersama mentega untuk makan malam. Makan sebanyak sup yang anda mahu tanpa menu buah-buahan hari ini.
Hari Ketiga:
Kombinasi hari pertama dan kedua, makan seberapa banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan sup yang anda suka tanpa kentang bakar.
Hari Keempat:
Makan 8 biji pisang dan ambil seberapa banyak susu skim yang anda mahu hari ini beserta sup. Hari ini sepatutnya menjadikan anda kurang berselera dengan rasa manis.
Hari Kelima:
Anda boleh mengambil 10-20 auns daging lembu (300-500g) dan 1 tin besar tomato atau 6 biji tomato segar. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air hari ini untuk membersihkan asid urik dari badan anda. Ambil sup sekurang-kurangnya sekali hari ini. Anda boleh makan ayam bakar atau ayam panggang (tanpa kulit) dari daging lembu. Jika anda mahu, anda boleh menggantikan daging lembu dengan ikan panggang.
Hari Keenam:
Makan daging lembu dan sayur-sayuran hari ini. Anda boleh mengambil 2 atau 3 keping stik lembu yang anda mahu, bersama dengan sayur-sayuran segar atau salad. Anda tidak dibenarkan mengambil kentang bakar dan makanlah sup sekurang-kurangnya sekali.
Hari Ketujuh:
Anda boleh mengambil nasi perang, jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil sup sekurang-kurangnya sekali sehari. Anda tidak dibenarkan mengambil minuman beralkohol atau minuman bergas walaupun soda diet.
(Terjemahan dari: www.aboutcabbagesoupdiet.com)

Selamat Mencuba korang!!

2 ulasan:

Atiekah Shii berkata...

Thanks. Bila saya google diet dalam Bahasa Melayu, kebanyakkan website memberikan tips dari contoh menu untuk diet..Bykkan lagi artikel psl ni pls..

Hiddy Asri berkata...

Huhuhuhu...saya cuma translate agar mudah difahami dan boleh dikongsi bersama-sama..Terima kasih kerana membaca..

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group