Isnin, 14 Mac 2011

Filwi Nur Balqis - Saya Join Contest STYLE IT Awak!

Untuk Follow Sila Tekan Ctrl + Click Pada Butang Follow Tu Ya!

Saturday, April 30, 2011


JOM JOIN CONTEST!!! Style It! contest by FILWI.

Perempuan|Lelaki boleh JOIN!



Ini Banner Contest FILWI.
filwi.blogspot.com


5 Easy Steps! (Macam 'Syarat' Lah Jugak)

1. Follow blog ni (Tak Follow Pon Takpe.)

2. Follow di Facebook juga (Other way to get updates!) *Yang ni tiada paksaan. Ingat! Tak Paksa!*

3. Like Fan Page. (Tak paksa jugak. Tapi kena buat salah satu antara Follow Blog/Follow Facebook/Like Fan Page. Ingat! Tak Kisah Nak Buat Yang Mana SATU pun. Kalau nak buat semua pon boleh.)

4.Letak gambar anda yang ISLAMIK. (baju kurung, baju melayu, jubah, berpurdah, bersongkok, gambar masa RAYA haritu, atau apa apa sahaja yang ISLAMIK! )

5. Tajuk Entry "Filwi Nur Balqis - Saya Join Contest STYLE IT Awak!". Kemudian, copy enrty ni bulat-bulat dan paste di BLOG ANDA!

ITU SAHAJA. TITIK.

 p/s: gambar yang pakai tudung ATAS DADA hendaklah di CROP, jadi tinggal kepala hingga BAHU. ok?
CONTOH: 

  • TAMAT PADA : 31 APRIL 2011
PENTING! p/s: kalau tak nak guna gambar sendiri pun boleh, letak lah gambar budak-budak ke, kawan ke, mak, ayah, atau siapa sahaja yang anda suka ya!

PEMENANG DINILAI BERDASARKAN :
  • Jumlah like di facebook FILWI pada gambar mereka. (undian pada 1-10 April)
  • Jangan takut untuk sertainya. ANDA PASTI BOLEH! belum cuba belum tahu!

PEMENANG AKAN DAPAT :
  • TOP-UP RM 10 (kerja senang, RM10 cukup kan?) nota: saya tak akan minta no. tel. anda, saya akan e-mel sahaja no. siri top-up tersebut okay!
  • Akan di-PROMOTE 'sticky post' pada blog FILWI selama DUA minggu okay!.
  • Cukup-cukup lah tuh!  
.::GAMBAR ANDA DISINI::.


Kalau tak faham apa-apa, boleh tanya dekat FB|Comment Blog ni.
* Tinggalkan link penyertaan anda di comment ya! 



Rabu, 9 Mac 2011

Apa Yang Penting?

Penting sangatkah 2 jam menghabiskan masa tiap-tiap jam dari meluangkan masa semalaman untuk sekali Jumaat saja bersama isteri?

Penting sangatkah perlawanan bola sepak di tv setiap Sabtu dari menghabiskan masa bersama isteri di pasar malam Jalan TAR tanpa membeli apa-apa?

Penting sangatkah kasut bola untuk dibeli hingga di badan isteri tiada satupun barangan kemas?

Penting sangatkah perut kenyang dari membiarkan isteri kelaparan menunggu kepulangan suami untuk makan bersama-sama?

Penting sangatkah kerja dan janji yang dibuat untuk keluar bersama atau memegang janji?

Penting sangatkah janji bersama kawan-kawan dari janji bersama isteri?

Penting sangatkah penampilan menarik bila keluar bersendirian dari berpenampilan menarik di hadapan isteri?

PENTING SANGATKAH MEREKA DARI AKU YANG MEMERLUKAN?

Selasa, 8 Mac 2011

Surat Permohonan Jawatan

Seperti yg aku janjikan smlm, hari ni kt smbg lagi topik ni mengenai Surat Permohonan Jawatan sbg pelengkap kpd resume yg akan korg hantar kpd mana-mana majikan yg berkenaan nanti..

Isi kandung Surat Permohonan Jawatan ini selalunya menyatakan kepada majikan bahawa korg berminat untuk memohon jawatan yg telah diiklankan. Ia memberi anda peluang agar menyakinkan majikan bahawa korg adalah org yg layak utk jawatan yg diiklanlan! Jika Resume dibuat agar menjadi sasaran untuk majikan memberikan korg peluang menghadiri temuduga, tujuan Surat Permohonan dibuat adalah untuk menarik perhatian majikan agar membaca Resume korg!

Contoh Application Letter

Format, Isi kandungan dan panjang surat
-Surat Permohonan Jawatan memberi korg peluang untuk memperkenalkan diri secara peribadi lebih dari yang dinyatakan dalam Resume.
- Jangan plak lebih2 agar tak meleret-leret hingga menghilangkan minat majikan untuk membaca!

Perenggan Pengenalan
- Kenal pasti jawatan yang dipohon dan nyatakan dari mana korg tau ttg iklan jawatan kosong tersebut.
- Nyatakan mengapa korg berminat dgn jwtn tersebut dan nyatakan kenapa korg layak untuk jwtn tersebut.

Perenggan 2 & 3
- beritahu mereka kenapa korg mahukan jawatan tersebut dan jelaskan dengan terperinci tentang pengalaman dan kebolehan anda.



Isnin, 7 Mac 2011

Jom Buat Resume!!

Hari ni dh masuk seminggu kita melangkah ke bulan Mac! Dah lama aku tak buat entry sebab agak bz dgn hal2 personal. Chewah..Anyway, kali ni aku nak tanya pendapat korang tentang bagaimana nak bikin resume yang baik? Kat bawah ni aku ada satu contoh format resume yg dh lama aku gunakan. Cuma aku tak tau, samada resume ni baik atau sebaliknya. Kalau ikut pengalaman aku kat HR dulu, aku rasa resume ni contoh yang baik. Tetapi apabila masa berlalu and no longer work with HR lagi, aku tak tau resume ni masih relevant atau tak. So, boleh bagi idea atau komen? Atau korg nk share resume korg dgn aku!


Format resume aku

 Ciri ciri Resume yang baik:-

Informasi Pengenalan Diri
- nama penuh
- I/C
- alamat tetap
- nombor telefon
- email-address (kalau boleh, biarlah yang profesional e.g juriah@gmail.com; bkn yg fancy2 spt fat45@yahoo.com)
- selain dr tu, boleh masukkan warganegara, bangsa, agama, taraf perkahwinan, dan umur (jika mahu).
- boleh juga sertakan alamat sesawang yg mencerminkan cita-cita profesional korg!

Sasaran Kerjaya atau objektif pekerjaan atau kenyataan ringkasan
- memasukkan data mengenai objektif pekerjaan atau kenyataan ringkasan adalah pilihan peribadi. Tujuannya untuk memberitahu majikan jenis pekerjaan yg korg mahukan! Selalunya, ia merupakan satu ayat penerangan tentang jenis pekerjaan yang korg mahukan termasuk jenis tanggungjawab, cabaran dan aktiviti pekerjaan.
- tidak penting sebab selalunya sudah dinyatakan dalam surat permohonan jawatan

Latar belakang Pendidikan
- Universiti / Sekolah Menengah dsb mengikut susunan terkini
- Gred
- nyatakan jurusan yang diambil

Pengalaman Kerja
- nyatakan jangka waktu, jawatan, dan nama syarikat
- nyatakan tanggungjawab yang dipikul
- susunan dari yg terkini hingga terdahulu.

Minat dan aktiviti
- nyatakan kebolehan anda dalam bidang lain selain dari bidang akademik
- nyatakan juga jawatan yang disandang jika ada

Rujukan
- sekurang-kurangnya 2 rujukan
- Referees selalunya di kalangan pensyarah ataupun bekas majikan
- Ada sesetangah resume yg ringkas hanya menyatakan "Rujukan akan diberikan atas permintaan" sahaja.
- minta kebenaran perujuk sebelem menulis nama mereka, ok!

dan akhir sekali, mesti disertakan dengan Surat Permohonan. (esk kt smbg psl ni plak)

(sumber dari Advancing The Role of Universities and Industries in Human Capital Development - National Career Carnival '06)
Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group