Isnin, 7 Mac 2011

Jom Buat Resume!!

Hari ni dh masuk seminggu kita melangkah ke bulan Mac! Dah lama aku tak buat entry sebab agak bz dgn hal2 personal. Chewah..Anyway, kali ni aku nak tanya pendapat korang tentang bagaimana nak bikin resume yang baik? Kat bawah ni aku ada satu contoh format resume yg dh lama aku gunakan. Cuma aku tak tau, samada resume ni baik atau sebaliknya. Kalau ikut pengalaman aku kat HR dulu, aku rasa resume ni contoh yang baik. Tetapi apabila masa berlalu and no longer work with HR lagi, aku tak tau resume ni masih relevant atau tak. So, boleh bagi idea atau komen? Atau korg nk share resume korg dgn aku!


Format resume aku

 Ciri ciri Resume yang baik:-

Informasi Pengenalan Diri
- nama penuh
- I/C
- alamat tetap
- nombor telefon
- email-address (kalau boleh, biarlah yang profesional e.g juriah@gmail.com; bkn yg fancy2 spt fat45@yahoo.com)
- selain dr tu, boleh masukkan warganegara, bangsa, agama, taraf perkahwinan, dan umur (jika mahu).
- boleh juga sertakan alamat sesawang yg mencerminkan cita-cita profesional korg!

Sasaran Kerjaya atau objektif pekerjaan atau kenyataan ringkasan
- memasukkan data mengenai objektif pekerjaan atau kenyataan ringkasan adalah pilihan peribadi. Tujuannya untuk memberitahu majikan jenis pekerjaan yg korg mahukan! Selalunya, ia merupakan satu ayat penerangan tentang jenis pekerjaan yang korg mahukan termasuk jenis tanggungjawab, cabaran dan aktiviti pekerjaan.
- tidak penting sebab selalunya sudah dinyatakan dalam surat permohonan jawatan

Latar belakang Pendidikan
- Universiti / Sekolah Menengah dsb mengikut susunan terkini
- Gred
- nyatakan jurusan yang diambil

Pengalaman Kerja
- nyatakan jangka waktu, jawatan, dan nama syarikat
- nyatakan tanggungjawab yang dipikul
- susunan dari yg terkini hingga terdahulu.

Minat dan aktiviti
- nyatakan kebolehan anda dalam bidang lain selain dari bidang akademik
- nyatakan juga jawatan yang disandang jika ada

Rujukan
- sekurang-kurangnya 2 rujukan
- Referees selalunya di kalangan pensyarah ataupun bekas majikan
- Ada sesetangah resume yg ringkas hanya menyatakan "Rujukan akan diberikan atas permintaan" sahaja.
- minta kebenaran perujuk sebelem menulis nama mereka, ok!

dan akhir sekali, mesti disertakan dengan Surat Permohonan. (esk kt smbg psl ni plak)

(sumber dari Advancing The Role of Universities and Industries in Human Capital Development - National Career Carnival '06)

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group