Rabu, 23 Mei 2012

Fadilat Puasa Sepanjang Rejab

Hari ini, seluruh umat Islam pastinya mengalu-alukan kehadiran bulan Rejab. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Alalah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia.
Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab:

Amalan terbiak di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:

  • Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada seksaaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahanam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 10,000 tahun.
  • Pauasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan seggala dosanya lalu melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  • Sesiapa berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, tunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian sirtul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.
  • Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengansseribu bilik dan serbu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskna kpd tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah daripada berpuasa Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Sumber http://www.ppdjasin.edu.my

1 ulasan:

ctk berkata...

dah puasa sehari..hehe

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group