Rabu, 23 Julai 2014

Biskut Cornflakes

Bahan-bahan 

200gm mentega 
150gm gula kastor halus 
1 biji kuning telur
100gm Cornflakes (dihancurkan)
100gm tepung jagung
190gm tepung Red Rose
1 sudu kecil esen vanilla
Coklat Cip

Hiasan
Cornflakes
Putih telur
 
http://hiddyasri.blogspot.com
 
Cara-cara Membuat:-
  • Pukul mentega, gula, esen vanilla dan kuning telur sehingga sebati dengan mesin putar.
  • Masukkan Cornflakes hancur, tepung jagung dan tepung Red Rose. Uli adunan sehingga sebati.
  • Bulatkan adunan kecil-kecilan. Masukkan cip coklat dilamnya.
  • Setelah adunan dibulatkan, masukkan ke dalam bekas berisi putih telur.
  • Kemudian, golekkan adunan ke dalam bekas berisi Cornflakes. Pastikan Cornflakes rata.
  • Sediakan dulang pembakar dengan menyapu sedikit mentega. Susun adunan di atasnya.
  • Ada juga boleh meletakkan adunan ke dalam cawan kertas tanpa menyapukan mentega ke atas dulang pembakar.
  • Bakar dengan suhu 150C selama 20 minit.

Khamis, 17 Julai 2014

Buat Ketupat






Siapa antara korang tau anyam ketupat.. Haa..video yg aku rakamkan thn lepas ni bolehlah dijadikan panduan bagi mereka yang ingin belajar menganyam ketupat. Mudah aje. Enjoiceeee...

Khamis, 3 Julai 2014

Kesilapan Diet - #6 Boleh Makan Makanan Yang Sihat Sebanyak Mungkin

KESILAPAN DIET KE-6

6. Boleh Makan Makanan Yang Sihat Sebanyak Mungkin

Ada orang percaya bahawa jika kita memakan makanan yang sihat, maka kita boleh makan makanan tersebut sebanyak yang mungkin atau setakat yang mampu. Ketahui lah ya bahawa fahaman tersebut adalah SALAH. Jika anda makan makanan yang sihat pun, anda TIDAK BOLEH makan ikut sedap hati je ya... kalau nak makan jugak, kenalah tanggu...
ng akibatnya nanti... BERAT BADAN NAIK!!!

Contohnya ialah oatmeal. Ia memang makanan yang sihat tetapi perlu diingat bahawa ia juga mengandungi kalori. Jadi jika kita memakan dengan terlampau banyak, sudah pasti berat badan kita akan naik dengan banyak juga.

Contoh ke-2 makan Pisang. Ia memang makan yang memberi tenaga dan vitamin yang baik. Tetapi kita termakan sampai 3 biji pisang. 1 biji bersamaan setengah mangkuk nasi.

Contoh 3 makan buah-buahan adalah bagus. Makan tembikai memang bagus tetapi kita makan sampai dekat dengan separuh buah tembikai. Kita perlu makan hanya 1 slice sahaja.

Kan...kan....kan... ramai yang tersalah, lepas tu tanya berat badan tak turun-turun.
 
Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group