Jumaat, 7 Ogos 2015

Memasang Kubur


Aku akui, ramai mereka yang di luar sana mempunyai kemahiran untuk membuat kubur. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan pasti berbeza mengikut kehendak pasaran. Dengan cas GST lagi, pasti ramai yang di luar sana sukar untuk mencari khidmat membuat kubur pada kadar harga yang berpatutan.

Aku dikenalkan oleh kakak ipar pada Man, seorang anak muda yang mempunyai kemahiran ini. Kagum, sebab muda2 sanggup buat kerja lebih masa untuk mencari pendapatan serta kagum kerna jarang anak muda mahu buat kerja2 mulia seperti ini. 

Setelah melakukan survey, aku rasa harga yang Man tawarkan agak berpatutan. Bayangkan untuk kubur yang sama, harga yang dikenakan RM800 oleh peniaga lain. Jadi, kepada sesiapa yang berminat, aku sertakan beberapa panduan bagaimana untuk berurusan dengan Man (tidak tertakluk pada perubahan selepas 5/3/2015) :


  • Sila tinggalkan email di bahagian komen untuk mendapatkan nombornya. Bukan kedekut, cuma takut org yg tidak bertanggungjawab gunakan nombor tu utk yg tak sepatutnya)
  • Setakat yang aku tau, Man menerima tempahan sekitar Lembah Klang, aku pula minta special request untuk pasang di Hulu Langat, Alhamdulillah diterima. Sila tanya beliau dahulu.
  • Tiada cas pengangkutan dikenakan.
  • Harga kubur yg aku tempah itu RM650. Standard batu putih
  • Kubur jenis lain juga ada. Bole request pada owner. Misalnya batu hitam granite dari 2 jenis boleh didapati pada harga RM3k hingga RM4k. Sila hubungi beliau untuk maklumat lanjut.
  • Anda dikehendaki buat appointment kerana Man hanya boleh memasang kubur pada hujung minggu sahaja.
  • Anda juga dikehendaki untuk sms nama dan tarikh meninggal si mati.
  • Apabila tarikh telah ditetapkan, anda perlu berada di kubur semasa kerja-kerja pemasangan dilakukan sehingga selesai.
  • Bayaran cash terus dibuat setelah kerja-kerja pemasangan dibuat.

http://hiddyasri.blogspot.com
Sebelum pemasangan
http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

Selepas pemasangan

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com


Al-Fatihah pada arwah nenek, Busu Binti Omar. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group