Sepanjang suku pertama 2017, rasanya inilah pertama kali aku bersiaran. Sibuk. Blajar degree lagi byk assignment berbanding diploma dulu. Sementara aku cuti sem, aku berpeluang utk running lagi. Ini merupakan kali ke-2 aku menyertai night run yang sama dan kali ke-3 organizer yg sama (sblm2 tu bukan night run).
Aku betul2 dah lama tak berlari. Last lari tahun lepas iaitu sebulan atau 2 bulan sebelum Ramadan. Walaupun aku ada ada register running event yg dibuat betul2 sehari sebelum Ramadan tapi aku decided tak nak pergi. Mmg malas gila kekdahnya dan badan akupun gemuk. Pastu menyesal tak sudah. Akupun x berlari until la this event.
Konsep running event kali ni masih sama dengan yang dulu. Berlari di tengah2 malam di atas track yang sama. Cuma, berbeza lokasi untuk collect race-kit. Race-Kit aku collected hari Sabtu kul 3 mcm tu di Da Men Mall. Kat mana mall ni? Tau tak Mydin Subang? Btol2 area situ sebelum korg jumpa Giant.
Picture from fb @sahm2017 |
Malamnya aku berlari. Last ambil carbo pukul 5.00ptg kot. Konon nk bagi ringan. Aku tdo dlm pukul 9.00 mlm and bangun balik pukul 10.00 mlm. Seriously, tak berapa energized tapi dapatlah lepaskan lelah sikit. Pagi Sabtu tu aku bantai join Bootcamp kt Tasek Permaisuri. Sudahnya kaki dah rasa sengal. Jgn ikut aksi ini ye. Anda sepatutnya well rest.
Pukul 11.00 mlm kami bergerak. Adala dengan harapan nk tidur kt situ. Along the journey adala berhenti isi minyak and ktorg smpi dlm kul 12.15 mcm tu. Aku tgk ada je runners 21km yg baru sampai kelam-kelibut berlari ke starting point. Kami berlenggang je parking sblh parkir berbayar berdekatan dengan Segamat Cafe. Punyala nk elak kene bayarkan?
Time tu, dah nampak dah cuaca mcm tak mengizinkan je. Tapi x adalah tanda2 nak turun dalam masa terdekat. Tepat jam 12.30pg and organizer nak release 21km runners, hujanpun turun dengan lebatnya. Yg 10km runners kelam-kabut berlari mencari shelter. Ada yang main hujan. Yg 21km runners juga relax, berlari dengan lajunya.
Hampir kul 1.00pg plak tu hujan berhenti. Rezeki kami tak berhujan. Organizer mmg sgt punctual. So, tepat 1.00pg diorg released kami. Sepanjang berlari tu, adala rasa rebas hujan. Adakala rintik2 tu pun terasa. Tapi tak selebat mcm 21km runners tu rasa. Mmg basah kuyup.
Akhirnya aku berjaya menamatkan larian ni di bawah 2 jam. Tak pernah2 pecah rekod ni. Dari dulu hingga skrg. Hahaha. Aku bangga jugala sbb walaupun aku dh gemuk, still bole berlari lagi di bwh 2 jam. Yg menghairankan, masa aku slim and fit dulu x adalah pula aku berlari bawah 1 jam 45 minit. hmmmm...hampeh btol..
Habis je berlari, aku ambil medal, roti, energy drink and terus cabut. KAKA penat. Kita ikut je la. Sampai rumah kul 3.00pg kot. Gagah mandi mlm. Pastu apalagi zzzz... Setakat ni bulan Mac tak ada register running. Next event bulan April. Tunggu...
1 ulasan:
Thank you for proving such a kind information, its means a lot to me. Also check Bruegger’s Bagels Customer Satisfaction Survey . Moreover, customer satisfaction survey
Catat Ulasan