Khamis, 28 Februari 2013

Memorandum: Requirement To Wear Necktie


(Company Logo)                                      (Company Name, Reg No., Address, Contact)

Memorandum
Human Resource Department

[to]         :          All Employees

[from]       :          Human Resource Department

[date]       :          22 February 2013

[subject]    :          REQUIREMENT TO WEAR NECKTIE                                                  


In order to project a smart and professional image, the Board of Director has directed all non-uniform male employees of Grade 3 and above are to wear necktie at work with effect from 1 March 2013.

The expectations to above rule are as follows:


  • The employee may opt not to wear necktie by wearing the company uniform; and
  • Those who work at sites are exempted from wearing necktie. However they are still required to project a professional and business image.


Your cooperation and understanding will be appreciated.




HEAD OF HUMAN RESOURCE

Rabu, 27 Februari 2013

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan

Pernah dengar Hutan Rekreasi Tanjung Tuan? Apa? Tak Pernah? Rumah Api Tanjung Tuan? Apa? X pernah gak... Ish..ish..ish.. Kalau aku cakap, pernah tak korang nmpk rumah api kt area Port Dickson? Haaa...mesti ada yg dh boleh imagine.

Klu korg nk tau, rumah api tu terletak kt Tanjung Tuan. Utk smpi ke Rumah Api Tanjung Tuan tu, korg mesti melalui Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Utk masuk ke hutan tu, pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 seorg. Byrn boleh dibuat di pondok pengawal yg terletak berhampiran pintu gerbang. Slps bayaran dibuat, pelawat hendaklah merekod details diri pd buku laporan yg disediakan. Untuk naik ke atas, korang kene berjalan kaki yea. Sila parking di luar kawasan berkenaan.


Ekspedisi aku & hubby bermula jam 11.55 am. Boleh imagine aku merentas bukit tu pakai t-shirt, selipar & jeans. Nmpk nau main terjah jek. Aku budget, jln agak rata. Mn tau, bile nk ke rumah api, kene ala-mendaki plak. Nasib laluan ke rumah api, jalannya ditar. Pelawat yg melawat boleh santai tanpa memerlukan equipment mendaki yg heavy. Anyway, berdekatan dgn pondok pengawal tu gak, korg bole nmpk tandas awam. Sesape yg nk membuang tu, baiklah menyinggah dulu. Takut tak sempat nk ke atas tuh. Hehehhe...



Okey, dalam 15-20 minit perjalanan, ada disediakan pondok untuk melepaskan lelah bukan khalwat. Jalan agak curam. Korang dinasihatkan agak bwk sebotol air atau towel kecil sbb mmg sweating habis! Jgn jadi mcm aku, apapun x bwk. Ngehngehngeh. Jalan je sikit, nmpk pondok je nk lepak. Lepas aku teruskan perjalanan, dalam 15-20 minit gak perjalanan, bole jumpa pondok lagi satu.


Bila n sampai da? Asyik rehat je. Semua tu bergantung pd tahap kecergasan korg. Aku dh x fit mcm dulu. Tu yg asyik berhenti jek. Lps stop kali kedua, perjalanan diteruskan. Sambil2 tu korg bole menghayati keindahan alam & boleh mengenali spesis2 pokok yg ada kt hutan tuh! Jalan punya jalan, ada satu lorong yang menjadi tempat Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa. Aku mmg nak masuk. Tapi, hubby aku tu...nama je x-player state, tapi kemain malas nk berjalan menyinggah. Benggang tol.. Aku rasa rugi jek.



Akhirnya, dari kejauhan dh nmpk rumah api. Yeay.. Ala, jauh lagi. Kene panjat tangga. Huhuhu..Tapi, aku ada sedikit musykil..Apsal byk kereta?  Apsal depa x kasi aku naik keta? Ceh! Hahahha, jgn salah faham. Kekadang yg park tu org yg meniaga air kt ctu & pekerja.





At last, sampai gak. Anyway, rasa hampa sgt. X bole masuk. Hmmm..tgk dari luar je la. Apa brg... Lupa nk bagitau. Hubby aku sbnrnya dh ke cni dgn team Maybank dia dulu. Dia kata dulu boleh masuk. Diapn musykil..




Oleh sebab aku ni asyik rasa tak puas hati sgt, aku jelajahlah area tu. Yelah, x kanlah nk blk. Singkat btol perjalanan. Usha punya usha, aku gatal ajak hubby masuk satu lorong sebelah kiri dr gmbar kt atas ni diambil. Lorong tu pun menuju ke  Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa. Kononnya, klu kitaorg lalu ctu boleh tembuslah dkt lorong di kaki bukit tadi tuh. Kami budget tu short cut la ke bawah. Tapi, sesat!!




Tengok ni banyaknya tangga. Aku dh musykil dh. Sbb kawasan ni banyak terbiar. Tapi, aku tawakal je. Rupanya tmpt ni pun port. Oh, yea..jgn terperanjat klu tgk ni mcm lokasi filem seram. Hehehhe. Mmg tak terjaga, dgn tanda arah yg dh tumbang, pondok dh reput & usang. Still lg confident, aku turun gak smpi ke bwh. Tetibe..



Apsal plak tembus kt sisir pantai ni? Huaaaa... Mcm nak nagis. Mmg tak tembuslah ke pintu gerbang tuh. Aku tengok kiri & kanan mcm pulau. So, kami mmg ta bole nak jalan kaki ikut pesisiran pantai tuh. !@#$%^&**. At first, ingatkan kami berdua je kt cni. Tapi, ada 2 minah salleh dh lepak cni sambil buka baju. Huaaaa... cuci mata laki aku. Muka hubby aku, x yah cakapla..bengkek.. Yelah, kami kene panjat naik berpuluh2 anak tangga tu nk ke rumah api balik. Guna jalan yg diredhai. Keh! No shortcut.


Jalan punya la pandang bawah tak tengok langit. Ikut resmi padi, konon! Bila terdongak kt satu port lepak nih yg nk dekat laluan masuk Penghijrahan Burung Pemangsa tu (refer gmbr ke-5, kiraan 1 dr gmbr kt atas nih), baru ko nmpk burung mcm burung helang atas kepala ko. Punyala banyak. Spesis tu pelik. Kepaknya warna kuning. Mmg terpesonalah. Hilang sakit ati tadi + kaki aku yg dh kejang tuh. Kihkihkih.

Perjalanan diteruskan smpi ke rumah tanjung api tuh. Smpi je terus beli 100+. Dahaga weh. Peluh mmg x ingatlah. Org sumer heran tgk kami. Yelah, depa sumer naik rumah api terus turun balik. Mmg x adventurous. Poyo tol aku. Minum sekali dua sedut, aku terus ajak hubby aku turun. Turun bukit mmg no prob sbb x penat sgt. Smpi je kt kaki bukit, tgk jam dh pukul 1.20pm. Gler kentang.

So, pada korg yg suka dgn hidupan flora dan fauna, chewah..bolelah berkunjung ke sini. Suka je tapi tak cintakan aktiviti berjalan, x payahlah dtg cni. Buat membebel jek. Klu korg rasa tak jumpa, pergi cari Ilham Resort. Hutan ni btol2 dkt resort ni. Alamat penuh hutan ni adalah:

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
@ Pejabat Hutan Daerah Melaka,
75459 Air Keroh, Melaka
Tel: 06-231 6095
Faks: 06-232 2867



Jumaat, 22 Februari 2013

29

Ada apa dengan 29? Hanya angka shj. 

Ya, Allah.. Aku memohon untuk dikurniakan Hidayah selalu, sentiasa bersamaMu, sentiasa bersama mereka yang menuju keimanan dan syurgaMu, dikurniakan kecergasan akal, kebijaksanaan pemikiran, kesihatan rohani dan jasmani, kecantikan luaran dan dalaman, keikhlasan hati dan nurani serta dimurahkan rezeki. Semoga diri ini menjadi lebih baik dari semalam, terbaik untuk hari ini dan cemerlang pada masa akan datang. Amin.





Khamis, 21 Februari 2013

14 Mesej Utama Untuk Membimbing Anda & Keluarga Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat


Masih ingat lagi entry Panduan Diet MalaysiaPanduan Diet Malaysia juga telah mengesyorkan 14 mesej utama untuk membimbing anda dan keluarga ke arah gaya hidup yang lebih sihat.


  1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan.
  2. Kekalkan berat badan dalam julat sihat.
  3. Aktif secara fizikal setiap hari.
  4. Makan nasi, produk bijirin (terutamanya bijirin penuh), dan ubi-ubian secukupnya.
  5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna setiap hari.
  6. Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana.
  7. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.
  8. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan minyak dalam masakan.
  9. Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos.
  10. Ambil makanan dan minuman rendah gula.
  11. Minum banyak air setiap hari.
  12. Amalkan penyusuan susu ibu secara ekslusfi sejak bayi lahir hingga enam bulan dan teruskan pneyusuan sehingga berusia dua tahun.
  13. Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih.
  14. Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan dengan berkesan.
www.nutriweb.org.my

Rabu, 20 Februari 2013

Adidas Team 13 Jersey

Sale!!
New Arrival.

http://hiddyasri.blogspot.com







Retail Price : RM55.00

Promotion Price : RM47.00

Colour
Vivid Yellow / White (Z25434)

Sabtu, 16 Februari 2013

Jam Rice Milk Whitening Soap - Best Ke?

Produk : Jam Rice Milk Whitening Soap 
Harga : RM1.30 (sebuku) shj di DIY, murahkan?
Pengedar : Thailand
Kandungan : Maaf, tulisan Thailand.

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com




Ulasan :

Masa mula2 diberitahu mengenai keberkesanan sabun ni oleh member, ada rasa sceptical sket. Bukan apa, dulu pernah menggunakan Sabun Susu Kambing HR, bagus mmg bagus..Tapi bila lama2 sabun tu mcm immune dgn kulit so x de apa2 effect. 

Berbalik pd member tadi, dia purchased dgn harga RM10 sebuku! Which is 10x dari harga yg dioffer DIY. Dia ada offer nak belikan tapi aku refused sbb aku rasa aku boleh jumpa harga murah lagi.

Dengan semangatnya aku gunakan. Bau sabun ni kategori wangi tapi as for me, aku rasa kurang menyenangkan. Kwn aku yg introduce sabun ni plak suka baunya. Lain org lain ragam, ye dak? Sabun ni juga korg bole kerat2 kpd 4 bahagian & simpan dlm bekas. Byk buih tapi sebelum korang simpan blk sabun tu dalam bekas slps penggunaan, make sure saki baki air pada sabun tu korg tapis2 (pandai2la) & simpan pada bekas kering agar sabun korang tu x lembik & akhirnya cair! 

#1x guna di muka, gatalnya hanya tuhan yg tahu! Aku ingat tu effect biasa utk buang toksid dsb.
Kerana effect ni, aku offer hubby guna sabun ni and dia kata dia x mengalami simtom2 pelik2 mcm aku. Mcm pakai pencuci muka lain katanya cume dia terasa kulit dia lembut gitu. Simtom yg aku alami berlarutan sampai nak sebulan. Aku decided utk stop sbb mmg x thn sangat rasa gatal kt kulit muka. Makin lama makin menjadi. 

Aku ceritakan pd kwn aku tadi & asked her whether itu mmg simtomnya ke? Katanya, dia x mengalami efek mcm aku rasa. Sama kes mcm hubby akula. And dia pakai dh almost 3 months, dia dpt rasakan kulit dia makin cerah & licin. So, dia suggest teruskan pakai. Tetibe kakak dia interrupt (masa tu aku kol dia) kata aku mungkin allergic dgn sabun tu and srh stop. Mcm aku cter tadi mmg aku stop sbb x thn sgt.

So, korg rasa adakah aku akan beli sabun ni lagi? Jwpnnya, tidak! Walaupun hanya RM1.30, tapi kulit aku tak boleh serasi dgn ingredient sabun tu. Tgk aje la gmbr kt atas tu. Aku dapat guna separuh je. Ada lagi half x pakai2. Will never! Sharela dgn aku experience korg plak!

Khamis, 7 Februari 2013

Adidas Clima BP

Sale!!
New Arrival.

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com






Retail Price : RM150.00

Promotion Price : RM128.00

Colour
Black / Noir (W63847)

Jerawat

Masalah yang tak boleh dibendung. 2-3 ari ni jerawat menggila. Sama ada aku lama x consume Collagen @ Cocoa Collagen, tu aku tak sure.
Seriously tak larat berhabis duit utk muka. Bila la jerawat nak hilang?
Google punya Goole, nk cari produk murah; berkesan. Antaranya:-


  • Eskinol + pil Dalacin C
  • Eskinol + pil Tidact

Ada yg ckp Eskinol ni sgt berkesan apabila dicampurkan dgn 4 biji pil Dalacin C berbanding 4 biji pil Tidact. Nanti nk try. Waaaa..tak sanggup wooo..

Sabtu, 2 Februari 2013

HiGoat Meaty And Milky

Pernah makan sini? Burger paling besar aku rasa. Sokong Bumiputra!! Aritu order:-




http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

Kofta Bun (Black Pepper Sauce) - RM7.50


http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

HiGoat Chicken (Black Pepper Sauce) - RM5.90


http://hiddyasri.blogspot.com

Iced Lemon Tea - Just add RM1.00



You can find it @
HiGoat Meaty And Milky SOGO
SOGO (KL) Department Store Sdn. Bhd.
Kompleks SOGO
190, Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
03-
Nyum.nyum.. Tryla

Latest update 9/9/2014: Kiosk ni dah tutup.
Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group