Jumaat, 17 Januari 2014

Skema Warna Untuk Rumah

Memilih warna cat untuk dinding rumah memang menyeronokkan. Tambah2 klu seluruh ruang rumah baru dicat. Nampak spt berpindah tempat baru. Yang tak seronoknya, warna cat carca merba antara dinding rumah, perabot, langsir & hiasan.
 
Warna biru bukanlah pilihan pertama aku. Tapi, sebab dh rambang mata tengok skema warna utk pilih cat, entah knp aku boleh pilih warna biru! Selesai kerja mengecat, mmg rasa luas and tenang tgk warna biru tapi, agak susah juga nak suai padan perabot dgn warna dinding lepas tu. Nasiblah masa beli sofa ari tu, padan pulak dengan warna cat. Phew!

Disebabkan fening, aku giat wat web surfing utk cari idea apa yang sesuai & apa yg tak untuk dinding bewarna biru. Puas type mcm2 keyword, tapi x de satupn info yg sesuai utk 'diapply' utk rumah aku. Segala info yg dpt dtg dr mat Salleh. Kita barangkali masih x punya byk idea ttg skema warna untuk rumah. Tambah2 lg utk bermain warna yg pelik2.

Masalah ini dpt selesai jika hubby bersetuju untuk memilih perabot yg didominasi dgn warna putih. Putih cepat kotor katanya! Berbeza dgn aku yg suka dgn perabot bewarna putih atau cream kerana ia mampu memberi ilusi luas, terang dan damai kpd kediaman kecil kami berbanding dengan perabot yg gelap kerana boleh membuatkan rumah kelihatan sempit dan suram.

Akhirnya, aku memilih keywords berkaitan skema warna cat. Lalu terpaparlah skema warna ini:


Walaupun ia hanya panduan untuk memilih warna cat, tetapi ia juga seakan2 kena utntuk memilih warna perabot dan hiasan yg bersesuaian. Jadi, kpd sesiapa yg menghadapi kesulitan utk memadankan warna cat biru dgn sofa gelap spt rumah aku, bolehlah jadikan skema warna ni sebagai panduan.

 

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group