Khamis, 28 Ogos 2014

Loan Rumah? Beberapa Soalan Yang Perlu Anda Tanya Mengenai Loan Rumah

Sedang memikirkan untuk memiliki loan rumah? Tapi tak tahu apa2 langsung mengenainya? Di bawah ini adalah beberapa soalan yang perlu anda tanya pada staff bank yang mempromosi loan tersebut sebelum atau semasa proses permohonan loan dibuat. Seeloknya ditanya sebelum meneruskan tujuan memohon loan tersebut supaya anda dapat membuat perbezaan dan penilaian untuk memilih pakej loan yang disediakan oleh pihak bank.

1. MRTA
  • Apakah itu MRTA?
  • Adakan MRTA mesti diambil atau optional?
  • Adakah MRTA tu finance sekali dengan loan up to berapa%? atau
  • Adakah MRTA tu boleh dicover dengan loan sekali berdasarkan 90+5% (90% dr jumlah loan yang dipohon ialah loan rumah; 5% dr jumlah loan yang dipohon boleh cover MRTA) atau 85+5%(85% dr jumlah loan yang dipohon ialah loan rumah; 5% dr jumlah loan yang dipohon boleh cover MRTA)?
  • Jika hanya 5% yang boleh dicover dari loan anda untuk belanja MARTA ini, berapakah balance MRTA yang perlu anda bayar?
  • Sekiranya MRTA tidak dimasukkan dalam loan, berapakah yang perlu anda spend menggunakan duit sendiri?

2. Legal Fees & Valuation Fees
  • Berapakah harga legal fees & valuation fees?
  • Adakah harga legal fees & valuation fees lebih tinggi dari MRTA?
  • Adakah legal fees boleh include dalam financing (loan) atau non-financing (duit sendiri)?
  • Sekiranya saya tidak ambil MRTA, adakah legal & valuation fees boleh financing (masuk dalam loan)?
  • Sekiranya boleh, (berdasarkan soalan atas) adakah financing cover semuanya, separuh atau berdasarkan berapa%?
  • Sekiranya loan saya sudah finance skali untuk MRTA dan tidak boleh cover legal & valuation fees, berapakah harga yang harus dibayar?

3. Interest
  • Berapakah current interest rate?
  • Adakah rate tersebut berdasarkan whole tenure atau tier rate?
  • Jika tier rate, bilakah tempoh rate tersebut bertukar?
  • Adakah interest rate tersebut ikut BLR?

4. BLR
  • Apakah current BLR rate?
  • Sekiranya ini rumah pertama saya, berapakah current BLR rate?
  • Sekiranya ini bukan rumah pertama saya, berapakah current BLR rate?

5. Disbursement
  • Berapa lama disbursement?

Selasa, 26 Ogos 2014

K Colly Sweet 17 - Best Ke?


Product : K Colly Sweet 17
Price : RM100 (Siapa nak kirim bole pm, tak termasuk charge pengangkutan yea)
Weight :


Selepas 4 Hari
Makan begitu saje! Yea..K Colly ni mmg sedap sgt. Rasanya masam2 disulami dgn rasa manis. Aku amik 1 scoop terus pagi2. Malas btol nak amik 1/2 scoop pagi n 1/2 scoop sblm tido..
Lagipun, aku mmg takut gemuk klu consume mlm2. Lagi satu masalahnya, aku minum susu sblm tido. Kang amik dua2 sekali gus, x nmpk effect plak.
Setakat 4 hari ni, yg aku perasan adalah..jerawat aku naik..Second day tu dh nmpk jerawat naik. Aku baru habis period..tapi kenapa naik? Runsing..
Nasib ada kawan blogger Amazing Sisters yg dh guna produk ni kata itu utk certain time aje. Dia kata, mula2 guna mmg jerawat dia naik gak. Pastu ilang and cerah!


Selepas 11 Hari
Kulit ku dh cantekkk!!! Haa..mmg terbaeklah menipukan..Aku rasa, masih belom sampai fasa kulit aku licin putih gebu gebas. Baru lagi.. Tapi..lain org..lain kesannya. Ada yg dh putih melepak, ada yg botol ke-2 baru nampak kesan, ada yg flawless and ada yg x berkesan langsung. 
Cuma...jerawat yang naik ari tu semakin mengecut. Tapi nak kata hilang terus..x la..cuma jerawat yg naik ari tu dh surut. Kulit aku masih belom nampak licin dan gebu. Adoyai..aku sbnrnya pakai produk ni utk dptkan kulit yg flawless. X putih pon x pe. Janji pori2 x nmpk besar..nak licin..
Selain tu, aku noticed masuk minggu ke-2 guna produk ni..kehausan yang amat sangat! Aku consumed malam sebelum tido. Tgh2 malam aku rasa..hausnya tekak aku..Bangunla minum air. Pastu tekak rasa kering sgt kalau tak minum air!



Selepas 34 Hari
Sepatutnya setiap 3 minggu aku kene update mengenai keberkesanan produk ini. Since tiada apa2 perubahan yang menakjubkan, aku tangguh dari sehari ke sehari menunggu keajaiban. Kononnya, utk menghasilkan entry yg "tadaaa".
Macam mana aku nak bagitau yea. Kang ada plak stockist and owner produk ni menyerang aku. Harap awak semua faham, review produk ini adalah terhadap diri aku. Yea, aku bukan awak ke biawak! Kita semua mmg berbeza!
Sudah seminggu sebenarnya produk ni dah habis. Aku masih berkira2 untuk membeli botol ke-2. Sebabnya, aku rasa produk ni tak memberi apa2 kesan kat aku. Aku mmg mengharapkan agar aku dpt memiliki kulit yang lebih gebu.
Sudahnya, jerawat yg tumbuh yang aku masa review yang sebelum ni berulang lagi. Review ke-2 tu mmg kelihatan dah pudar, tapi ternyata tak hilang terus dari muka.
Yang membuatkan aku semakin pelik, jerawat aku giat tumbuh ketika penggunaan minggu ke-3 disamping rasa haus. Tekak terasa kering sekeringnya pada waktu malam. Walaupun aku dh teguk air banyak.
Sehinggalah hujung hari minggu ke-3, aku demam teruk, selsema dgn sakit tekak, batuk lengkap. Masa ari pertama demam tu, aku telan gak produk ni..Tapi lagi menggila tekak aku dibuatnya. So, aku stop selama 4 hari.
Minggu yg ke-4, aku consume macam biasa. Demam dah berkurangan. Minggu ni la aku perasan jerawat aku naik lagi. Adoyai. Aku ada suarakan kt hubby kata aku tak nak beli lagi. Tapi suami pujuk, suruh beli sebotol lagi. Adooiiii..
Elok berapa hari je makan (seingat aku sekali dua sbb demam, payah nak kene selikan dengan makan ubat), stok pn dh habis.
Kiranya minggu ni (minggu ke-5) dah seminggu aku tak amik. Lagi banyak jerawat aku naik. Pastu beransur2 ilang sbb aku totally stop consumed.
Huwaaa..stress, sebelum makan produk ni, muka aku dh x de jerawat dah selepas consumed Vitahealth & apply Serum Vitamin C..tinggal nak gebu kan kulit je and nak cerah sket. Even klu nk periodpn, hanya ada jerawat seketul.
Padanla muka aku. Langgar prinsip nk cuba produk luar dari farmasi. Arrggghhhh... Kepada yg luar sana, mungkin korg pn ada masalah macam aku @ korang serasi btol dgn produk ni. Share la experience.

Jumaat, 22 Ogos 2014

National Day of Mourning



TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA ANAK KAPAL DAN PENUMPANG-PENUMPANG MH17

Selasa, 12 Ogos 2014

VC L-Ascorbic Acid Whitening Essence

Product : VC L-Ascorbic Acid Whitening Essence
Price : RM50.++ (Only at Watson during promotion, online much cheaper LOL)
Weight : 30ml
http://hiddyasri.blogspot.com

Isnin, 11 Ogos 2014

Buat Sendiri Ais Krim

Bahan-bahan 

100ml susu coklat HL 
50ml air 
1 paket biskut OREO
1 paket campuran srbuk ais krim HAAN

http://hiddyasri.blogspot.com
 
Cara-cara Membuat:-
  • Pukul serbuk ais krim, susu dan air sehingga adunan kembang dengan mesin putar.
  • Sementara itu, potong biskut kepada 4 bahagian.
  • Masukkan biskut ke dalam acuan ais krim.
  • Masukkan pula adunan ais krim yang telah kembang ke dalam acuan. 
  • Simpan di dalam peti ais sehingga semalaman atau beku sebelum dihidangkan.

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

Rabu, 6 Ogos 2014

Panduan Makan Secara Sihat Di Rumah Terbuka

http://hiddyasri.blogspot.com

1. RANCANG PERJALANAN DAN JUMLAH RUMAH YANG  AKAN DIKUNJUNGI
Atur waktu makan anda dengan bijak semasa menghadiri rumah terbuka. Sebagai contoh, sekiranya anda hadir ke rumah terbuka pada pukul 11.00 pagi, sebaik-baiknya anda ambil hidangan untuk makan tengahari. Rumah kedua pula, anda ambil untuk minum petang. Manakala rumah ketiga pula anda ambil untuk makan malam. Sekiranya ada lagi undangan rumah terbuka seterusnya, makanlah sekadar untuk keperluan minum malam.

2. PILIH MAKANAN YANG RENDAH KALORI
Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan segar dahulu sebelum mengambil makanan yang lain. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan atau menggunakan minyak yang sedikit sahaja. Hadkan pengambilan makanan manis seperti dodol, wajik, kek, biskut dan kuih-muih.

3. AMBIL MAKANAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT
Kawal pengambilan makanan anda dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
•  Guna pinggan yang bersaiz kecil untuk mengelakkan pengambilan makanan yang banyak.
•  Elak duduk berhampiran dengan meja hidangan. Sekiranya anda duduk berhampiran dengan meja hidangan, ini menyebabkan anda mudah untuk mencapai makanan dan cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan.

4. ELAK MENGAMBIL MAKANAN BERULANG-ULANG
Pastikan anda tidak mengambil makanan secara berulang-ulang bagi mengelakkan makan berlebihan. Ambil makanan yang secukupnya untuk mengelakkan pembaziran. Makan dengan perlahan dan nikmati makanan yang anda ambil.

5. UTAMAKAN AIR KOSONG
Pilih air kosong sebagai minuman utama anda berbanding minuman berkarbonat atau minuman yang manis dan berwarna. Bawa bekalan air kosong sebagai persediaan sekiranya tuan rumah tidak menyediakan air kosong.
 
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group