30 November yang lepas, aku berpeluang menyertai Batik Fun Walk 2014 yang bertempat di Lanai, Matics. Batik Fun Walk ni merupakan acara tahunan bertujuan untuk mempromosi batik pada generasi2 muda selain pelancong2 serta menghulurkan sumbangan melalui Yayasan Budi Penyayang.
Untuk menyertai event ini, setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM15. Peserta2 boleh mendaftar secara online mahupun walk in pada hari tersebut. Aku ni malas plak nak beratur panjang2, so aku decided untuk mendaftar secara online.
Sampai kat Lanai, nampak kelibat seseorg. Tinggi lampai. Pakai batik..Cer teka saper??
Hahahaha..aku rasa ramai tak perasan dia. Maybe sbb dia baru sampai. Or maybe bila jumpa LIVE dia hensem sgt. Ahaks. Luckylah kami antara yang bertuah dpt bergambar berebut2 walaupun bodyguard dia tak bagi. Nyampah. Cool je dia ckp, it's okay. Anyway, KJ mmg sgt sporting!
Dh bergambar dgn KJ kami terus beratur di kaunter2 yang disediakan mengikut kategori. Setelah membuat pengesahan, peserta diberikan bip dan juga goodies bag. Dalam goodies bag tu ada kain batik, roti, biskut, air, sepaket kopi segera, and majalah Upin Ipin.
Kami juga dibekalkan dengan sekeping kertas hijau yang tercatit no. bip kami. Tujuan kertas hijau itu adalah untuk cabutan bertuah yang akan diadakan selepas tamat perjalanan nanti. Kertas tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan oleh penganjur.
Acara bermula dengan sesi warm up oleh Linda Jasmin. Tempat agak sempit, so beraerobic secara sederhanalah kami semua. Nak kangkang2 mmg x de space. Klu julur2 tangan mmg sah2 terpelangkung kepala org sblh menyebelah.
Selesai sesi aerobik, YB Encik Khairy Jamaluddin melepaskan peserta2 di garisan mula sebelum mereka berjalan sejauh 2.3km. Macam2 gaya batik ada. Semua terserlah dengan kreativiti masing2.
Terdapat 4 check point yang harus dilalui oleh peserta2. Sekiranya korg berada di check point tersebut, seorang petugas akan memberikan kad berupa no. check point yang telah berjaya dilalui.
2.3km sebenarnya tak jauh mana. Kiranya korg pusing keliling Matics tu. Skejapan jek dah sampai garisan penamat. Mereka yang sampai pada garisan hendaklah meletakkan kad berupa no. check point tersebut pada kotak yang telah disediakan oleh petugas2.
Masa ni korg boleh menikmati air Milo atau air 100 plus yang disediakan. Semuanya free jek. Nak ulang2 minumpun boleh. Selain tu, pihak Berita Harianpn ada membuat edaran surat khabar secara percuma. Haruslah amik kan?
Ada lagi event selepas tamat walk tu. Ada persembahan dari artis2 ASTRO (AF) antaranya Akim & The Magistrate, Marsha, Rahmat Mega, Azhael and sape tah lagi. X ingat. Selingan setiap persembahan dari artis tersebut adalah acutan bertuah.
Kemuncaknya adalah pengumuman juara untuk kategori2 berikut:
1. Peserta termuda
2. Peserta tertua
3. Kumpulan terbesar
4. Peserta individu paling kreatif berbatik
5. Keluarga paling kreatif berbatik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan