Selasa, 25 Januari 2011

Promosi..tolong jea..

Sesiapa yang berminat, sila hubungi penulis pada catatan akhir sekali.

 ' Hak-hak wanita ' ataupun seorang isteri acap kali kita dengari dilaungkan.Ia telah menjelma menjadi penentu agenda pada hal , sehinggakan atas alasan-alasan memperkatakan soal wanita dalam kelompok masyarakat umum telah seolah-olah sukar menunjuk kepada gender apakah pemahaman diiringi tafsiran yang boleh diterima & dipenuhi dari sudut penerimaan.
Namun sebaliknya rata-rata dalam kehidupan masyarakat hari ini seolahnya hampir tiada timbul langsung mempersoalkan ' Hak-hak lelaki '@ Suami  kita ' mendengar' ia diperkatakan & diselidiki. Apakah telah sempurna seorang lelaki @ suami itu mendapatkan haknya yang sepatutnya dari seorang wanita @ isteri ? Walhal......

" Sesungguhnya hanya yang menjalankan perlaksanaan tanggungjawab berhak menuntut haknya ".
Wallahualam bissawab.
         
Seorang wanita pernah datang menemui Baginda (SAW) lalu berkata , & diakhir ucapannya kepada Baginda (SAW) dia bertanya kepada Rasullullah SAW ;
'Sedang kami kaum wanita @ isteri , kamilah yang memelihara mereka (lelaki / suami). Kami akan mendapat apa?'

Lalu balas Baginda (SAW) didalam sabdanya (maksudnya), mahfumnya ;
'Tidak pernah aku lihat , dengar , perkataan / pertanyaan sebaik ini'. Tambah Baginda (SAW) lagi ;
'Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai ,bahawasanya TAAT kepada suami , MEMENUHI hak-hak suami SAMA pahalanya dengan Jihad. TETAPI SEDIKIT sahaja diantara kamu yang melakukannya '.
                                                                                                                    (Hadis dari Ibn Abbas)
Kesimpulannya adakah setiap dari dalam diri pasangan kita khususnya wanita @ isteri benar-benar peka , maklum & menyedari tanggungjawab & hak masing-masing dalam erti kata lain tidak ' Buta Hak ' sehinggakan sampai menggaburi hak & kewajipan ?
Jesteru buku ini merupakan titik tolak kepada tapak asas pengetahuan yang ingin dikongsi bersama-sama, BUKAN mencari kelemahan , malah jauh sama sekali buka aib kepada umum.

Ia adalah sebuah buku memperincikan hal bagaimana wanita (isteri) , pengetahuan yang mendalam perihal lelaki @suami dari sudut syariat,fitrah,kemahuan,saintifik,fitrah,hubungan intim,tindakan dsbnya termasuk perkara-perkara yang sukar wanita fahami malah yang jadi lelaki susah terjemahkan namun lelaki sangat-sangat mahu wanita mengetahuinya.Diharap ia membantu kita semua menjawab persoalan-persoalan di dalam jiwa kita semua.InsyaAllah..Wassalam.

Daripada
Mohamad Afzanizam Bin Maad
excellentnizam@yahoo.com
 

menjadi  JAUHARI yang mengenal  MANIKAM

Bagaimana Wanita Sedaya – Upayanya Memepersiapkan Dirinya Memahami Perihal Dalaman Lelaki

…...…“ Demi Allah SWT yang membangkitkan Engkau sebagai Nabi , aku tidak akan bersuami selagi ada didunia ini ”
     
Kefahaman yang cuba disampaikan melalui penulisan buku ini & bahan rujukanya mampu dengan jelas mengupas , merungkai salah faham , ketidak fahaman yang terbit dari kehendak jiwa, khususnya wanita.
Pendedahan menerusi pelbagai ceruk & sudut dalamannya merangkumi penjelasan syariat, perihal fitrah kaum lelaki, minda, keinginan, kemahuan, hubungan intim, perlakuan, tindakan dan sebagainya. 
Hanya pemahaman mendalam yang selaras dengan kehendak-kehendak jiwa yang dipacu Hidayah melalui aqal yang dibimbing oleh wahyu Ilahi sahaja mampu memberikan kesejahteraan meluas terhadap kehendak - kehendak jiwa manusia.

    “ Dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu “ .
    (Al-Quran,surah Al-Ankabutt :ayat 43)
                                            
Sesungguhnya manusia itu menjadi  musuh kepada perkara-perkara yang tidak mereka ketahui. ( ilmu pengetahuan mengenainya )
 
Saidatina Aisyah berkata ;
“Jika wanita-wanita itu tahu akan hak-hak  suaminya nescaya mereka akan sanggup  menyapu debu-debu ditelapak kaki suaminya  dengan muka mereka."

Penulis ingin mengambil kesempatan jua mengucapkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga buat mereka-mereka yang banyak menjadi sumber inspirasi serta ilham sehingga terhasilnya buku ini,yang terlibat secara langsung berlapang dada berkongsi kemusykilan, buah fikiran serta berkongsi rasa dan kerisauan dalam berhadapan persoalan-persoalan hidup yang menuntut diri mereka dan penulis dipertemukan dengan ketentuan Nya sehingga mencetuskan dorongan buku ini berjaya dihasilkan.Buat bimbingan bersama yang sedikit sebanyak memberi petunjuk buat pedoman dan cahaya menerangi kesamaran,kekosongan dan kebuntuan serta hilang arah bila berhadapan dengan konflik yang melanda dalam jiwa.
Bagi memahami dasar yang selaras dengan kehendak-kehendak jiwa,buku ini diharap mampu memberikan jawapan yang jelas mengupas, merungkai salah faham,ketidak fahaman tersebut menerusi matlamat semata berkongsi pengetahuan serta fahaman yang betul & bukan mencari kelemahan ,malah jauh sama sekali buka aib kepada umum.

Antara petikan-petikan isi kandungan didalam buku ini ialah ;

…,,Suami yang goyah pengetahuan agamanya , mudah dipengaruhi akal yang singkat dan kurang bersikap rasional akan mudah menyebabkan timbul bibit-bibit konflik dalam rumah tangga. Apa yang harus wanita sedaya upayanya lakukan ialah…..

…..sebenarnya telah menyebabkan lelaki lain mati pucuk akibat…..

…..Maka inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan…..

Hanya 2 orang yang mempunyai kuasa ini ….. sehingga seseorang itu akan dimurkai oleh Allah SWT sekiranya kita menyakiti hati mereka atau hanya menyinggung perasaan mereka apatah lagi walau perbuatan itu tidak disengajakan.Sebagai contoh ;…..

Itu baru setengah sahaja ,bagaimana atau dimana yang separuh lagi atau apakah keseluruhan HAK SUAMI itu ?.....Pernahkah ANDA (wanita) terfikir atau tahu jawapannya ?

KETAHUILAH anak tersebut tidak akan bahagia , baik anak lelaki mahupun perempuan maka akan jadi penzina

31) Mana-mana wanita yang selesai solat lalu…..maka akan ditolak amalan solatnya.

  Tetapi jika anda (wanita) mahukan kedua-duanya iaitu dikagumi dan dicintai oleh lelaki , anda (wanita) yang harus pertamanya (m/s 42, jika seorang isteri itu mengharap cintanya berbalas maka…..).

Jadi , pada hari kiamat kelak , tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadat dan beramal soleh serta tidak mengabdikan diri kepada Tuhan ketika di dunia , dan inilah dimaksudkan dengan sebenar-benar ujian.

…..Bukti menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan rengsa , sekaligus menggalakkan transmisi HIV.

3……90 % Gagal Kuruskan Badan
  Sebab utamanya ialah kerana…..
Akhirnya kurus sekejap sahaja , setiap kg yang hilang datang kembali bersama beberapa kg lagi sebagai bonus.

4. Formulasi Penurunan Berat Badan
  ( Ideal 30 Hari )

Hari Pertama

Minum banyak…..

Rahsia – rahsia seks lelaki
Ia adalah merupakan rahsia yang sukar diluahkan pada wanita namun lelaki sangat-sangat berharap wanita berusaha untuk mengetahuinya . Ada kalanya lelaki…..

Barangkali kata-kata ini ada membawa maksud yang perlu kita awasi dan perhalusi akan maknanya yang tersirat disebalik yang tersurat.
 “ wanita menggunakan seks…..

Paling tidak disukai isteri ialah apabila si suami habis melepaskan hajatnya dan dia merasa lega , terus isteri tidak dipedulikan malah dibiarkan saja terkapai-kapai keseorangan disisi.
  Buat pengetahuan anda , wanita tidak lagi…..

Jalan yang terbaik bagi wanita yang mengalami keputihan…..sebelum penyakit menjadi serius.

…..oleh itu belajarlah dari kesilapan , jangan mudah menuding jari…..

Salah faham yang sering berlaku dimana apa yang terjadi apabila lelaki berbicara dengan wanita , kata-kata yang diucapkan banyak bertentangan dari apa yang dimaksudkan. Ini kerana lelaki…..

Antara sebab utama timbulnya kemarahan lelaki terhadap wanita ialah…..

Kandungan tajuk-tajuk buku “ menjadi JAUHARI yang mengenal Manikam “ ini ialah :

                                         
                                        KANDUNGAN                                         Muka surat
(1)   Pengenalan                                                                                  10-18
     (Pemahaman Serta Maksud)
(2)   Kepentingan Wanita
           (Bagaimana Kecapi Jiwa &Perasaan
            Sihat)                                                                                      18-19
           (Cara Praktikal Yang Sihat
           Menghadapi Tegangan & Konflik)                                           19-20
(3)  Pedoman Bagi Gadis                                                                    20-23
(4)  Khusus Untuk Gadis & Wanita                                                     23-26
           (Kekal Ayu Semulajadi)
(5)   Perihal Yang Tidak Wanita Ketahui :                                          29-30
        (i ) Tanggapan meleset yang perlu
      diketahui apabila berkahwin
      dengan lelaki
        (ii) 2 Orang Yang Punya  Kuasa Mutlak                                      30-35
       (iii) Redha Suami Yang Bahagia                                                  35-43
       (iv) Tingkatan Peranan Kepada Suami
             (kedudukan disisi suami)
           a.Isteri Siddiqin   (mulia lagi terpuji)                                       43
           b.Isteri Muqarrabin (terpuji )                                                   44-45
           c.Isteri Solehin    (baik)                                                            45
           d.Isteri Fasik      (hina)                                                             45-46
       (v) Rahsia Wanita Yang Dijanjikan                                             46-52
            Syurga
      (vi) Perihal Dibenci Suami                                                            52-55
           (Senarai 25 Perkara)
    (vii ) Perihal Tentang Lelaki                                                            55-58
            (Senarai 32 Fakta)
(6)   Inilah Lelaki Yang Harus Wanita                                                 58-64
            Kenali & Fahami     
(7)   Erti Bicara Bahasa  Badan Lelaki                                                 64-66
      (8)   Bagaimana Mengenali Mereka                                                66-69
            (Lelaki Baik & Buruk)             
(9)   Rahsia Tangan Yang Mampu                                                        69-73
      Menggoncang Dunia ‘Air Tangan’    
(10) Seks Adalah Ubat Kesihatan                                                        73-79
            Yang Baik
           (Kesempurnaan Seks)
            Pemberi Vitamin Berganda
(11)Bagaimana Suami Dapat                            
      Di rangsang Keinginan Seksnya                                                     79-81
      Rahsia-rahsia Seks Lelaki                                                             81-83
     (12)Pengkhususan :                                                                         83-90
           Buat Usaha-usaha Mencapai        
           Kebahagiaan Rumah Tangga          
    (13) Jangan Lupa Menjadi Isteri                                                      90-93     
           Bila Bergelar Ibu       
    (14) Cara Serta Lokasi Bangkit Ghairah                                          93-96
           Lelaki
    (15) Sentuhan Luar Biasa                                                                 96-97
          ( Langkah Goda Suami Hebat         
            Menggauli Isteri)           
          Pedoman Goda Kasih Suami                                                      97-98
   (16) Urutan Jejari Kasih @                                                               99-100
          Cakaran Harimau 
   (17) Pertengkaran Dalam Rumah Tangga                                          100-103                                  
   (18) Amaran Serta Azab Untuk Wanita                                             103-105
   (19) Aurat-aurat Wanita                                                                    106-110   
          (17 Keterangan)
   (20) Himpunan 55 Permata Syurga Buat                                           111-123    
         Wanita Solehin (dari Rasululllah SAW)
   (21) Cara Syaitan Laknatullah                                                           123-135  
        Membogelkan Wanita
        Fakta :Punca Mati Pucuk                                                             135-137
  (22) Fitnah                                                                                         137-140
  (23) Untungnya Wanita                                                                      140-144
  (24)Ovari                                                                                           144-146
  (25) Beringatlah Apabila Lelaki…                                                       146-148
  (26) Wanita & Ancaman HIV                                                             148-150
  (27) Bahaya Masturbasi Kepada Wanita                                             150-152
 (28) Jenis Senaman Baik Untuk                                                               153
         Prestasi Wanita
        (Cara Senaman Kemut)     
(29) Senaman Kacip Fatimah                                                               153-155
(30)Urutan Payu Dara                                                                          155-158
(31)Petua Kesihatan Wanita                                                                 158-162
  1.Tempe Baik untuk Wanita
  2 .Info  Kecantikan                                                                            162-163
    (Bahaya UV:UVa,UVb,UVc)
  3. 90 % Gagal Kuruskan Badan                                                        163-164
  4. Formulasi Penurunan Berat Badan                                                  164-167
    (Ideal 30 Hari)
  5 Makanan Cantikkan Kulit                                                               167-169
  6.Panduan Menjaga Alat Sulit Wanita                                                169-174
    12 Serangan Kuman Bakteria
    Terhadap Faraj
    Langkah-langkah Pencegahan&                                                      174-176
    Syor Bagi Penjagaan Alat
    Kelamin Wanita
  7. Kesan Dioksin dalam Tuala Wanita                                               176-178
(32) Khasiat Herba (23 Jenis)                                                             178-180
(33) Jenis Herba Tradisional Buat                                                       181-187
      Kesihatan Dalaman & Luaran
      Wanita
    (kecergasan,kempis perut,kitaran haid,
    senggugut,keputihan,lendir-lendir &
    gatal-gatal pada faraj,kesuburan,libido
    (penurunan keinginan seksual),luka
    dalaman,payu dara,kulit,penuaan
    menopause,immunisasi dalam badan,
    sakit pinggang & belakang,masalah
    buang air kecil & besar)
(33) Info Herba                                                                                 187-189
    Dukung Anak,Daun Limau Purut,
    Daun Misai Kucing,Daun Hempedu
    Bumi,Daun Pegaga,Daun Jambu,Daun
    Ulam Raja,Daun Emas Cotek,Selasih
    Hitam,Pohon Serai,Petai,Mengkudu.
(34) Penutup                                                                                      189-206
      Bonus                                                                                          206-208
      Kekal sihat dalaman                                                                      206-208
      Hubungan Kelamin Isteri                                                               208-251
              (tidak puas)

                                         HARGA : RM 30.00 (M'sia shj)
                                ( 'Tidak' termasuk pengeposan ke Sabah & Sarawak)
 *** Buku TIADA di pasaran luar atau mana-mana kedai menjual buku .
Sebarang pesanan buku ini bolehlah diemailkan kepada  excellentnizam@yahoo.com
“ seorang itu tidak menemui Allah SWT dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya “.
Sabda Rasulullah SAW
 

Isnin, 24 Januari 2011

Useful Article - Goods Sold Are not Returnable or No Refund Once Sold

Legal Issue on Contract Law in Malaysia - Good for us to know

Do you notice that most of the time, the receipt / invoice you received from the merchant carries this exclusion clause or similarly worded statement:   " Goods sold are not returnable" or "No refund once sold".

Please remember that :   " As long as your goods is purchased for home use and not for business (i.e. to be resold), the above exclusion clause is VOID.

That means, as long as the good is defective, regardless of what is worded, you CAN get back all your money spent. You do not have to accept a repair on the good or an exchange.   You CAN ask for a refund. AND you are LEGALLY right and entitled to!

And most of the time the merchant will refuse to return you your money.

You can threaten the merchant with four words: "SEE YOU IN COURT!"

The court here refers to the Small Claims Tribunal Court. Any goods which is worth RM25,000 and below can apply to this Court.

However, you don't have to tell them what court! All you have to pay is RM10 admin fee and the loser (the merchant) will have to refund you the money PLUS the admin fee!

I have seen that most educated people are cowed by such unfair wordings (which includes a few of my friends).

Pls try not to let the merchant fleece you the next time you have defective goods.

You can file this On the 16th floor of Putra Place   (The Mall opposite Putra World Trade Centre). The form cost RM5.00. The Tribunal will settle within 2 months period.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 16, Putra Place,
100, Jalan Putra,
50622 KUALA LUMPUR
Tel: 03 - 40492300 / 40424181 Fax: 03 - 40424259  
 

Jumaat, 21 Januari 2011

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.. "

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."


"Apakah Itu?" tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana," kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku." bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya."

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada.. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu...

Hayatilah video ini sebagai tambahan mesej yang dibawa oleh Maher Zain..


Khamis, 20 Januari 2011

BIODATA RASULULLAH

Aku suka sangat olahan macam ni. Seronok baca. Maaf, aku memang tidak suka penceritaan yang meleret2. Di bawah ni contoh yang senang difahami. Sekarang ni, aku tengok kat pasaran banyak cerita2 Rasulullah dan sahabat2 dinovelkan. Pasti menarik untuk dibaca sebab kita akan berasa berada di  zaman beliau ketika itu. Harap2 usaha2 tentang penceritaan sejarah ini dibuat lebih menarik, tidak seperti buku teks sekolah!



Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
·Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
  • Khadijah Binti Khuwailid. 
  • Saudah Binti Zam'ah. 
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). 
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). 
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. 
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). 
  • Zainab Binti Jahsy. 
  • Maimunah Binti Harith. 
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. 
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH . Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Rabu, 19 Januari 2011

Kisah PERCUMA

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:  

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00  

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.  

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,  
"Saya Sayangkan Ibu".   Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.  

Selasa, 18 Januari 2011

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
  1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
  2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
  3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan. 
  5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
  6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
  9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
  10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
AND FINALLY ........ "Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"




P/S: Suami seorang yang penyayang (huh skema giler). Pepagi dia dah bagi mesej pembakar semangat. Thanks abang. May Allah bless us..

Kahwin Ziera..baru nak upload

Akhir tahun lepas, banyak betul undangan Majlis Perkahwinan. Antara yang menarik minat aku ialah perkahwinan x-room mate aku masa kat Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah (nama penuh lagi). Zeera & Zam. Semoga perkahwinan korang berkekalan hingga ke akhir hayat.


http://hiddyasri.blogspot.com
Maaf, ini bukan pengantin

http://hiddyasri.blogspot.com


http://hiddyasri.blogspot.com


http://hiddyasri.blogspot.com


http://hiddyasri.blogspot.com
My friend, Ziera

http://hiddyasri.blogspot.com
Pengantin lelaki - Zam

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com
Lovely couple

http://hiddyasri.blogspot.com
Sesi x de kerja 1

http://hiddyasri.blogspot.com
Sesi x de kerja 2

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group