Judul : Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat SEPANJANG HAYAT
ISBN 978-967-5102-30-1
Pengarang : Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Harga : RM55.00 (Semenanjung Malaysia) RM57.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa dan bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.
Pendapat Hiddy :
Melihatkan tajuknya sahaja sudah menunjukkan isi kandungan buku ini bagus dan amat berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebaga contoh, ilustrasi bergambar mengenai cara pemakaian ihram ditunjukkan satu-persatu. Bukan itu sahaja, penyampaian ilmu juga begitu mudah untuk difahami. HiddyAsri memang mencadangkan buku ini dimiliki oleh setiap Muslimin dan Muslimat (yang berkemampuan) untuk dijadikan panduan dan rujukan mengenai modul fardu ain dan fardu kifayah seperti syariat kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, syariat berkaitan remaja, fardu ain asas (bersuci, solat, zakat dll), munakahat (hukum perkahwinan) dan lain-lain topik yang berkaitan.
Malahan, penerbit Telaga Biru membenarkan buku ini dijadikan bahan untuk mengisi laman web dan blogspot selain dijadikan sebagai hadiah, bahan rujukan dan modul fardu ain. Apalagi, miliki buku ini! Tak rugi!