Isnin, 1 Ogos 2016

JK1M3: Cabaran Minggu Keenam

18 October 2014

Minggu ni adalah minggu terakhir sesi JK1M3. Sedar tak sedar, dah penghujung rupanya program ni. Pelbagai perasaan pun ada. Yelah, suka dan duka bersama peserta2 lain akan sentiasa aku ingat. Masa ni juga, semua peserta pulun tak pulun mengerah tenaga and berusaha keras untuk menurunkan berat badan.

Untuk hari ini, kami aktiviti adalah Bukit Cerakah Adventure. Sila abaikan jadual masa mula2 program JK1M3 dulu. Dah banyak larinya. Banyak sungguh perubahan aktivti dan banyak juga perubahan jadual. Explorefit Race JK1M3 kononnya esok. Nantikan update aku yang seterusnya yea..

Waktu untuk berkumpul  di Bukit Cerakah adalah 7.30 pagi janji Malaysia. Kahkahkah. Tunggu coachpn lama, tak sampai2. Rupa2nya waktu operasi 8.30am. Melepaklah kami kt luar beramai2. Dengan perut lapaunya. Aku plak ada bawak bekal sempena menjaga perut sbb ini minggu kritikal.

So, bila coach sampai. Diorg ajak bdk2 semua pergi makan. Aku, Kak Akmar and Kak Di stay kt situ sbb kami bwk bekal masing2. Husband akupun tak nak keluar balik sbb parking mmg nak penuh. Kalau keluar and masuk blk mmg confirmlah parking jauh or x de parking.

Setelah diorg blk dari breakfast, kamipn beramai2 ke kaunter bayaran. Tak kan kami nak byr plak kan. So, tunggulah coach bayar. Entry murah ajer iaitu RM3 seorang. Masuk jek sumer disuruh warm  up sbb nanti ada kawasan berbukit and setengah2 spot coach akan suruh ktorg jogging.

P/S: 
Ini merupakan entry terakhir utk JK1M3. Maaf atas segala kesulitan. Tab aku yang banyak mengandungi gambar2 aktiviti dan info yang aku dapat sepanjang program ini hilang.

Nantikan juga entry berkenaan satu program kesihatan yang akan aku join pada Ogos 2016.



Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group