Jumaat, 20 Mei 2011

The Chicken Rice

I have a great recipe for us to share. Maybe we would compete with My Mom's Chicken Rice Shop one day! Who knows? Happy cooking :)


Gambar dari www.foodpornographer.com
Bahan-bahan:
1 kg beras
4 cm halia dihiris
4 biji bawang putih dihiris
4 helai daun pandan
1 batang serai
1 sudu makan garam
200ml minyak
air mengikut sukatan beras (1 mangkuk beras = 1 mangkuk air)


Cuci beras masukkan ke dalam rice cooker. Tumis bawang putih, halia dan daun pandan hingga wangi
Masukkan kedalam rice cooker yg berisi beras tadi. Tuangkan air yg disukat bersama beras dan masaklah.


UNTUK AYAMNYA
1 ekor ayam potong 8
1 sudu teh bawang putih
1 sudu makan halia
1 sudu makan minyak
1 sudu teh minyak bijan
Secukup air untuk merebus
1 sudu teh garam

Masukkan dalam periuk - air, bawang putih, halia, minyak dan minyak bijan masak sampai mendidih. Masukkan ayam dan rebus sampai ayam empuk sedikit dan keluarkan dan ditos.
Sapukan ayam dengan 2 sudu makan kicap cair, 1 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan madu. Gaul rata dan perap selama ½ jam. Goreng ayam jgn sampai terlalu garing.

SUP
Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan chai poh 50gm, dan masak sampai mendidih. Apabila hendak hidang, tabor daun sop dan daun bawang serta bawang goreng.

SOS CILI
8 Biji cili merah
5 biji bawang putih
6 biji limau kasturi
3 sudu makan gula
Secukup garam & sedikit halia
1 sudu makan air rebusan ayam

Kisar lada dengan bawang putih. Campurkan gula, garam dan air limau hingga secukup rasa.


SOS KICAP
5 sudu makan kicap manis
5 sudu makan kicap cair
450 ml air
6 biji air perahan limau kasturi
1 sudu makan gula
 

Semua dikacau.

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group