Selasa, 31 Mei 2011

Chocolate Truffles

Bahan-bahannya
Picture from Google Images

80 gram whipped cream
200 gram dark chocolate, dipotong kecil
20 gram mentega lembut
Serbuk koko Van Houten


Cara-caranya

  • Didihkan whipped cream dan masukkan coklat. Kacau hingga sebati. Ketepikan ia hingga sejuk selama 10 minit.
  • Masukkan mentega lembut dan gaul sebati. Biarkan ia sejuk. Simpan dalam peti sejuk sehingga ia keras.
  • Keluarkan dari peti sejuk. Gaul adunan hingga lembut dan letakkan dalam beg piping. Paip keatas kertas kuih. Simpan didalam peti sejuk sehingga ia keras dan bentukkan menjadi bebola.
  • Sadurkan bebola coklat dengan serbuk koko dan letakkan kedalam mangkuk kertas yang kecil, simpan di tempat dingin yang bersuhu 20 darjah C. (kalau nak letak atas pinggan teruspun ok)

  • Nota: Penggunaan dark chocolate boleh digantikan dengan milk chocolate untuk rasa lebih manis ( jangan salahkan aku kalau kena kencing manis..erk!!)

3 ulasan:

fyna berkata...

nk try..mcm senang

Hiddy Asri berkata...

Thank you Ms. Fina..Try out, very nice ;)

mizzkechique berkata...

trm ksh yer.. nk try buat la.. =)

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group