Khamis, 21 Jun 2012

Cara Hidup Sihat: Panduan Menurunkan Berat Badan (Peringkat 1)

Hello, apa khabar? Mcm ckp dgn org je. Agak lama gak aku x update entry. Feel mcm kureng je. Ni tgerak ni psl baru pas bc entry2 menarik. Mcm x tau, aku klu article tu best, sure aku nk post. Sbb klu Google kdg2, kt bkn tau key words apa nk guna. Btol x?

Entries kali ni psl eehhh...bc kt atasla @ dlm kata mudahnya NK SLIM! 

Mengikut panduan ni, ada 4 peringkat untuk menurunkan berat badan iaitu:

  • Peringkat 1 - Persediaan
  • Peringkat 2 - Membuat Keputusan
  • Peringkat 3 - Tindakan
  • Peringkat 4 - Pengekalan
So, kita akan mulakan dengan Peringkat 1. Ok, bersedia dgn bahasa skema yea :)

Peringkat 1 - Persediaan

As a first step, korg mesti peka akan knowledge & kesedaran mengenai bahaya & punca kegemukan. Menjadi gemuk boleh menyababkan korg terdedah dgn pelbagai masalah kesihatan. 


BAiklah, apakah yg dimaksudkan dgn berat badan unggul @ sesuai serta fedahnya?

Berat badan yang unggul, berat badan berlebihan & kegemukan (obesiti)

Berat badan yang unggul ialah berat badan yang sesuai mengikut ketinggian tubuh. Ia boleh diukur dgn menggunakan indeks jisim tubuh (IJT) & juga Nisbah Penggang-Pinggul (NPP).

Berat badan berlebihan & kegemukan (obesiti) adalah satu keadaan di mana berat badan melebihi berat badan unggul. Ini disebabkan oleh pengumpulan lemak badan yang berlebihan. Lebih dikenali dengan gelaran 'spare tyre'.

Apakah bahaya berat badan berlebihan & kegemukan (obesiti)?

Ia boleh meningkatkan risiko:
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Penyakit sendi
  • Gangguan pernafasan
  • Kolesterol yang tinggi
Ia juga boleh mengakibatkan masalah lain spt:
  • Penyakit pundi hempedu
  • Kelesuan
  • Kurang kesuburan (wanita)
  • Mudah mendapat kecederaan
  • Kanser
  • Cepat penat
Punca kegemukan

Tenaga berlebihan yg tdk digunakan disimpan sebagai lemak dlm badan & lama-kelamaan ia akan menyebabkan berat badan berlebihan @ gemuk.

Punca2 kegemukan:

  • Makan berlebihan tak ingat dunia.
  • Kurang bersenam. Asyik FB jek.
  • Gaya hidup yg tdk aktif. Tdo je lebih.
Sebahagian kecil kegemukan adalah disebabkan oleh keturunan (genetic) @ penyakit endokrin

Faedah berat badan unggul

  • Mengurangkan risiko penyakit2 yg telah dinyatakan.
  • Rasa sihat
  • Menambah keyakinan yg tinggi
  • Senang bergerak. Kene tiup anginpn senang.
  • Kelihatan segak/menawan. Budget model.
Makanan & kegemukan

Sebagai persiapan awal, korg perlu tahu jenis2 mknn yg boleh tambah berat badan.

Makanan yg tinggi lemak

Lemak adalah sumber tenaga yg padat. Pengambilan lemak yg berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

Cth mknn tinggi lemak ialah mknn bergoreng spt mi/bihun goreng, ikan/ayam goreng, pisang goreng, karipap, kerepek, cucur udang & cekodok, nasi lemak, mi kari, nasi dagang, kuih lapis, seri muka, bubur/pengat, nasi beriyani, dan nasi minyak.

Cth mknn rendah lemak ialah ikan panggang/bakar, mi/bihun sup, asam pedas/pindang/tumis air, nasi putih, pisang segar/pisang rebus & buah2an.

Mknn/minuman manis

Pengambilan gula @ mknn manis boleh menyebabkan kegemukan. Badan kita tdk memerlukan gula tmbhn kerana ia boleh diperolehi drpd mknn lain. Gula biasanya ditmbh pd mknn semasa penyediaan mknn. Cth minuman & mknn tinggi gula ialah minuman kordial spt sirap, minuman di  dlm kotak @ bergas, minuman bgula spt kopi, kuih tempatan @ tradisional spt kuih keria, lopes, kkoci, onde2 & coklat, gula2 sera kek.

Pengambilan gula boleh dikurangkan dgn menggunakan sedikit gula di dlm minuman @ minum tanpa gula @ pilih mknn kurang gula spt buah2an segar, apam kukus, popiah basah, jagung rebus & kacang rebus. Lebihkan minum air kosong drpd minum air manis.

Buah2an & sayur2an

Pengambilan buah2an & sayur2an yg byk boleh membantu mengurangkan berat badan kerana ianya mengandungi lemak, yg kurang, cepat mengenyangkan merangsang & melawaskan sistem penghadaman.

Berapa byk keperluan memakan buah2an & sayur2an dalam sehari?

Makan sekurang2nya 5 sajian buah2an & sayur2an setiap hari. Satu sajian sayur2an bersamaan dgn 1/2 cawan sayuran berdaun hijau atau 1/2 cawan sayuran berubi. Satu kajian buah2an bersamaan dgn 1/2 biji jambu batu @ 1 potong betik, nanas, tembikai, 1 biji limau, oren, pir bersaiz sederhana @ 1 biji pisang bersaiz sederhana.

Thanks to Kementerian Kesihatan Malaysia

1 ulasan:

ctk berkata...

ct kurang bersenam..itu yg gemuk..huhu

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group