Khamis, 27 November 2014

JK1M3: Cabaran Minggu Keempat

7 October 2014

Sepatutnya, minggu keempat ni diadakan pada 4 & 5 October 2014, tapi disebabkan tarikh tersebut jatuh pada tarikh di mana Muslimin dan Muslimat sedang membuat persiapan serta menyambut Aidiladha, program terpaksa ditunda pada satu tarikh yang lain.

Jadi, program untuk 5 October 2014 diganti pada 7 October 2014. Kami didedahkan dengan game dodgeball. Dodgeball bagi aku agak baru. Hanya dengar ada movie Hollywood psl dodgeball. Kami didedahkan dengan game rules dan cara2 bermain. Juga sebagai latihan untuk Dodgeball Games coming soon.

Bertempat di futsan court Pusat Komuniti Cyberjaya,  kami berkumpul pada pukul 9 malam. Aku mmg sampai lambat sikit sebab jauh dari Cheras. Walau aku rush laju macam mana sekalipun, mesti lambat. Hari bekerja katakan. Tapi mujur sampai dalam 9.15pm mcm tu. Buat warm up mcm biasa, kene timbang and..masuk court. 

Sekali tengok, dodgeball ni seperti bola beracun. Cuma, ia tidak dimainkan dalam bulatan, tetapi dimainkan secara face to face dengan opponent. 3 biji bola diletakkan pada barisan tengah pada lajur paling kiri untuk setiap kumpulan. Keluasan court adalah separuh dari keluasan court futsal.

Tidak semua ahli pasukan akan bermain, jadi ahli2 yang tidak bermain selalunya berada di luar garisan putih pada bahagian kanan (bertentangan dengan bola yang diletakkan). Mereka ini dikehendaki membantu ahli pasukan dengan memberi bola pada mereka sekiranya bola tersebut berada luar dari garisan.

Sebelum permainan dimulakan, setiap pemain dikehendaki berdiri di belakan garisan putih (Sila refer gambar). Permainan dimulakan apabila pengadil menyebut, "Are you ready? 1, 2, 3..dodgeball". 

http://hiddyasri.blogspot.com

Seorang pemain dari setiap pasukan yang berada pada kedudukan paling kiri sekali (menghadap 3 biji bola) dikehendaki berlari ke arah bola dan pass kepada ahli pasukan sendiri secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari diserang pihak lawan and membolehkan ahli pasukan sendiri melakukan serangan dengan segera.

Mereka yang menerima bola pula dikehendaki bump bola tersebut ke lantai dan melangkah masuk ke dalam court diikuti oleh pemain2 lain yang tidak mendapat bola. Serangan boleh dilakukan dengan pelbagai gaya tetapi haruslah tidak melebihi garisan putih pada barisan tengah. 

Sekiranya serangan dilakukan juga dan bola terkena pada opponent, ia dikira sebagai 'Suicide' kerana walaupun korg berjaya menumbangkan opponent tetapi korg telah terkeluar dr permainan kerana melanggar garisan tersebut. 

Untuk menumbangkan pihak lawan, pemain boleh menyerang mana2 bahagian badan opponent, dengan syarat bola tersebut tidak melantun atau bola tersebut tidak dapat ditangkap pihak lawan. 

Sekiranya bola yang dibaling melantun or bump ke lantai dan terkena opponent, opponent dikira sebagai tidak mati dan boleh meneruskan permainan. Manakala sekiranya bola yang dibaling kepada opponent dan dapat ditangkap oleh opponent tersebut, pemain yang membuat balingan tersebut dikira mati dan ahli opponent yang telah terkeluar boleh masuk kembali ke dalam gelanggang untuk bermain.

Mereka yang telah terkeluar dari permainan dikehendaki keluar dari gelanggang dan berdiri di luar garisan putih tempat di mana bola disusun. Sekiranya lebih dari seorang ahli pasukan yang terkeluar, mereka dikehendaki berbaris secara sisi ke sisi mengikut kedudukan pemain mana yang terkeluar terdahulu. Hanya pemain yang terkeluar dahulu yang boleh memasuki gelanggang dahulu untuk bermain.

Untuk mengelakkan serangan bola dari opponent, pemain dikehendaki dodge untuk elakkan bola tersebut sekiranya serangan dilakukan pada bahagian kaki atau menundukkan kepala sekiranga bola dibaling tinggi mahupun menangkap bola tersebut. 

Sekiranya korg sedang memegang bola dan belum membuat lontaran, korg juga boleh menepis serangan bola yang datang dengan bola yang ada di tangan. Sebaik2nya, bola tersebut ditepis dan jatuh ke dalam court sendiri untuk tidak memberi ruang pada pihak lawan untuk memperolehi bola dan membuat serangan.

Itu secara basicnya tentang dodgeball. Ada lagi. Tapi aku tak berapa ingat la. Hahahaha. Ada part bila tinggal sorg pemain, dia mcm ada timing nak buat balingan. Lagi satu plak, bila wisel dibunyi pengadil akan bagitau tak boleh baling hanya boleh tepis. 2 rules ni aku tak berape faham sbnrnya and baru tau masa sukan Dodgeball JK1M3. 

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

Lupa plak nak share result timbang. hmmm..mmg tak berape byk turun sbb klu ikutkan logik, bulan aku nk mengambang dh..tinggal brape ari jek..another reason, aku ni dh x dok berat air dh..dh nk masuk tahap buang lemak. Buang lemak ni mmg amik masa.

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

http://hiddyasri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group