Sorry sambungan entry Jom Kurus 1 Malaysia agak mengambil masa untuk disiapkan. Ku gagahkan jua untuk siapkannya selewat2nya sblm cabaran JK1M4 yg sedang berlangsung ni berakhir khas untuk tatapan pembaca.
12 October 2014
As usual, penghujung minggu adalah sesi timbangan untuk sesi peserta Jom Kurus Cyberjaya. Klu Team Leader lain, maybe buat sesi timbangan pada hari Sabtu. Berdebor2 aku. Rasanya berat badan aku is getting difficult to loose. Dah nmpk ciri2 statik/plato di situ. Stres. Ohh..stress tidak baik utk menurunkan berat. Keh! Ditambah lagi bulan mengambang..ohh..sakitanya ati..
Sampai je pagi tu di Pusat Komuniti Cyberjaya, sumer dh start main dodgeball and handball. Owhhh..tandanya aku lambat and terlepas sesi timbangan. Mencik! Maknanya berhutang 1kg and next week kene turunkan 2 kg. Adoyaiii..camno ni. Sampai2, aku terus buat warm up sorang2. Badan aku habis sore sebab memanjat Broga pagi ari yang sama dengan tradisional game.
Coach Cem ada menjemput peserta2 program Scoutsnya dan JK1M yang terdahulu untuk memeriahkan aktiviti pada minggu ini. Disebabkan amai, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama bermain dodgeball dan kumpulan kedua bermain handball. Selesai warm up, aku terus join team pertama bermain dodgeball.
Nasib masa aku join tu Coach baru nak mula sbb dia dok ajar peserta2 yang tak datang minggu ke-4 ari tu. So, aku datang perfect timing la ni. Rasanya ktorg main dalam 15 minit je kot. Pastu tukar court and game plak. group aku ada peserta Scouts; aku rasa diorg ni sgt ganas and agresif. Nmpknya, program Scouts tu btol2 buat diorg jadi fit. Tangkas betul lah..
To tell the truth, aku tak reti main handball. So, aku banyak tercegat dalam court. Nak2 still blurr mana teammate aku, mana opponent. Ditambah lagi sore kt kaki yg buat aku berjalan macam robot. X de feel btol. Main dodgeball pun, aku lebih banyak mengelak bola dari serang org. So, aktiviti kali ni mmg tak buat aku berpeluh sakan.
Selepas game habis, Coach telah menjemput bekas peserta JK1M & Scouts yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan banyak untuk memberikan motivasi dan pesanan kpd peserta. Kejayaan beliau mengagumkan banyak pihak, termasuk Kevin Zahri sendiri. El atau Elyna Zaijan pernah mencapai berat melebihi 100kg dan berjaya menurunkan berat hampir 40kg (sorry, klu silap).
Semuanya khusyuk mendengar. Terasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan menurunkan berat badan secara konsisten dan tidak berputus asa. Peserta2 juga diberikan peluang untuk mengajukan sebarang persoalan kepada El. Thanks El, sudi hadir untuk memberikan motivasi dan mengagumkan kami dengan cerita2 anda. Chewah!
Lebih kurang pukul 12 macam tu kami bersurai. Macam biasa, dh abis ceramah sumer ada sesi bergambar. Sepanjang korg baca blog ni, celah mana yg tak de sesi bergambar klu dengan Cem? Hahahaha. Sebelum bersurapun, Cem siap pesan lagi. Semalam punya photoshoot tak abis. Repeat agik. Sabau je le.
Yang bawah ni sesi photoshoot selepas bersurai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan