Isnin, 13 Jun 2011

Ayam Goreng Macam KFC - Macam jek...

Bahan-bahannya

1 ekor ayam (ikut suka, kalo rasa nak kalahkan KFC buat banyak)
1 biji telur
2 sudu minyak bijan
2 sudu serbuk lada putih
1 kotak tepung goreng kentucky
Minyak untuk menggoreng

Ini dia..ayam ala KFC..Thanks Google Images
Cara-caranya
  •  Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan.
  • Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata.
  • Perapkan lebih kurang 30 minit.
  • Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung kentucky.
  • Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika panas. Nyum..nyumm..Semoga menjadi ;)

2 ulasan:

Unknown berkata...

perghh, laparnye....... hee ♥

HiddyAsri berkata...

Empunya blogpun lapar..

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group