"Adoi ai, mana kunci ni?"
Ahmad teraba-raba poket seluarnya. Betul ke kunci motor tertinggal? Cuak, panik, kelam-kabut & mcm2 lagi menebah di otak Ahmad. Careless. Itulah yang dapat Ahmad fikirkan. Sudah puas dibelek2 motor kesayangannya untuk mencari kunci motosikal tu..still tak jumpa.
"Arrgghhh, kena naik ofis balik ni. Tinggal atas mejala ni,"
Ahmad terus menerpa ke tingkat 6 ofisnya. Cari2, mmg x jumpa! Ahmad mendengus kuat & terus turun ke parking tingkat bawah.
"Eh, mana motor ni? Tadi kat sini. Adoi, penyangak betol org Malaysia ni,"
La, kelakuan org Malaysia pulak yg disalahkan. Patot ke? (Mmg patotpun..ngeee). Ahmad buat laporan pd office mgt, polis & bagai..Lalu, hilanglah motor yg telah memberikan khidmat terbaiknya buat Ahmad selama 3 thn berturut2.
****
"Abah, kenapa ni? Janganla mcm ni. Adik nk blk kg. Ruhdee ni."
Abah mengangguk2 kepala perlahan. Kesian..Wajah tua itu seakan2 menagih simpati. Jgn balik..Temanilah aku di saat2 akhir ni. Adik tenung mata abah. Lain. Kenapa hati rasa x sedap? Tangan abah disambut. Disalam.
"Adik balik dulu,"
Esoknya, adik dikejutkan dengan panggilan.
"Adik, akak ni. Abah dh x de,"
Hah, tak de? Abah pergi menghadap Ilahi. Pergi selama-lamanya. Org kata, pergi tak kembali..
Kedua-dua kehilangan ini memang cukup dirasai. Bayangkan, tanpa motosikal, Ahmad tidak mampu bergerak. Terkejar-kejar mendptkn bas. Bila ada, tak dihargai. Kunci motor diletakkan merata-rata. Lalu, org lain yg lebih menghargai, membawa pergi motor tu dari Ahmad selama-lamanya. Seperti si Adik, saat akhir si Abah. Kesal bukan kepalang, tapi keegoan si Ruhdee utk pulang ke kampung halamannya dari membenarkan si isteri menemani si Abah menjadi episod duka pasangan tersebut.
Bayangkan, hari2 yg mendatang..Sanggupkah kalian menghadapi kehilangan yg cukup dirasai itu? Hargai apa sahaja yg ada di depan kita. Kerana kita akan menghargai sesuatu itu sesudah kehilangannya....
2 ulasan:
ain singgah sini .
nak mintk tlg cument entry ni leh ?
http://zurain93.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html
tq
Thanks guys..
Catat Ulasan