Khamis, 28 Julai 2011

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin?

"Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?"

SUAMI ITU LELAKI
Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN
Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Apa Kepentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?
  • Isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.
  • Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.
  • Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.
KESIMPULANNYA:
  • Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
  • Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.
Komen HiddyAsri:
Aku suka article ni. Sebagai perempuan, apa yang ditulis memang kena dengan aku. Tak taulah wanita-wanita lain di luar sana. Credit to unknown writter!

Tiada ulasan:

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group