Khamis, 21 Julai 2011

Pai Tee

Credit to Google
Bahan-bahannya (untuk inti)

2 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih (cincang halus)
½ biji sengkuang
1 batang lobak merah
1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
100 gram ayam/ udang. (cincang halus)
1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus)
½ sudu teh garam


Cara- caranya
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam/udang. Kacau sebentar.
  • Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak.
  • Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
  • Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahannya (untuk kulit)
100 gram tepung ubi
100 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
1 biji telur
air secukupnya
½ sudu teh garam
½ 1kg
minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-caranya
  • Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
  • Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
  • Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
  • Celupkan semula ke dalam minyak panas. Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri dan goreng sehingga kekuningan. Kemudian, angkat dan toskan.
  • Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos.

2 ulasan:

a berkata...

nampak sedappppp! =)

Hiddy Asri berkata...

Cuba, try, test!

Weight Loss Center - Your Online Weight Loss Support Group